Part 3

66 22 0
                                        

Yoora pov:

Di dalam bilik, Yoora sedang baring di atas katilnya sambil termenung memandang kipas yang sedang berpusing dengan ligat sambil memikirkan sesuatu.

Perlawaan Jimin tadi membuat kepalanya pusing. Sebenarnya sudah lama dia hendak mengikuti pertandingan seperti itu namun oleh kerana peperiksaan akan bermula beberapa minggu sahaja lagi, dia harus menumpukan perhatian pada pelajarannya.

"Patut ke aku terima? Tapi kalau terima nanti, aku tak dapat fokus. Aduuhhh! Kenapalah sekarang? Masa aku free dulu takde pula ajak" Yoora tidak puas hati.

Perkara yang sememangnya tidak disukai orang apabila mendapat perlawaan seperti itu pada masa yang salah. (Termasuk saya :v)
~~~~~~~~~~~
Keesokannya :

"Jimin!" panggil Yoora yang kebetulan terjumpa Jimin di depan cafe. Dia sememangnya hendak mencari Jimin untuk memberitahu sesuatu.

"Hi?" tegur Jimin hairan melihat Yoora tergopoh-gopoh berlari ke arahnya. Yoora menarik nafas panjang sebelum memulakan percakapan.

"Hi too. Sebenarnya saya nak bagitau yang saya terima ajakan awak semalam nak join pertandingan menari tu" beritahu Yoora.

Jimin tersenyum. "Betul ke? Thanks sangat-sangat" kata Jimin gembira. "Nanti saya pilihkan pasangan awak" beritahu Jimin.

Yoora terkejut mendengar perkataan 'pasanganʼ dari mulut Jimin. "Pasangan? Bukan menari solo ke?" Yoora bertanya.

"Tak la, tarian berpasangan sebenarnya." beritahu Jimin dengan tersenyum.
~~~~~~~~~
Di dalam kelas, Yoora sibuk termenung sambil memikirkan sesuatu yang dikatakan oleh Jimin tadi.

Dia tidak sangka yang pertandingan menari tersebut sebenarnya pertandingan menari berpasangan.

Dia tidak sanggup hendak menukar semula keputusannya agar tidak menyakiti hati Jimin dengan keputusan last minute dia.

'ARGHHH, menyesal aku terima masa tu. Kalau aku tahu, tak adenya aku terima ʼbebel Yoora dalam hati tidak puas hati dengan keputusannya sendiri.

Kalau tolak balik nanti, takut Jimin terasa hati pula nanti. Yoora mengaru kepalanya yang tidak terasa gatal menyesal dengan keputusannya.

"Yoora, okay tak ni? Macam ade masalah je. Cuba cerita" tegur Hyea perlahan. Dari tadi, dia memerhatikan Yoora kelihatan seperti ayam berak kapur. Risau pula rasanya hati dia.

"Jimin ajak aku join pertandingan menari. Tapi, tu tarian berpasangan. Aku takut kalau pasangan aku laki. Aku dah tak sanggup nak dekat laki lagi" cerita Yoora akan ketidakpuasan hatinya.

"Ouh, macam tu. Cuba kau beritahu Jimin pasal tu. Mungkin dia faham" cadang Hyea. "Kalau boleh dah lama aku buat." kata Yoora dengan wajah geram. Hyea hanya diam. Dia sudah kehilangan idea hendak membantu Yoora.

✨*Sabar dulu, nanti ade la keluar part Taehyung. Harap sabar ye*✨

🦋|| MR.VAMPIRE ||🦋  Where stories live. Discover now