Angin tak ada.
Ribut pun tak ada.

Gadis ini mahu kunjung ke rumahnya.Mata bundar Taehyung menatap mata sepet gadis kesayangannya.

"Baekhyun ada cerita dekat aku yang kau jual rumah lama kau dengan Hyeri.Beli pula rumah baru.Kalau aku nak usha rumah kau boleh?Buat modal selfie cukuplah.Itu pun kalau kau okaylah."

Taehyung mengukir senyuman riang."Boleh.Aku tak ada hal.Rumah aku terbuka khas untuk kau,Mia.Nanti aku masak sedap-sedap untuk kau,erk?Kau nak mari pukul berapa?Boleh aku jemput kau terus."

Mia berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Taehyung.

"Pukul enam.Kau ambik aku,erk?"


















































"Noona!"

Ahn Ha Ram memandang ke arah seorang remaja lelaki yang sedang berdiri di hadapan pejabat Taehyung.

Gadis itu terpesona melihat ketampanan remaja lelaki ini.Wajah comel tetapi ketinggiannya tidak kena dengan wajah dimiliki remaja itu.Ha Ram tersenyum sopan.Lelaki kacak!Siapa juga yang tidak mahu?Kalau Mia yang hodoh piang tu pun lelaki handsome bersusun nak dekat dia?Apatah lagi kalau Ha Ram!

Dia jauh lebih putih dari Mia.
Cuma Ha Ram bertubuh gempal sahaja.Nak kurus,syaitan kiri kanan.

Makanan itu sedap.
Makanan ini sedap.
Dietnya tidak.
Berat badan makin naik lagi adalah!

Berat badan makin naik lagi adalah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ye,siapa ni?"

"Saya Yoon Sanha.Budak sekolah tinggi dekat sana tu."Sanha menunding jarinya ke arah sebuah sekolah yang berdekatan dengan syarikat milik Taehyung.

Ha Ram mengangguk lemah.Depan laki handsome macam ni kenalah perangai sopan santun sikit.

"Ye,cari siapa?"Soal Ha Ram lagi.

Jika Sanha ini adik lelaki salah seorang rakan pejabatnya,akan dia segera meminta nombor telefon remaja itu.

Soal umur?Apa ada hal?

"Mia ada tak?"

Mati terus senyuman Ha Ram mendengar nama gadis itu.

'Mia lagi?'Soal Ha Ram dengan nada bengang.Kenapa dalam banyak-banyak wanita,lelaki sekacak ini memilih Mia?

Kalau gadis itu Dasha Taran ke,Kim Na Hee atau juga Instafamous Malaysia yang belajar dekat Korea,boleh diampun lagi sebab ketiga-tiga mereka ini cantik.

Tapi Mia?

Gadis itu berkulit gelap seperti kebanyakkan Asia Tenggara yang lain.
Memang langit dengan bumilah kalau Mia dibandingkan dengan tiga gadis cantik ini.

Tetapi orang seperti Sehun,Lee Dong Wook,Taehyung malahan Sanha juga merebut demi gadis sehodoh ini?Apa kelebihan Mia?

"Kenapa cari dia?"Soal Ha Ram lagi.Nada suaranya kendur kerana sedikit kecewa dengan taste lelaki tampan hadapannya ini.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now