나 혼자가 아니야
I'm Never Alone10
.
.
.
Yoojin yang berlari ketakutan di pelosok koridor hospital itu dikejar oleh Taehyung.
Sejak beberapa hari lepas Yoojin sedarkan diri, gadis itu jadi takut dengan Taehyung.
"Yoojin ah!" panggil Taehyung sambil mengejar Yoojin yang masih lagi berlari untuk menjauhkan dirinya dari Taehyung.
Mereka tetap berlari sehinggalah Yoojin melangkah keluar dari pintu hospital.
Orang ramai cuma melihat keadaan itu dan mereka berasa sedikit cemas melihat Yoojin yang masih berpakaian baju pesakit itu berlari tanpa henti.
"Yoojin, jangan lari! Bahaya! Tolong berhenti!" arah Taehyung dari belakang dengan suaranya yang lantang.
Namun itu tidak menghentikan Yoojin yang masih berlari, trauma.
Baginya, Taehyung itu adalah malaikat maut berupa bidadari yang ingin membunuhnya.
Tanpa gadis itu sendiri sedar, dia dilanggar oleh sebuah lori yang besar apabila dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.
Di atas jalan itu juga, Yoojin menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jeritan Taehyung yang terkejut itu menjadi suara terakhir yang menemaninya.
END
YOU ARE READING
KTH ✔ I'M NEVER ALONE.
FanfictionWalaupun Kim Taehyung mahu berpura-pura seakan dia tidak sukakan Seo Yoojin, ia tetap berakhir dengan situasi yang menyakitkan hati. Hinggakan si gadis diambil pergi. ❝ Aku taknak kehilangan kau lagi buat masa ini. ❞ • Romance. Short Story. • Comple...