Perjalanan Nabi ke Taif

329 12 2
                                    

  Setelah mendapat tugas kenabian, Nabi (ص) menjalankan usaha dakwah selama sembilah tahun di Makkah dan terus berusaha demi petunjuk dan islah kaum Baginda (ص).

  Kesemua orang kafir Makkah berusaha sedaya upaya untuk menyusah dan mempersendakan Baginda (ص) serta para sahabat dengan berbagai-bagai cara tanpa melepaskan sebarang peluang yang ada kecuali segolongan kecil orang yang telah memeluk islam dan segelintir orang yang menolong Baginda (ص) walaupun masih belum memeluk islam.

  Bapa saudara Baginda (ص), Abu Talib juga ialah antara mereka yang baik hati. Walaupun tidak memeluk Islam, dia tetap membantu Baginda (ص) dalam semua segi. Selepas sepuluh tahun Baginda (ص) menjadi Nabi, apabila Abu Talib meninggal dunia, orang kafir pun mendapat lebih banyak peluang untuk menghalang penyebaran Islam dan menyeksa orang Islam dengan berbagai-bagai cara secara terbuka.

  Nabi (ص) telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana terdapat kabilah Śaqif yang ramai bilangannya. Sekiranya kabilah tersebut memeluk Islam maka kaum muslimin di Makkah akan mendapat keselamatan daripada segala kesusahan tersebut dan Taif akan menjadi pusat penyebaran Islam.

Setelah tiba di sana, Baginda (ص) telah berbicara dengan tiga pembesar yang dianggap tinggi darjatnya. Baginda (ص) menyeru mereka kepada agama Allah dan berusaha menarik perhatian mereka untuk membantunya.

Walaubagaimanapun, mereka bukan sahaja tidak menerima ajaran Baginda (ص) sebaliknya telah menjawab secara kasar dan tidak berakhlak sekali. Sekurang-kurangnya mereka patut melayan tetamu yang baru datang dengan baik sesuai dengan sifat suka layan tetamu yang memang termasyhur dalam kalangan Arab.

Mereka juga tidak rela Nabi (ص) tinggal di sana. Nabi (ص) mengganggap mereka yang merupakan pembesar kaum ialah orang yang baik dang akan bercakap dengan sopan tetapi salah seorang daripada mereka telah berkata "Hoi Engkaulah orangnya yang Allah hantar sebagai nabi?"

   Yang kedua berkata, "Tiadakah orang lain daripada engkau yang Allah temui untuk diutus sebagai nabi?"

   Yang ketiga berkata, "Aku tidak ingin bercakap dengan engkau. Kerana kaulaulah engkau sememangnya nabi sebagaimana didakwa maka tidak layak untuk orang seumpama aku bercakap-cakap dengan engkau. Sekiranya aku seorang pendusta, aku tidak ingin bercakap dengan engkau."

Apabila Nabi (ص) tiada menaruh harapan lagi terhadap pembesar-pembesar itu. Baginda (ص) cuba bercakap-cakap pula dengan orang lain kerana Baginda (ص) ialah seorang yang mempunyai hemah dan kecekalan seumpama gunung. Malangnya, tiada seorang pun yang sanggup menerima. Bukan sahaja mereka tidak menerima bahkan mereka telah berkata kepada Nabi (ص), "Keluarlah dari bandar kami ini serta-merta. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka."

Apabila Baginda (ص) sudah langsung tiada menaruh harapan lagi terhadap mereka maka Baginda (ص) telah memulakan langkah untuk pulang. Mereka telah menghantar budak-budak untuk mengejar, mengeju, mempersenda dan melontari Baginda (ص) dengan batu hinggakan kedua-dua kasut Baginda (ص) dilumuri dengan darah yang mangalir. Dalam keadaan itulah Nabi pulang.

Apabila Baginda sudah selamat daripada pengacau-pengacau tersebut, Baginda (ص) pun berdoa,

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahan, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manr. Ya Arhamar raahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang memandangku dengan penuh kebencian atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli. Namun afiat-Mu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajah-Mu yang menerangkan segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat. Daripada Engkau menurunkan kemarahan-Mu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. Kepada-Mu aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada sebarang upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan bantuan-Mu."

Dengan doa sedemikian, bersemaraklah sifat Qahhar Allah, Raja segala kerajaan. Lalu Jibrail datang memberi salam dan berkata, "Allah telah mendengar perbualan kaum itu dengan tuan dan telah mendengar jawapan mereka serta menghantar satu malaikat yang berkuasa ke atas gunung-ganang. Perintahkan sahaja malaikat melakukan apa-apa yang tuan kehendaki."

Selepas itu, malaikat tersebut memberi salam dan berkata, "Saya akan menunaikan segala yang diperintahkan oleh tuan. Samada diperintahkan supaya saya melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah yang akan menyebabkan mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan."

Baginda (ص) ialah seorang yang amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda (ص) telah memberi jawapa, "Aku tetap menaruh harapan kepada Allah bahawa walaupun mereka tidak memeluk islam, pasti akan lahir orang yang akan menyembah Allah dan beribadat kepada-Nya dalam kalangan anak-anak mereka.

KETERANGAN

     Inilah dia akhlak peribadi mulia seseorang yang kita kononnya berbangga-bangga menjadi pengikutnya. Sebaliknya, apabila kita sendiri mengalami sedikit kesusahan atau kita dilempari kata-kata kesat, kita akan menjadi begitu marah sehingga kita menaruh perasaan dendam yang tidak padam-padam seumur hidup kita terhadap orang yang telah menyakitkan kita. Kezaliman demi kezaliman kita lakukan ke atasnya sedangkan kita mengaku bahawa kita pengikut Nabi Muhammad (ص) yang mengikut jejak langkah Baginda (ص). Setelah menanggung kesusahan dan penderitaan yang begitu dahsyat, Baginda (ص) sendiri tidak pun mendoa keburukan kepada mereka dan tidak juga mengambil sebarang tindak balas.

FADHILAT AMALWhere stories live. Discover now