Sanha menggaru kepalanya sedikit.Dia ketawa kekok."Noona ni dah macam polis dah tanya saya itu ini.T--"Bulat mata Sanha melihat Mia lalu ke lobi.

"Mia Noona!"

Mia memberhentikan langkah.Dia memandang Sanha sebelum melambai.Terus sahaja gadis itu keluar dari pejabat Taehyung.

"Macam mana Sanha tahu Noona kerja sini?"

"Sekolah Sanha dekat sini aja.Hari-hari nampak Noona masuk pejabat."

Mia memandang jari Sanha yang menunjuk ke arah sekolahnya yang dekat dengan tempat kerjanya.Kemudian Mia hanya berdehem.

Sanha mengukir senyuman lebar."Sekarang waktu lunch.Nak tak kalau Sanha belanja Noona makan dekat restoran tu?"

Mia sekali lagi melihat restoran yang ditunjukkan oleh Sanha.Restoran makanan Arab."Eh,kebetulan pula kawan Noona juga nak makan dekat situ.Bolehlah kalau Sanha join kami sekali."

"Tak susah ke?Sanha kecik lagi."Lelaki itu pamerkan pula wajah comel.

Gadis itu ketawa kecil.Mereka bersembang tak pandang kiri kanan.Ha Ram ada dekat dengan mereka pun tak ambil peduli.

"Tak maknanya.Bukannya kami ajak tengok group pondan menari!"

"Iya tak iya jugak.Jomlah!"

Mereka berjalan beriringan menuju ke restoran.

"Mak tak marah ke Sanha jalan sorang-sorang dekat sini?"

"Yaish,Noona ingat Sanha budak kecik ke?Sanha ni umur dah lapan belas tahun tau?Boleh jadi laki orang dah pun."

"Kerja dulu.Baru berangan nak berumah tangga.Nanti kalau Sanha kahwin dulu,macam mana nak bela anak dara orang?Bagi makan pasir?"

"Sanha anak orang kaya,maa!Harta satu juta keturunan pun tak habis.Nak sara Noona pun boleh."

"Eh,riak sial Sanha ni.Kalau macam tu Noona nak rumah dekat atas langit.Boleh buat?"

"Jangan kata atas langit.Nak suruh Sanha buat rumah untuk Noona dekat dalam neraka pun boleh."

"Haram jadah punya budak!"

"Noona ni kelakarlah!"

Ha Ram menatap benci melihat Mia bergelak bahagia bersama Sanha.Sekejap sahaja gadis ini dapat berdamping dengan lelaki kacak.

Gadis itu memusing ke belakang dan melihat wajah seseorang yang berdiri di belakangnya.

Taehyung menyeringai geram sebelum meninggalkan Ha Ram terkulat-kulat sendirian depan pintu syarikatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung menyeringai geram sebelum meninggalkan Ha Ram terkulat-kulat sendirian depan pintu syarikatnya.

Dia berjaya singkirkan 'kutu' dari mendekati Mia.Sekarang ada pula 'kutu' lain mahu mendampingi gadis kesayangannya.Gadis ini pula melayan.Lagilah bengkak hati Taehyung.Sudah bagi amaran pun tetap juga gadis ini berdegil.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now