| Prolog |

75 12 17
                                    

Aku melangkah dengan penuh berhati-hati.

Tidak .

Aku melompat dengan berhati-hati. Mana mungkin katak bisa melangkah seperti manusia. Aku sahaja mungkin.

Air hujan yang jatuh menimpa aku. Aku pedulikan. Niat aku cuma mahu menyeberang sungai ini dengan selamat. Itu sudah cukup.

Bunyi guruh semakin kuat. Diekori air hujan yang semakin lebat. Aku gigihkan lagi melompat dengan berhati-hati. Dari satu batu ke batu yang lain.

Aku melompat dengan sekuat hati.

Sebaiknya sahaja kakiku menjejak tanah. Aku tergelincir. Pantas tangan aku mencengkam rumput liar yang tumbuh. Namun air sungai lebih deras melawan aku yang tiada upaya ini.

Aku dibawa arus.

Aku mulai tenggelam ke dasar. Badanku tiada lagi upaya. Dan cahaya yang samar-samar dari langit mulai hilang.

Gelap.











Bot yang kami naiki mula tiba di kawasan penempatan sementara mangsa banjir.

"Tuanku? Dah sampai." Aku hanya tersenyum nipis dan menganggukkan kepala. Kaca mata hitam aku lurutkan sedikit ke batang hidung.

Aku lihat papan tanda yang mula lusuh itu.

Dewan Serbaguna Kg. Batu Tersusun

Nafas dihela berat. Kesini juga aku akhirnya.

Ayahanda mula turun. Biasalah aktiviti kemasyarakatan begini memang dialah orang yang paling rajin nak turun padang.

Aku sejak dari kecil lagi dididik untuk selalu bercampur dengan rakyat. Tiada alasan yang aku boleh bagi bila ayahanda mula memberi arahan vetonya.

Kuasa Sultan katanya. Kalau tak ikut, kena tulah. Ada-ada saja ayahanda ini. Aku tersenyum.

"Tuanku?" Aku tersentak. Pembantu lelaki tadi sudah tegak berdiri di dalam air banjir untuk mengiring aku ke kawasan penempatan banjir.

Aku lihat ayahanda sudah selamat meredah banjir yang separas buku lali. Diiringi pembantu-pembantunya.

Bila masa ayahanda turun ?

"Kena turun kat sini dulu tuanku. Mari patik iringi Tuanku." Ujarnya sopan. Mungkin aku kelihatan kekok di matanya.

Meh! Ini Tengku Harith Zafran lah.

Setakat air banjir. Apalah sangat. Macam swimming pool dekat istana je. Cuma lagi best.

Ehekksss! Riak wal takabbur jap.

Sinaran flash daripada kamera mula memainkan peranan. Peranan untuk rabunkan mata aku yang cantik ini agaknya.

Okay aku kuat perasan. Tapi memang mata aku lawa okay! Warna light brown gitu. Kau ade?

Back to the point kita tadi.

Paparazi! Aku benci diorang. Aku paling tak suka diorang ambil gambar aku.

Itulah susahnya jadi keturunan raja. Kemana kita pergi ada saja yang mengikut.

Rimas!

Macam lalat perangai mereka. Nak je aku picit-picit kasi lumat.

Paling rimas bila diorang kerumun sebab nak ambil gambar aku. Aku tau lah aku ni hensem tapi kehenseman aku ni untuk bini aku tau dan diwariskan kepada anak-anak aku. Bukan untuk kanak-kanak Ribena yang sibuk buat fans club aku tu.

By the way, aku redha je la kome jadi fans aku. Susah sebenarnya jadi orang hensem ni.

Jangan santau guna gambar aku sudah! Jauh juga aku fikir. Huhuhuhuhu..

"Tuanku?" Sekali lagi aku dipanggil. Aku tersengih. Nampak sangat ke aku berangan?

Malu jap.

Kami sama-sama berjalan beriringan untuk masuk ke dalam kawasan penempatan sementara mangsa banjir.

Aku lihat ayahanda sudah sibuk mengatur barang-barang keperluan makanan yang akan diagihkan kepada mereka. Aku hanya membantu mengangkat apa yang perlu. En.Uthman, pembantu ayahanda mula bising dan menegah aku mengangkat barang.

Haihh.. Pakcik ni dari aku dulu suka membebel kat aku. Itu tak kena, ini tak kena. Aku jadi rajin pun salah. Aku jadi pemalas je la.

Aku sudah masak dengan perangai dia. Entah-entah dari aku dalam perut bonda dia dah susun kesalahan aku. Asyik kena marah je. Masak.

"Tuanku pemangku Sultan. Tak perlu buat kerja begini." Aku mencebik bibir mengajuk gaya dia bercakap. Ayahanda di sebelah hanya tergelak melihat aku.

Ayat itulah yang diulang berkali-kali pada aku. Laa jadi raja tak payah buat kerja ke pun? Duduk macam badak sumbu je kat atas takhta tu?

Aku tengok ayahanda buat je semua kerja. Tak kena marah pun? Asal kalau aku buat kena marah.

Aku hanya akur. Pembantu yang lain. Mula mengangkat barang keperluan ditempat yang disediakan.

Ayahanda mula melangkah ke arah sekumpulan orang yang sedang sibuk memasak. Aku hanya memerhatikannya.

Ayahanda mula memegang sudip dan sibuk membantu mereka menumis bawang. Mula dah..

Satu.

Dua.

Tiga.

Flash cahaya mula sabung-menyabung. Tepat kiraan aku. Dah agak dah akan jadi begini. Ye lah Sultan tolong tumis bawang u olls. Jarang nak jumpa.

Bak kata bonda 'attention seeker'.

Alahai ayahanda. Kat istana tak nak tolong bonda pulak ye? Hehehehe.

Aku menapak pergi menjauhi ayahanda. Boleh berpinar mata aku duduk lama-lama kat situ. Rata-rata penduduk mula mengkerumun ayahanda yang sibuk menunjukkan skills masakannya.

Nak kena report kat bonda ni!

Nanti boleh tengok bonda marah ayahanda. Aku tersengih.

Aku meneruskan langkah tanpa hala tuju.  Di satu penjuru, mata aku tertacap pada sekujur tubuh yang membelakangi aku.

Aku terkedu.

Tak mungkin dia!

Dia sedang ralit memotong daging tanpa mempedulikan yang lain. Tangannya lincah memotong.

Aku yakin itu 'dia'.

Sebelah tangannya mula mengelap peluh yang merenik jatuh menggunakan belakang tapak tangannya.

Tiada cincin yang tersemat di situ.

Aku tersenyum.

Adakah takdir yang membawa aku?

Tak ini namanya jodoh. Jodoh yang menemukan kita. Akal aku melawan.

Aku tersenyum bahagia.

Dia masih sama. Cuma wajahnya nampak lebih matang dan kecantikannya lebih terserlah dari dulu. Aku tak akan lepaskan peluang yang sudah lama aku tunggu.

Dia yang aku cari.

Lima tahun aku menantinya.

Inilah masanya.

Harith'sWhere stories live. Discover now