Aku berdiri sambil menghirup udara yang segar. Zedi perlahan- lahan mengundur. Lantaklah dia nak buat apa. Janji dia tak kacau aku nak hirup--

Tiba- tiba aku hampir nak terjatuh disebabkan hilang imbangan di lutut kanan. Aku menoleh ke belakang.

Zedi ketawa mengekek. Aku dah tahu, dia yang tolak lutut kanan aku tadi. Dia tolak guna kaki dia, aku tahu!

"ZEDI! " aku mengejar Zedi.

Zedi berlari sambil ketawa. Gembira je dia eh! Aku terus mengejarnya. Bagaikan Kuch Kuch Hota Hai, aku dan Zedi berlari tetapi niat berlainan.

Dalam cerita tu, diorang bersweet sweet. Kalau pasal kitorang, aku kejar sebab nak membunuh Zedi. Zedi pula cuba larikan diri dengan senyuman dan ketawa yang semakin menaikkan perasaan membunuhku.

5 minit kemudian,

Kami berdua sudah terdampar di salah satu bangku di taman bunga itu. Tak ramai yang datang. Ada yang berselfie, ada yang cinta baru di reject. Ada yang terdampar, kitorang lah tu.

Aku bersandar di bangku itu sambil menarik nafas. Bak kata cikgu sains sukan, hutang oksigen selepas berlari perlu dibayar.

Zedi pula sudah terbaring di bangku itu. Kepalanya pula berada di pehaku. Aku dah tak kesah, yang penting aku penat.

Tak lama selepas itu, aku terus memukul perut Zedi dengan perlahan. Zedi tidak mengaduh malah dia ketawa kecil.

Kami berdua sudah kembali normal tetapi posisi kedudukan kami tidak berubah. Zedi tetap berbaring di pehaku. Aku tak kesahlah, bukannya kepala dia berat 10 tan pun. Ringan je, kalau nak cabut and baling kepala dia pun aku boleh.

Ringan kan? Nak buat tapi sebab member, ketepikan lah dulu nafsu mencabut kepala orang.

"Kenapa kau panggil jumpa dekat luar? " sekali lagi aku menyoal benda yang sama terhadapnya.

Orang yang lalu lalang dihiraukan.

Zedi memandang langit sambil tersenyum tawar, " I don't know tho. Hati aku ni bagitahu untuk jumpa kau harini. Actually hati aku suruh aku buat macam- macam tapi aku pilih untuk jumpa kau saja, "

"Hah? What are you talking about? " aku menunduk, memandangnya.

Zedi ketawa kecil, "Just nak jumpa saja. Mana tahu nanti tak boleh jumpa kan? "

Aku mendecit lalu memukul perut Zedi dengan kuat. Biar usus dia tercabut. Ceh jauh betul expectation.

Zedi mengaduh. Dia sempat mengangkat kepalanya lantas mengusap perutnya dari luar baju saja. Yelah, takkan nak buka baju pula? Zedi kembali meletakkan kepalanya di pehaku tetapi perutnya masih diusap.

"Kau tak payah nak mengada eh. Sabtu ni jumpa juga. Ahad ni sekolah tau. Kau nak ponteng? Ni penumbuk aku ada untuk kau kalau kau lupa, " aku menunjukkan penumbukku di atas mukanya.

Zedi ketawa tetapi tak ikhlas. Aku tahu dia ketawa tak ikhlas sebab dalam pikiran dia, ada benda yang paling penting dia pikirkan.

"You know Zedi, you can tell me anything that bother you, right? Even aku selalu cakap kasar dengan kau, kau tahu yang aku sayang kau macam adik aku sendiri, kan? " aku memandangnya sayu.

Zedi tersenyum lembut, " Terima kasih, Syaz, "

Aku terdiam, jarang sekali aku dengar Zedi ucap terima kasih. Dia suka ucap 'arigatou' kalau dia tengah happy. Dia akan cakap 'thank you' kalau dia perli orang. Dan 'terima kasih' ni, aku selalu dengar berapa kali je selama aku kawan dengan dia. Boleh hitung dengan semua jari aku ni.

I know something wrong. Something yang buat Zedi risau sampai dia nak bergurau pun tak boleh. Start kitorang habis berlari tadi, dia terus tak bergurau.

ZIQHAS: The Ending [Edit]Where stories live. Discover now