Jennie selamba sahaja menyelak tudung Mia untuk melihat kesan merah pada leher gadis itu.

Mia mengerut kening dan merengus geram sebelum menepis perlahan tangan Jennie.

"Kau ni gila ke apa?"Soal Mia dengan nada geram.Selamba nenek dia aja pergi selak tudung orang depan Baekhyun.

Jennie mengeluh hampa.Tiada tanda merah pada leher Mia.Tetapi semalam mereka melakukan hubungan intim.Mana tanda intimnya?

"Bahagian intim kau sakit tak?"

"What's kind of question,sis?Wei,korang dah kenapa doh tanya soalan pelik-pelik?"Soal Mia berbalas soalan.

"Taehyung tak buat apa-apa dekat engkaukan?"Soal Jennie lagi tanpa menjawab soalan Mia.Nampaknya gadis ini benar-benar naif dan tidak peka pada keadaan sekeliling.

Mia mengeluh kecil."Tak ada.Semalam aku sorang-sorang aja tidur.Bahagian aku pun tak sakit.Taehyung pun jaga batas dia.Kenapa?Kau risau ke dia buat benda bukan-bukan dekat aku?"

Jennie menunduk sahaja.

Air matanya mengalir laju.Dia risaukan Mia.Dia khuatir jika Taehyung buat sesuatu yang boleh membuat Mia makin depresi.

Mia memeluk tubuh Jennie sambil mengukir senyuman manis.

"Kau jangan risau,Jen.Taehyung tu baik walaupun perangai dia macam Singa tak dapat malam jumaat."

Jennie ketawa kecil.Dia juga membalas pelukan Mia.Baekhyun pula mengeluh kecil bila melihat betapa husnuzon sahabatnya ini.Fikir positif padahal aib mereka dikatil sudah dibuka sendiri oleh Taehyung.

Jennie atau Baekhyun sendiri tidak dapat membuka mulut tentang perangai sebenar Taehyung.

Seorang obsesi.
Seorang penggoda.
Boleh jadi agresif bila tidak dapat apa yang dimahukan.
Seorang pemaksa.

Jika perempuan lain menjadi mangsa obsesi Kim Taehyung,mereka takkan ambil kisah.Sebab bukan kenalan rapat mereka kalau hendak ambik tahu pun.

Masalah sekarang gadis itu adalah Mia.Dia terpilih dalam permainan ciptaan Taehyung.

Kasihan bila gadis itu pada awalnya ingin bekerja mencari rezeki halal tetapi akhirnya Taehyung merobek perlahan-lahan kehidupan dan cita-cita Mia.

Mereka buntu macam mana lagi hendak menjauhi Mia daripada Taehyung.











































Lee Dong Wook membeli tiga bar coklat disebuah kedai serbaneka yang dimiliki oleh pengusaha dari Indonesia yang beragama Islam.

"Berapa?"Soal Lee Dong Wook sambil menggeluarkan duitnya.

"Lima belas ringgit."

Terus Lee Dong Wook membayar sejumlah wang kepada cashier kedai serbaneka itu.Sempat dia mengenyit matanya sambil mengukir senyuman manis.

Merah padam cashier itu melihat Lee Dong Wook mula meninggalkan premis kedai itu.

"Oi,kau dah kenapa ni keparat?Senyum sorang-sorang.Sawan?"Soal seorang pemuda yang bernama Kim Yohan.Dia adalah supervisor premis ini.

Dia memandang ke arah Yohan dengan senyuman gedik."Lee Dong Wook kenyit mata dekat aku doh.Eiii!!Sukanya."

Yohan berdecit sedikit.

"Kau jangan suka sangat.Kau tu lelaki,Jeon Jung Ho!"Yohan ketawa kecil sebelum masuk ke dalam stor semula.

Jeon Jung Ho berdecit geram.Adik lelaki Si Jungkook memeluk tubuhnya sedikit sambil memuncungkan mulutnya.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now