Kesyahidan Sayyidina Hanzalah r. a

68 8 0
                                    

Sayyidina Hanzalah r.a tidak menyertai peperangan Uhud sejak awal lagi. Diriwayatkan bahawa beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Beliau telah bersama dengan isterinya.

Selepas itu, ketika beliau sedang bersedia untuk mandi junub malah telah pun duduk untuk mandi dan sedang membasuh kepalanya, tiba-tiba kedengaran di telinganya suara berita kekalahan orang Islam.

Dalam keadaan sedemikian beliau telah menyambar pedang dengan tangan langsung mara ke medan perang. Beliau telah menyerang orang-orang kafir dengan bersungguh-sungguh sehingga beliau gugur syahid.

Oleh kerana orang Syahid yang tidak berjunub akan dikebumikan tanpa dimandikan maka Sayyidina Hanzalah r.a pun telah dilakukan demikian. Namun Rasulullah (ص) telah nampak malaikat sedang memandikan beliau.

Rasulullah telah menyampaikan berita tentang Para malaikat memandikan mayat Sayyidina Hanzalah r.a itu kepada para sahabat r.a. Sayyidina Abu Sa'id Sa'idi r.a berkata, " dengarkan sabdaan Rasulullah (ص) itu saya telah pergi melihat Sayyidina Hanzalah, saya nampak air masih bertitisan jatuh dari kepala beliau." Setelah pulang ke baginda menyelidiki keadaan yang sebenar dan mendapati bahawa beliau telah pergi ke medan perang tanpa sempat mandi junub."

KETERANGAN

Inilah keberanian sejati. Seorang yang berani sukar untuk menangguhkan niatnya. Oleh sebab itu beliau tidak sanggup menunggu walaupun hanya untuk menyempurnakan mandi junub.

FADHILAT AMALHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin