2021 - Random 2

1K 90 8
                                        


19 Mac 2021

My Sayang
+ Assalamualaikum. Hai sayang. Kapal masuk port 23 ni. Maaf tak dapat mesej selalu. Line teruk sungguh. Jaga diri baik-baik ya. Love u so much sayang. Miss u so much. Assalamualaikum. Byeee ❤️❤️😘😘👋👋

"20, 21, 22, 24. Okey. 4 hari lagi..." Jari mengira sambil tersenyum.. Tak sabar nak sampai 23 tu.

22 Mac 2021

My Sayang
+ Assalamualaikum. Hai sayang. Esok petang kapal masuk port, tapi tak tahu la pukul berapa. Kalau free nanti abang mesej ya. Jaga diri. Love u so much sayang.. Miss u so much. Byee. Assalamualaikum. ❤️❤️😘😘👋👋

- Waalaikumsalam. Okey yang. Jaga diri juga. Love u so much abang. Miss u so much ❤️❤️❤️

23 Mac 2021

Aku menanti dan terus menanti.. Biasanya malam begini encik suami sudah habis bertugas. Pukul 12 tengah malam nanti baru masuk kerja semula. Tapi bila aku pandang jam... Sudah hampir ke pukul 10 malam tiada sebarang mesej darinya. Akhirnya aku tertidur dalam penantian.

24 Mac 2021

My Sayang
+ Assalamualaikum sayang. Maaf, abang tak dapat nak mesej semalam. On duty 24 jam. Ni pun tengah standby. Mungkin sampai kapal keluar kena standby. Abang tengah rehat sekejap ni. Tak dapat nak vc. Maaf ya sayang...

Aku tahan air mata dari gugur, tapi tetap juga ia mengalir. Bukan kali pertama. Namun tetap juga aku bersedih bila terjadi. Aku faham. Malah tersangat faham. Cuma disebabkan terlalu mengharaplah aku jadi begini.

- Waalaikumsalam. Tak apa, saya faham. Boleh mesej tak ni?

My Sayang
+ Boleh. Maaf ya sayang.

Aku geleng kepala. Aku tak salahkan dia. Dia tak salah apa pun.

- Jangan risau. Saya okey aje. Next port nanti kita vc la. Abang jangan risau ya. Saya boleh tunggu.

Ya. Aku tunggu dan tetap tunggu.

My Sayang.
+ Ya la. Sayang sihat? Keluarga sihat?
+ Buat apa minggu ni? Cerita la dekat abang...

Aku lap air mata yang tersisa. Laju membalas mesej dari encik suami. Menceritakan setiap aktiviti yang aku lakukan walaupun setiap malam pun aku sudah menghantar laporan padanya.

My Sayang
+ Dah kena panggil kerja. Maaf tak dapat temankan sayang. Jaga diri, jangan menangis lama-lama. Kirim salam dekat semua. Sayang sayang banyak-banyak. Rindu sayang banyak-banyak. Jaga diri. Jaga kesihatan. Apa-apa mesej je abang. Nanti dapat line, abang baca. Bye sayang. Assalamualaikum. 😘😘😘❤️❤️👋👋

Tak sampai 15 minit pun. Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku dapat tahu khabar berita darinya.

Sekeping gambar menyusur selepas aku membalas mesej tadi.

Aku senyum lebar memujuk diri.

Empat bulan lagi. Empat bulan berbaki untuk dia pulang ke sisiku. Beginilah nasib kami yang bersuamikan seorang pelaut. Ditinggalkan untuk satu tempoh masa yang panjang untuk mencari rezeki.

Tak apa. Aku tetap di sini menunggu. Sentiasa mendoakan dia di tengah laut sana.

Empat bulan... Semoga tiada halangan untuk dia pulang tepat pada masanya nanti.













~~~~~~~~~~~

Nama pun random. Confirm la cerita pun entah apa-apa aje la yang ditulis 😂😂.

Pada yang bergelar pasangan pjj, saya doakan anda tabah. Saya tahu anda sangat kuat. Malah saya tabik pada anda.

Ada tak sesiapa di sini yang termasuk dalam kategori pjj dengan encik suami? Antara daerah/negeri/negara mana tu? Share la dengan saya ☺️☺️

Random The SeriesWhere stories live. Discover now