🐈🐈
"Panasnya..." Cuba meminta simpati encik suami yang terlalu asyik dengan game Mobile Legends. Sakit pula hatinya setiap kali mendengar ayat, 'your enemy has been slain'.
"Abang, pandang la saya..." Kali ini suaranya bertambah manja.
Encik suami angkat wajah dua saat. Menghadiahkan senyuman lebar sebelum kembali tunduk menghadap skrin telefon.
Putus asa juga dengan encik suami. Sebenarnya cuaca tidaklah sepanas mana. Rasanya hati dia yang terlebih panas. Kedua peha encik suami yang mengepit pehanya ditolak. Dia cuba untuk bangun. Mahu memujuk hati sendiri.
"Yang..."
Dia tidak jadi mahu bangun.
"Ya, saya..." Bersinar terang matanya bila encik suami letak telefon di atas meja pendek di sisi.
"Merajuk ya?"
Bibir sudah muncung. Dia angguk perlahan. Mana tak merajuk kalau encik suami asyik menghadap game aje. Dia hampir pengsan dek kebosanan kerana tiada teman mahu bersembang.
"Boleh tolong abang?"
"Apa?" Mata berkedip laju. Bibir mengukir senyum.
"Tolong ambilkan air sejuk."
Cis. Ingatkan nak pujuk. Dia suruh kita ambil air pula.
Kecik besar aje dia pandang encik suami.
"Please..."
Amboi.... Bukan main panjang lagi 'please' dia tu.
"Malas. Saya nak merajuk dengan abang."
Lantas dia tolak kerusi ke belakang dan bangun. Dia angkat kerusi tersebut dan letak di pagar beranda. Duduk menghadap jalan yang tidak pernah sunyi dari kenderaan lalu lalang.
"Alololo, marahnya dia..."
Dia pekakan telinga bila encik suami mula mengejek.
"Lima minit.. Saya nak merajuk lima minit. Jangan kacau saya." Memberitahu namun langusng tidak menoleh ke belakang.
Bertambah sebal hatinya bila tawa encik suami bertambah kuat.
🐈🐈
Hello gais, macam dah lama sangat wi diam kan. Bukan apa, sejak beberapa purnama lepas, wi memang sibuk. Banyak benda jadi dalam hidup dan banyak benda yang perlu disusun atur semula.
Apa pun, rasa-rasa dah boleh buat comeback ke?
