"I Dengan Auni.."

8.1K 84 20
                                    

"Sebenarnya.. I dengan Auni ni.."

Rinnnnnnggg riiingggg..

Tiba-tiba phone Hani berdering, 'Ibu Sayang' terpapar di skrin.

Tapi panggilan itu diabaikan Hani.

"U dengan Auni apa?" Tanya Hani

"Sayang, u angkat dulu call tu. Ibu call kan, tak baik laa tak angkat." Jawab Aedy lembut

"Ahh takpe, nanti boleh call balik.. Sekarang ni nak tahu u dengan Auni apa? Jawab laa!"

"Takpe, u angkat dulu call. Mana tahu ada benda penting yang ibu nak bagitahu" - Aedy

Hani hanya menurutkan saja, apa yang dia nak. Adalah, Aedy segera memberitahu apa yang tergantung tadi.

Selepas 15 minit, Hani mengakhiri perbualan dengan Ibunya.

"Sekarang, bagitahu laa apa yang kau nak cakap tadi."

"Mm.. Kita tunggu kat rumah ye sayang" - Aedy

"Tak, apa yang susah sangat kau nak cakap ni?! Bagitahu je lah sekarang, apa masalah kau ni?!" Marah Hani

"U jangan tinggi suara macam ni! I cakap elok-elok dengan u, macam ni ke u layan i? U tu pregnant, jaga lah sikit emosi tu!" Tengking Aedy

"Ohh, habis tu. Yang nak tunggu balik rumah baru nak bagitahu tu kenapa? Cakap je lah sekarang." Desak Hani

"Look, i taknak tengking u. I'm sorry k, tapi boleh tak tunggu sampai rumah dulu? Kita relax, kita tenangkan dulu emosi.. i taknak laa macam ni, sikit-sikit nak gaduh. Tak bagus tau untuk kandungan u."

Hani hanya diam, tapi dalam fikirannya masih rasa ingin tahu.

"Siapa Auni? Kenapa dia rapat? Sepupu? Pfttt, aku pun ada sepupu tapi takde laa rapat macam diorang. Ni macam bercinta je.." - Hani

_________________________________________

Puk! Pintu kereta dihempas kuat, tanpa berkata sepatah apa pun, Hani terus masuk kebilik, terus merebahkan badan ke katil.

Matanya dipejam erat, hanya ingin menenangkan hati dan fikiran. Badannya Terasa penat setelah bermain dengan emosi. Tanpa sedar Hani melelapkan matanya.
_________________________________________

6pm.

Hani terjaga dari tidur, meraba-raba mencari handphonenya.

Terkejut melihat jam, Hani mengguling-gulingkan badannya ketepi katil. Menuju bilik mandi.

Selesai membasuh muka, Hani menuruni anak tangga. Mencari kelibat suaminya, tapi tak kelihatan..

Sedang jalan menuju ke dapur, tiba-tiba terdengar suara suaminya seperti sedang berbual, tercari-cari dari mana datangnya suara itu.

"Ohh.. Dari belakang dapur rupanya." Omelnya dalam hati.

Diintai dari tingkap dapur, kelihatan Aedy sedang berbual di telefon bimbit, sambil kehulu-kehilir

Sedang asyik mengintai, tiba-tiba terdengar suaminya berkata

"Aku rasa, dah tiba masanya laa aku bagitahu Hani. Aku dengan dia asik gaduh je tau, dia syak pasal kita" - Aedy

"Kau rasa, dia marah tak bila tahu ni?" - Aedy

"Aku pun taknak dah sorok benda ni" - Aedy

"Sorok apa?"

Pertanyaan itu membuat Aedy terpaku

"Alamak, dia dengar rupanya.." Katanya dalam hati.

Kahwin KontrakDonde viven las historias. Descúbrelo ahora