"habis tu?" Syafiqah seperti dapar mengagak jawapan Aaira

"aku belum beritahu dia pagi Iqa" mata Syafiqah terpejam, tepat tekaannya

"kau tahu kan yang dia berhak tahu, apa sebabnya kau tak bagitahu dia perkara penting macam ni, kalau dia dapat tahu dari mulut orang lain mesti dia sedih Aaira" lembut Syafiqah menegur, dia tak mahu Aaira terasa. Emosi ibu mengandung ini kadang kadang tak stabil jadi sebolehnya dia cuba tidak mengguriskan hati sahabatnya

"aku takut Iqa, aku takut bila dia tahu aku mengandung, dia tak bagi aku jaga dia sebab takut aku penat tapi Iqa sebagai seorang isteri aku nak sentiasa ada dengan dia dalam apa jua keadaan sekalipun" ini lah luahan hatinya

"aku faham perasaan kau tapi kalau dia buat macam tu sekalipun, semuanya sebab dia nak jaga kau dan bayi dalam kandungan tu, kalau kau terlampau penat aku risau ada effect pada kandungan. Bila jadi apa apa pada kau nanti dan dia dapat tahu melalui cara tu aku takut dia salahkan diri dia dalam keadaan dia macam tu dan dia tak dapat nak lindingi kau" dia bukan nak takut kan Aaira atau nak mendoakan benda buruk berlaku pada sahabatnya tapi dia perlu beri situasi seperti ini untuk buat Aaira faham apa yang cuba dia sampaikan

"kau fikirkan la apa aku cakap ni, semuanya demi kebaikkan kau Aaira. Takkan kau nak tunggu dia betul betul sembuh baru kau nak bagitahu dia. Silap hari bulan perut kau pun dah membesar masa tu" perut Aaira di usap

"sorry baby kalau aunty buat mama terasa tapi aunty tak nak mama terus sorokkan baby daripada papa" Aaira pantas memukul tangan Syafiqah sebaik sahaja mendengar panggilan 'papa'

"ish...bukan papa la tapi ayah" marah Aaira

"lahhh mana aku tahu dah kau gelarkan diri kau mama aku assume anak kau akan panggil Luth papa la, baru serasi" itu pun nak marah, ini la yang dia kata emosi ibu mengandung ini kadangkala tak stabil

"dah jom kita bawa air ni ke depan mesti Arshad dengan Luth tertanya tanya apa yang kita buat berlama dekat dapur" Aaira mengangkat dulang air untuk di bawa ke ruang tamu








AAIRA duduk di taman bunga yang berada di dalam rumahnya, fikirannya mula mengimbas semua perbualan dengan Syafiqah.

Dia tidak menafikan semua yang Syafiqah cakap itu betul, jiwanya dilanda keresahan  "macam mana aku nak bagitahu Luth" jari telunjuk mengentuk ngetuk dagu, memikirkan cara untuk memberitahu Luth tentang kandungannya

"bagitahu apa" suara Luth buatkan Aaira hampir melompat dari kerusi, dalam sehari tak boleh ke semua orang tegurnya tanpa buatkan dia terkejut.

Tadi Syafiqah, sekarang Luth

"perkara apa yang awak nak bagitahu saya" mulut Aaira bagaikan ada mangga yang menguncinya daripada berbicara

"Aaira" pandangan Luth buatkan dia lemah, redup mata lelaki itu buatkan dirinya terleka namun di sebalik renungan redup itu tersimpan riak kecewa di wajah suaminya

"saya tahu apa yang Aaira nak bagitahu saya" kejung Aaira, tak mungkin Luth tahu

"kalau tak kerana Syafiqah tadi agaknya sampai perut awak membesar baru awak nak bagitahu saya pasal kandungan awak" tiada lagi panggilan Aaira dari bibir Luth

"sse...sejak bila awak ta..t..tahu" tangannya di ramas, apa ketika Syafiqah berbula dengannya tadi atau sudah lama

"waktu awak kata saya akan jadi orang pertama dalam keluarga kita yang awak akan beritahu" bunyi guruh seolah olah memberi respon dengan apa yang di rasakan Aaira sekarang, dia terkejut namun dia terlupa orang yang berada dalam keadaan koma boleh mendengar namun tidak boleh memberi sebarang respon.

Dia doktor dan kenapa dia boleh tak ingat teori itu, kau memang dalam maslaah besar sekarang Aaira

"saya tunggu berita gembira tu keluar sendiri dari mulut awak tapi makin hari penantian tu makin buatkan saya lelah, sampai fikiran saya terhasut dengan benda negatif" Aaira mula menitiskan air mata namun laju tangannya menyeka, sedar akan kesalahannya dan dia tak layak untuk menangis

"maafkan saya, masa tu dalam kepala saya cuma fikir nak jaga awak sampai awak betul betul sembuh" Luth jatuh kesian melihat Aaira namun hatinya juga kecewa dengan sikap isterinya

"awak tak sepatutnya teragak agak nak beritahu saya supaya kita boleh saling menjaga, tapi nak buat macam mana awak terlalu pentingkan diri. Awak hanya fikir diri awak sampai awak tak jaga perasaan saya" sakit bila Luth meluahkan segala isi hatinya, Aaira menyesal dengan perbuatannya, andai sahaja dia mempunyai kuasa untuk mengundurkan masa...

Dengan kekecewaan yang masih bersarang di hati Luth menolak kerusi roda masuk ke dalam rumah, membiarkan Aaira sendirian di taman dalam keadaan awan yang mulai kelabu menandakan bila bila masa sahaja hujan akan turun.

Pandai la isterinya masuk sendiri nanti.



Tak panjang tapi okay la korang pun nak Syza update cepat kan hehehehe... tapi tak bermakna Syza juga rashing nak habiskan cerita ni😅

Korang team Luth ke team Aaira?

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now