Teguran Rasulullah saw kepada Sahabat yang Ketawa

62 9 1
                                    

Suatu ketika Rasulullah saw dalam perjalanan untuk menunaikan solat, lalu Baginda saw ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah saw bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini"

  Oleh itu, perbanyakkan lah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat-ulat."

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata, "Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepada ku. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka bumi engkau lah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepada ku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripada ku."

Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan ke dalamkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi ini engkau yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepada ku, engkau akan melihat layanan daripada ku."

Selepas itu, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat. Selepas itu Rasulullah saw bersabda, "Kubur merupakan satu taman daripada taman-taman syurga atau pun lemah daripada lembah-lemah neraka."

KETERANGAN

Takutkan Allah ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah saw sering berfikir secara mendalam. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah. Oleh sebab itu, Rasulullah saw menyarankan supaya kita sekali-sekala mengingati maut kerana amalan ini ialah penting lagi memberi manfaat.

Jangan lupa tekan cni ya . Kalau bermafaat
👇

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FADHILAT AMALWhere stories live. Discover now