"kalau soal saya awak jangan risau, saya boleh je jaga awak sambil bekerja. Ya Allah Luth hampir hampir saya ingatkan awak risau sebab kena ambil cuti lama. Saya takut awak down" nasib baik apa yang dia fikirkan tidak benar

"saya sejujurnya tak kisah soal tugas, saya tahu akan ada orang gantikan tempat saya masa saya cuti nanti. Saya risaukan isteri saya. Saya takut dia penat jaga saya"   dan saya risau sebab awak tengah mengandung namun ayat itu tidak di suarakan.

Ya, dia dengar apa yang Aaira bualkan sepanjang dia tidak sedarkan diri, rungutan Aaira yang penat kerana kerja, celoteh Aaira tentang aktiviti sehariannya. Semuanya tersimpan kemas dalam memori Luth

"Aaira" panggil Luth dan Aaira menyaut

"ada apa apa yang Aaira nak bagitahu saya" Aaira membisu

'perlu atau tidak dia beritahu Luth yang dia sedang mengandung dalam keadaan sekarang' dia berbelah bahagi, separuh dari hatinya ingin memberitahu soal kandungannya dan separuh lagi ingin menyimpan dahulu.

Aaira menggeleng sambil tersenyum tanpa dia sedar keputusannya ini telah mengecewakan Luth



SEMINGGU KEMUDIAN...

AAIRA teruja kerana hari ini Luth sudah di beri kebenaran untuk pulang

"kita dah sampai" Aaira menolak kerusi roda masuk ke dalam rumah 

"dah sampai menantu mama, meh sini barang tu Luth biar Aarif bawa masuk dalam bilik" barang yang berada di atas peha Luth di ambil oleh datin Haisya dan di beri pada Aarif

"abang tak kerja harini?" jarang Aarif berada di rumah pada hari bekerja

"harini abang balik awal sebab esok nak bertolak ke pahang" Aaira angguk

"Aaira pergi bawa Luth masuk berehat dekat bilik bawah, mama baru siap masak satu lauk nanti bila semua dah siap kita makan sama sama" kata datin Haisya

"Aaira hantar Luth masuk bilik sekejap ya ma, nanti Aaira tolong mama" ucap Aaira

"kalau tak tolong pun tak apa, temankan Luth berehat dalam bilik" Aaira angguk, dia menolak kerusi roda Luth masuk ke dalam bilik di tingkat bawah

"buat sementara waktu ni kita duduk bilik bawah dulu ya" Luth angguk

"Aaira membantu Luth untuk duduk di atas katil" dia meletakkan satu biji bantal di belakang badan Luth

"selesa?" soalnya dan Luth sekali lagi balas dengan anggukkan

"awak nak apa apa?" kali ini Luth menggeleng. 

Perubahan karakter Luth tidak di sedari Aaira kerana sikap suaminya memang begitu, kurang bercakap. Antara mereka berdua hanya dia yang banyak mulut, Luth pula lebih suka diam dan mendengar

"kalau tak ada apa apa saya keluar dulu, nak tolong mama. Kesian pula kalau biarkan mama masak sorang" 

"hmmm" itu sahaja balasan Luth namun Aaira tak ambil pusing, dia tahu Luth penat dan perlukan rehat.

Sebelum keluar dia mencium dahi Luth dan keluar dari bilik.

Dia nak tengok sampai bila Aaira ingin merahsiakan tentang kehamilan wanita itu daripadanya, dia ingin lancarkan perang dingin untuk mengajar isterinya. Dia tahu niat baik isterinya yang tidak mahu dia risau akan keadaan Aaira yang sedang mengandung sambil menguruskannya namun tidak berhak ke dia sebagai seorang ayah untuk mengetahui berita gembira ini.

Selepas makan Luth berbual bersama Aarif di ruang tamu, rancak betul Aaira tengok suaminya berbual sampai tak sedar kehadirannya 

"ni Aaira ada potongkan buah untuk abang dan Luth, makan la" sebaik sahaja mendengar suara Aaira perbualan mereka terhenti

"tunjuk rajin pula bila ada suami, cuba kalau Luth tak ada bukan main malas kalau abang minta kau potongkan buah" Aaira menghadiahkan jelingan tajam pada Aarif

"bukan main kau ya, aku korek biji mata kau nanti baru tahu" bukan main lagi Aaira kalau ada Luth, ingat dia tak berani ke nak sekeh kepala adiknya di depan Luth

"kau ni sibuk je duduk dekat sini, pergi main jauh jauh. Abang nak berbual dengan Luth" cis berani Aarif menghalaunya di depan Luth

"ish, Luth tengok la abang ni, dia halau saya" Aaira mengadu manja, lengan Luth di peluk namun Luth menolak perlahan tangan Aaira

"betul la apa abang cakap tu, kami nak berbual hal lelaki. Takkan Aaira nak dengar sekali" wah betul betul tak sangka Luth berada di pihak Aarif, melihat ejekkan abangnya buatkan Aaira geram.

Lengan Luth di pukul "awak ni kenapa tak backup saya" Aaira menangis sambil berlari masuk ke dalam bilik

"eh takkan pasal tu je nak menangis, dasar cengey" ejek Aairf

"kau tak payah layan dia Luth, mengada je lebih" Luth sudah rasa serba salah, dia tahu emosi Aaira tak stabil kerana wanita itu mengandung.

Namun dia biarkan dahulu Aaira, sekejap lagi dia akan menjenguk isterinya.

Di dalam bilik Aaira sudah tersedu sedan menangis

"kenapa awak tak datang pujuk saya, Luth" dia mengesat air mata

"baby tengok la paklong dengan ayah buli mama, lepastu ayah tak datang pun pujuk mama" perutnya di usap

"biasanya kalau mama merajuk mesti cepat cepat ayah pujuk mama" Aaira mengadu pada anaknya.

Luth mendengar perbualan Aaira dengan anak mereka, dia juga melihat Aaira mengusap perut, ingin sekali dia ikut mengusap perut itu namun dia harus menahan diri

"baby temankan mama dulu ya, sekejap lagi ayah pujuk mama" kata Luth kemudian dia memusingkan kerusi roda dan menuju semula ke ruang tamu, membiarkan Aaira berbual dengan anak mereka.



Sejujurnya Syza sendiri tak tahu lagi berapa chapter nak update tapi korang doakan Syza boleh habiskan cerita ni sebelum Syza pergi bercuti minggu depan then lepas cuti boleh sambung Aslan

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt