Mr Sweet Talker, Aku Punya!

46 5 4
                                    

Nampak tak tajuk childish tu? Sebab tu laaaaaa cerita ni nak letak dala tong sampah!!! HAHAHAHA saya sendiri cringe. Tapi saya share jugalah.

****

Ruangan bilik terasa kosong. Ada sesuatu yang tidak lengkap dari malam biasanya.

Syah tidur mengiring, menghadap ke arah  ruangan kosong di sebelah kanannya sebelum lampu pada sisinya dibuka. Keadaan malam itu sungguh sunyi, hanya bantal kosong kepunyaan Aira sahaja menjadi tatapan.

Syah tutup mata seketika. Mengharap lena bakal menjemput diri sekejap lagi.

"Abang! Cepatlah tepuk pinggang sayang. Sayang nak abang dodoikan!"

Laju mata Syah tercelik luas. Wajah Aira sedang menenyeh mata dan bibir menjuih ke hadapan buat dia tersentak.

Nafas Syah mula tidak teratur. Tubir mata terasa panas, dan dadanya berdetak hebat menahan asakan sebak.

"Sa... sayang?"

Lembut Syah memanggil. Antara dia sedang berhalusinasi, atau sedang bermimpi, atau ia memang benar. Syah tak pasti. Apa yang dia tahu, dia amat rindukan gadis itu.

Tangan yang ketar cuba diangkat, menghampiri wajah Aira. Wajah itu... dia ingin sekali belai pipi gadis itu.

"Abang! Sayang ngantuk ni, cepatlah..." lirih suara Aira merayu.

Syah telan air liur yang terasa kesat. Tangan yang tadi hampir mencecah kulit Aira, dirapatkan ke dadanya. Sakit. Dia berpaling membelakangi Aira.

Jeda. Sunyi tadi perlahan-lahan berganti esakan Syah.

Sekali lagi, Syah beranikan diri mencuba nasib. Berpaling ke arah tempat tidur isterinya, dan...

Aira masih di situ. Dengan senyuman manis yang mampu menghangatkan hati gundah gulananya. Senyuman yang penuh dengan kasih sayang.

"Kenapa abang nangis? Sayang tak kemana-mana pun. Sayang kan ada sebelah abang ni."

Makin lebar senyuman wanita itu. Dan, makin lebatlah air mata Syah banjir membasahi pipi.

"Tipu..."

Wajah Aira, Syah nampak samar-samar. Kolam mata yang penuh dengan air buat pandangannya kabur.

"Sayang tipu... tipu..."

Tangan Syah naik menekup muka. Tangisnya semakin kuat.

"Sayang tipu abang!"

Suara Syah naik seoktaf sebelum satu jeritan nyaring dia lepaskan sekuat hati. Syah pejam mata rapat-rapat sebelum tangan yang berada pada wajah beralih ke arah cuping telinga.

Dia tekup kejap kedua belah telinga sambil kepala menggeleng ke kiri dan kanan berulang kali.

"Abang... abang kena ingat. Sayang, akan sentiasa berada di sisi abang. Ingat tu!"

Sekali lagi Syah menjerit kuat sebelum dia bangun berdiri dan beredar meninggalkan bilik itu. Sengaja pintu bilik dihempas sekuat hati. Kalau boleh dia tak mahu lagi nampak muka Aira.

Dia tak sanggup. Dia tak kuat dan tak mampu.

Dari jauh, Puan Arifa terkocoh-kocoh berlari mendapatkan anak lelakinya. Wajah sembap Syah dipandang dengan terkejut dan sayu.

Mesti kes Aira lagi.

"Mama... Aira ma..."

Umpama anak kecil, Puan Arifa menggamit Syah menghampirinya. Duduk di atas sofa dan belakang lelaki itu dilurut lembut. Istighfar berulang kali dibaca dekat dengan telinga Syah.

"Syah... lepaskan semua, Syah. Tak baik buat Aira macam ni..."

Lembut Puan Arifa memujuk. Syah menggeleng.

"Macam mana, ma? Kalau mana-mana Syah pergi, Syah nampak Aira. Macam mana ni, ma? Syah dah gila ke, ma? Kenapa semua tempat Syah pergi, Syah nampak Aira, ma? Kenapa!"

Syah meluah sambil lengan Puan Arifa digoncang beberapa kali.

***

Sekian hahahaha. Ni part entah mana entah. Terfikir fikir lagi nak tulis tak ceritanya. Sbb cerita ni style klise, mak bakpa paksa anak kahwin. Anak pulak terima paksa paksa. Tup tup jatuh cinta HAHAHAHA.

Tong SampahWhere stories live. Discover now