An Untold Part

45 6 5
                                    


BENCANA sama berlaku lagi. Lagi dan lagi. Malapetaka pada seisi rakyat Tanah Delusia.

Bagai sebuah sumpahan pada mereka yang durhaka.

Mayat bergelimpangan.  Darah sini dan sana. Raungan dan tangisan bersahut-sahutan.

Nyanyian unggas yang menghias malam, tika itu tenggelam dengan suara-suara jiwa yang menderita.

Kasturi lorotkan pandangan pada Melur yang jatuh terduduk. Halus tangisan gadis itu membelah sunyi antara mereka.

Tangan Melur cuba diraih. Perlahan-lahan Kasturi bawa gadis itu menghampiri dua tiang yang terpacak di tengah-tengah padang merah hamis itu.

Kasturi mendongak kepala memandang dua wajah yang disangkut pada puncak tiang.

Matanya redup. Tidak berkaca. Kosong.

Dia menebar pandangan ke arah sekeliling. Baik tua dan muda, lelaki perempuan, semua menayangkan wajah dukacita, kekecewaan, hilang arah dan pedoman hidup.

Matanya berhenti pula pada Melur yang menekup muka. Menangis dari tadi tanpa henti.

Bahu wanita kecil itu terhinjut-hinjut menahan sebak.

Satu saja yang terlintas di fikiran Kasturi.

Kasihan.

Itulah dunia mereka. Jika kau melawan, maka kau perlu mati. Jika kau patuh, pasti kau dipijak.

Yang di atas akan sentiasa disanjung.

Yang di bawah, akan sentiasa ditindas.

Darah. Darah. Darah.

Di man saja kau berpijak. Asalkan di bawah naungan Ratiyadat. Selamanya akan bermandi darah. Selamanya nyawa menjadi permainan. Selamanya hidup akan tersiksa.

Itu sumpahan mereka.

Kasturi duduk sekejap sambil mengelus lembut belakang Melur. Gadis malang itu perlahan-lahan memeluk Kasturi. Tangisnya menyambung di bahu si kakak. 

Setelah beberapa minit, badan Melur ditolak supaya kedudukannya menegak. Air mata Melur, Kasturi tepis dengan ibu jari. Lalu, dia bangun berdiri semula.

Cucuk sanggul yang terpacak di belakang kepala, Kasturi tarik. Mengurai rambut hitam pekatnya bebas terbang ke udara.

Pandangan Kasturi tertancap pada hujung mata cucuk sanggul. Tajam. Dia menyungging senyuman tipis.

Pantas dia mengelar tapak tangan. Satu garis merah mula terbit.

Tidak cukup.

Kasturi kelar lagi dan lagi hingga darah mula keluar perlahan-lahan. Lalu, dia berjalan merapat pada tiang ibunya, Khatijah.

Darah dari leher Khatijah yang menitik ditadah. Seterusnya darah ayahnya pula diambil sama. Dicampur sebati segala darah yang ada pada tangannya.

Darah itu lalu dicalis pada mata, mengelilingi leher dan seterusnya dada. Terakhir sekali, dia tanpa rasa geli, darah itu dijilat dan ditelan.

Tindak tanduknya diperhati oleh Melur tanpa melawan. Melur mati kata. Dia tahu apa yang Kasturi lakukan itu sebuah simbolik.

Pertama ialah mata, mata biasanya akan menjawab pelbagai soalan tanpa didahului bicara. Tanda Kasturi calitkan darah di situ supaya mata itu dahulu mencerca sang kuasa sebelum bibirnya membuka kata.

Mengelilingi leher adalah tanda tidak gentar dihukum mati. Hukuman kepada penderhaka biasanya pancung kepala, seperti nasib ibu dan ayah mereka itu.

Dada menandakan keberanian manakala yang terakhir, darah dijilat lalu ditelan.

Rakyat di bawah naungan Ratiyadat perlu mengakui Shah Jehan sebagai tuhan penakluk dunia. Setiap yang cukup umur akan mengangkat sumpah, itulah adat yang perlu mereka patuhi.

Tanda darah dijilat itu untuk memperingat dirinya supaya tidak sesekali mengangkat sumpah itu.

Khatijah dan Basir, ibu dan ayahnya, mereka pejuang. Mereka adalah tunjanh kekuatan Kasturi. Dendam perlu dibalas. Hutang darah dibayar darah.

Shah Jehan, nampaknya aku la yang akan hantar kau jumpa tuhan nanti, desis hati Kasturi.

Dia menyungging senyuman. Darah yang menitik ditadah lagi.

Wajah ibu dan ayah dipandang bersilih ganti.

Perlahan-lahan senyumannya melebar sebelum tawa kuat terlepas. Dia berpaling menebar pandangan sekali lagi pada wajah rakyat kampung yang sedang hiba.

Makin lama makin tinggi suaranya. Nyaring tawa mendiamkan beberapa orang yang tersedu-sedan. Titik tumpuan orang ramai kini jatuh kepada Kasturi.

Melur terdiam. Takut dan gusar menjerut diri. Tangan kakaknya cuba dicapai, tetapi terlebih dahulu ditepis.

Kasturi lumurkan darah pada telapak tangan ke seluruh wajahnya. Dengan senyuman yang mengerikan, buat Melur mati kata. Membulat matanya melihat gelagat Kasturi.

591 patah perkataan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tong SampahWhere stories live. Discover now