Uwerrkk!!!
Ueerrkkk!!!

Kedengaran bunyi muntah dari bilik air sebuah hotel berdekatan dengan Lapangan Incheon.

Lembik kaki Mia saat muntah dalam tandas tadi.Kepalanya pening dan hampir sahaja dia ingin pitam.Bau Kimchi yang dihidang pihak hotel sangat meloyakan tekaknya.

Habis Mia muntah,terus gadis itu ke biliknya semula untuk memeriksa keadaan anak-anak terunanya.

Mereka berdua sedang membincangkan sesuatu di katil hotel.

"Hyung,kalau Adik nak buku komik Hyung tu boleh tak?Kita trade in."

"Trade in tu apa?"Soal Ean dengan nada polos.Terkebil-kebil mata bundarnya melihat wajah polos Eddy.

Eddy pula mengukir senyuman lebar."Trade in tu macam kita tukar barang.Eddy bagi barang yang Eddy suka dekat Hyung tapi Hyung kena bagi komik tu dekat Eddy.Apa macam?Boleh?"Soal Eddy pula.

Dia berkenan dengan enam senaskah komik yang dibawa oleh Ean sebentar tadi.Dia ingin membaca komik itu tetapi kena ada pertukarannya.Dia ingin komik itu menjadi miliknya buat selamanya.

"Tapi Adik nak bagi apa aja dekat Hyung?Kalau seluar dalam Adik,Hyung tak nak!Busuk!"

"Agaklah,Hyung!Bukanlah."Eddy mula mengambil sesuatu dalam bagnya sebelum menghulur kepada Ean.

Terbuntang mata Ean melihat hadiah pertukaran Eddy kepadanya."Ini robot Adikkan?Kenapa bagi Hyung?"

"Adik tak nak robot ni.Adik suka buku komik Hyung.Ambiklah robot Adik ni.Hyung kasi buku komik tu dekat Adik,nae?"Soal Eddy.Matanya masih melihat buku-buku komik berada di katil.

Terus Ean menyusun buku-buku komiknya dan meletak disebelah Eddy.Kemudian Eddy mengirim robot kepada abangnya sebagai persetujuan dari perbincangan mereka tadi.

Mia yang berada di katil,perhatikan tingkah dua anak teruna ini dengan senyuman lebar.Rambut Eddy dibelai lembut.

"Eddy...!Eddy...!Menurun betul perangai kamu dengan Appa kamu ni.Dahlah muka sebijik.Haih,comel anak-anak aku ni."Mia mula mengucup pipi Ean dan Eddy sebelum mula tidur.

Dia sudah membeli tiket untuk dia dan anak-anaknya bertolak ke Malaysia pagi esok.Malas mahu menunggu dua minggu lagi.Dia sudah penat menunggu.Biar sahaja wangnya tidak cukup untuk membuat perniagaan.Janji dia ada duit untuk membeli rumah memandangkan nilai wang Korea Selatan jauh lebih tinggi daripada wang Malaysia.Jadi jika ditukar,jumlahnya akan jadi lebih banyak.













































"Jemputlah minum."Pelawa Puan Katherine sebelum meletakkan sedulang teh panas ke meja.

Wajah Puan Byun yang masam itu dipandang aneh oleh Puan Katherine.

"Kenapa muka masam macam tu?Tak sudi ke mari rumah saya?"Soal Puan Katherine dengan ramah.

Puan Byun memandang ke arah Puan Katherine dengan senyuman kelat.

"Menantu tak guna saya ni.Bawak lari cucu saya.Entah mana pula dia bawa lari cucu saya tu?Dasar penzina!Menyesal saya kenal dia,Kat.Kalau dah keturunan tak elok tu,tetap keturunan tak elok."

Puan Katherine tersentap mendengar ayat Puan Byun sebentar tadi.

Kalau dah benci,tiada rasa sayang,memang boleh hina orang sesuka hati ya?

Walaupun begitu,Puan Katherine mengukir senyuman."Byun,kenapa cakap macam tu?"

"Dah memang dia tu keturunan tak elok.Bapak kaki pukul,mak kaki curang.Itu ikut perangai si anak tu.Eii,menyesal saya anggap Mia tu sebagai anak perempuan saya.Jijik!"

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now