Part 8

52 22 0
                                        

Yoora sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia terpaksa berjalan kaki pulang kerana tiada bas yang mengambil penumpang pada waktu malam.

Yoora menggunakan lampu suluh telefonnya untuk menerangi jalan. Jalan yang dilaluinya agak gelap dan suram. Perasaan takut Yoora berkobar-kobar. Dia ingin cepat-cepat sampai di rumah.

Sedang dia berjalan, satu suara memanggil namanya dari belakang. Sebaik sahaja Yoora menoleh, dia melihat Taehyung sedang berdiri di belakangnya sambil nelambai kepadanya. Yoora menjadi lebih gelisah. Taehyung berlari ke arah Yoora.

“Tak takut ke jalan sendiri?” tegur Taehyung. Yoora menggelengkan kepalanya menjawab soalan Taehyung.
“Ye ke?” tanya Taehyung lagi.

Kali ini, Yoora menganggukkan kepalanya pula. Taehyung ketawa kecil. “Kenapa ketawa?” tanya Yoora hairan. Siapalah yang tak hairan bila seseorang tiba-tiba ketawa tak bersebab.

“Awak la, asyik angguk dengan geleng je. Kenapa takut sangat dekat saya ni?” tanya Taehyung.

'Adehhh, nak jawab apa ni? Tak akan nak cerita pasal mimpi u? Malulah aku nanti kalau dia gelakʼ Yoora berkata seorang diri didalam hati.

Taehyung hairan melihat Yoora yang tiba-tiba diam mengelamun sendiri. “Hello? Kenapa diam?” tanya Taehyung pelik.

“Ha? Ehh, tak ade apa-apa la” kata Yoora sambil tersenyum paksa.

Taehyung agak tidak percaya dengan kata-kata Yoora.
“Tak apa la kalau tak nak bagi tahu” kata Taehyung. Yoora seperti tahu yang Taehyung agak kecil hati dengan perlakuannya.

Perasaan bersalah mula timbul.
Akhirnya, mereka berjalan dalam keadaan diam tidak berkata apa-apa.

Tidak lama kemudian, mereka sampai di depan rumah Yoora. “Hurmm, saya masuk dulu ye” kata Yoora agak sopan.

Taehyung hanya menganggukkan kepalanya. Dengan cepat Yoora masuk kedalam rumahnya dan berlari ke biliknya ditingkatkan atas.

Sampai di biliknya, dia cuba menjenguk sedikit dari tingkap untuk melihat Taehyung.

Dia melihat Taehyung masih berdiri di depan pagar rumahnya dengan normal.

Tiba-tiba, Taehyung kelihatan berubah menjadi kelawar. Terbeliak besar biji mata Yoora melihat kejadian tersebut. Dia cuba sedaya upaya menahan suaranya daripada menjerit.

Sunguh! Jantungnya memang terkejut teruk melihat kejadian tersebut. Taehyung terbang ke langit malam dengan laju. (Dalam badan kelawar).

Setelah Taehyung menghilang, Yoora cuba keluar dari beranda rumahnya. Dia menepuk-nepuk pipinya. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.

🦋|| MR.VAMPIRE ||🦋  Where stories live. Discover now