Sebaik sahaja sampai di chalet tersebut, Melyssa terus meminta kunci bilik,

dia mandi dan bersiap untuk tidur kerana dia sampai tadi jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Sekarang jarum jam sudah ke angka 12 tengah malam, nasib baik chalet ni ada penghawa dingin, selesa sikit dia nak tidir

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

Pagi itu tan sri Megat dan puan sri Aleena sarapan berdua tanpa Melyssa

"Lyssa ada bagitahu abang dia pergi bercuti dekat mana?" tanya puan sri Aleena

"katanya dia bercuti dekat kampung" tersedak puan sri Aleena mendengar

"apa!!? dekat kampung? sejak bila pula anak kita tu suka bercuti dekat kampung" tak percaya puan sri Aleena anaknya itu bercuti di kampung, dia sedang bermimpi agaknya

"iya, ala biarlah dia nak bertukar angin, asyik bercuti dekat laut je tak laut pergi luar negara menghabiskan duit" kata tan sri Megat

"dia ada bagitahu dia bercuti dekat kampung mana?" tan sri Megat mengangkat bahu

"tak tahu sebab dia bagitahu abang dia nak pergi bercuti dekat kampung, tak pula dia bagitahu kampung mana, abang tak sempat tanya lebih sebab masa tu dah lambat nak pergi meeting" kalau dah tan sri Megat cakap macam tu terpaksa la puan sri Aleena menelefon anak gadisnya bertanya keberadaan Melyssa

"okay la abang pergi kerja dulu" tan sri Megat bangun dari kerusi begitu juga dengan puan sri Aleena,

mereka berjalan ke arah pintu utama, puan sri Aleena menghantar pemergian suaminya ke tempat kerja

~•~•~•~•~•


"Adoi nak sarapan apa eh pagi ni?" Melyssa mengaru garu kepala sambil memandu.

Bangun saja dari tidur perutnya terasa lapar, mungkin semalam dia tak sempat makan jadi pagi ni perutnya buat hal

"ah aku google lah jalan nak ke pekan" Melyssa mengelurkan telefon bimbitnya dan mencari jalan untuk ke pekan

"laaa...dekat je dalam 15 minit" katanya sebaik sahaja dia mencari lokasi pekan di aplikasi waze.

Melyssa turunkan handbreak dan membelok ke arah kanan mengikut arahan di dalam telefon

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"awal kamu nak pergi ke kandang Haris, jam baru pukul 7.30" soal puan Summayah .

Kebiasaannya Haris akan ke sana jam 9 pagi

"hari ni Saiful tak ada umi, dia cuti. Badrul tinggal sorang, ni yang Haris nak pergi awal sikit" puan Summayah mengangguk tanda faham

"kenapa Saiful cuti?" jarang dia dengar budak berdua tu ambil cuti kecuali kalau ada hal kecemasan

"dia kata nak bawa maknya ke klinik, harini makcik Salbiah ada check up" jawab Haris

"ouhh...nah bagi bekal ni dekat Badrul, kamu pon tak sarapan lagi kan, makan sama sama dekat sana" puan Summayah menghulurkan bekal yang berisi bihun goreng dan satu termos air teh tarik

"terima kasih umi, Haris pergi dulu, assalamualaikum" dia menyambut huluran bekal dan termos tersebut lalu mencium tangan uminya

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Haris yang sedang sibuk membersihkan kandang kambing di kejutkan apabila ada tangan seseorang menepuk bahunya dari belakang

"ehhh Nubhan bila kau balik?" tanya Haris,

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now