Gadis itu berkerut kening nipisnya dan memerhatikan lelaki itu berjalan jauh.

"Aneh betul seketul Singa ni."Dia terus membontoti Taehyung.Kalau dia buat jalan lambat-lambat,auto kena maki dengan lelaki itu.






















































Baekhyun dan Jennie mula tiba ke syarikat milik Kihyun.Kelihatan juga kereta limosen milik Taehyung juga berada di syarikat tersebut.Bermakna lelaki itu sudah ada disitu.

Lisa,Jisoo dan Rosé tidak dapat hadirkan diri bersama mereka berdua kerana ada urusan kerja.

"Sekarang kita nak buat apa?Macam mana kita nak 'culik' Mia ni?"Soal Baekhyun sambil tangannya lincah menutup enjin keretanya.

Jennie berfikir sejenak.Kemudian dia mengukir senyuman manis."Aku ada idea!"

"Apa idea kau?"Soal Baekhyun lagi.

"Kita berpakat dengan Kihyun."





















































Kihyun mengangguk faham sahaja sebelum mematikan talian.Kemudiannya dia mengeluh lemah.

"Kenapa aku,doh?Eo?Taehyung,chakkaman!"

Taehyung berhentikan langkah bersama Mia.Kemudian mereka berdua menuju ke arah Kihyun.

"Kenapa?"Soal Taehyung pula.

Kihyun memandang Mia sekilas sebelum memandang ke arah Taehyung.Dia senyum kekok."Aku nak cakap sikit pasal engkau.Tapi berdua aja.Boleh tak?"Soal Kihyun sepertinya teragak-agak.Dia harapkan respon positif dari rakan saingannya ini.

Taehyung memandang Mia.

"Kau tunggu dekat kereta.Nanti aku datang."

"Okay!"Mia menunduk hormat kepada Kihyun dan Taehyung sebelum beredar.Membiarkan sahaja kedua lelaki ini bersembang.

Kakinya melangkah ke arah kereta milik Taehyung.Tangannya juga hampir mahu membuka tombol kereta ini.

"Wei,Mia!Jom kita mandi nak tak?"

Mia memusing ke belakang.Kelihatan Jennie bersama Baekhyun dalam kereta mewah mereka.Gadis itu menatap pada pergelangan tangannya.Angka sepuluh pagi.Lagi pula Taehyung memberi cuti.

Terus Mia melangkah ke arah mereka berdua sebelum mula memasuki ke dalam perut kereta.Baekhyun bergegas membawa keretanya sedikit laju saat melihat Taehyung berlari keluar dari pejabat Kihyun.

Taehyung menjerit geram kerana terlepas Mia.Tak sempat Kihyun hendak sembang bersama Taehyung,dia terdengar pula suara Jennie dekat luar memanggil Mia.Apa yang dia lebih bengang melihat Mia mengikuti jejak langkah Baekhyun dan Jennie.

"Sialan!!"

Nafasnya turun naik.Gagal rancangannya untuk menikmati harinya bersama Mia buat kali ketiga.Baekhyun dan Jennie merosakkan rancangannya!

Kihyun memandang sahaja perilaku Taehyung dari jauh.Dia menggeleng perlahan kepalanya.

"Kau dah melampau,Taehyung."Ujar Kihyun dengan nada seperlahan yang mungkin.

Dia mengenali Taehyung walaupun tidak rapat.Dengan Hyeri juga lelaki itu menunjukkan sikap obsesnya.Sekarang giliran Mia pula menjadi mangsanya.Tetapi nampaknya Mia bakal menerima akibat yang teruk daripada Taehyung.

Dimana kehormatan dan maruah diri gadis itu menjadi galang-ganti dendam nafsu Si Taehyung.










































Obsession ✓✓Where stories live. Discover now