Misi Pikat Dia!

51 5 3
                                    

"OHH, awak nak cakap sekarang ni saya yang salah la ye!" tengking Ayu.

Adam makin tak senang, dari tadi lagi mata-mata orang kelilingnya memandang. Ayu buat gila pula saat-saat ni! Jeritnya dalam hati.

"Ayu, malu sikit. Ni public la," bisik Adam.

Ayu menolak dada Adam menjauh. Mukanya merah dan nafasnya tidak teratur.

Bodohlah kau Adam, bergurau lagi! Monolog hati Adam.

"Ooh, pandai awak ye. Bergurau tadi kemain! Ni awak nak saya diam? Dah lama saya sabar dengan awak tahu tak!"

Ayu mula mengorak langkah melarikan diri dari kerumunan orang ramai. Adam dibelakang mengejar langkah Ayu.

Keluar saja mereka dari lautan manusia tadi, terus Adam menangkap tangan Ayu. Ayu berhenti. Dia berpaling menghadap Adam lalu tangan ditepis kasar.

"Saya tak nak susahkan awak lagi..."

Adam cuba membuka bicara, tapi Ayu lebih pantas menyuruhnya diam. Jari telunjuk Ayu dihala pada bibir.

"Tak mengapa, awak tak perlu cintakan saya lagi. Kita putus!"

Ayu merentap tangannya kasar. Air mata ditepis lalu kakinya mengorak langkah laju.

Adam terbungkam. Tak mampu berkata apa. Dia masih cintakan wanita itu. Takkan putusnya macam ni saja?

Tak! Jerit isi hati Adam. Tak menunggu lama, Adam berlari mendapatkan Ayu.

Jika tadi, tangan Ayu menjadi tangkapan, kini dia berlari dan mematikan langkah Ayu dengan menahan kedua bahu Ayu.

"Apa lagi?" tanya Ayu lemah.

Dia malas bertatapan mata dengan lelaki dihadapannya.

"Tolong! Saya minta tolong sekali je awak tunaikan permintaan saya..."

"Permintaan?"

"Ya. Permintaan. Esok tepat pukul sembilan pagi, jumpa dekat taman. Saya ambil awak dan pergi jalan-jalan. Bagi saya masa esok sehari saja, untuk bersama awak dan pikat hati awak. Kalau tak berjaya... saya turutkan apa awak minta..."

***

"MAAF! Saya lambat."

Adam menggosok belakang lehernya. Ayu hanya menjeling tajam. Malas nak bercakap banyak.

"Alah, janganlah jeling. Bukan apa saya cari tukang kayu tadi."

Ayu memandang Adam pelik. Pagi-pagi begini nak mencari tukang kayu untuk apa?

"Nak buat apa pula cari tukang kayu? Cis, kononnya semal..."

Jari telunjuk Adam berada tepat pada bibir Ayu. Tak bersentuhan tapi berkesan mematahkan kata Ayu.

"Sebab saya nak pahat nama dan wajah awak di hati saya, sebab itulah saya cari tukang kayu."

Adam senyum lebar. Ayu memutarkan bebola matanya, meluat! Laju saja kakinya melangkah menghampiri kereta Hilux milik Adam.

"Sayang! Sabar dulu, tak sabar betul awak nak date dengan saya ya," sakat Adam.

Ayu berpaling, mahu saja dia tampar muka Adam. Bising! Sampai ada segelintir pak cik dan mak cik memandang mereka sambil tersengih-sengih.

Malas mahu bercakap banyak, pintu tempat duduk tepi pemandu dibuka.

"Eh! Adam, apa ni?" Belon helium tiga biji berdiri statik. Talinya menyambung dengan kotak hadiah berbentuk hati.

Tong SampahWhere stories live. Discover now