Ryziq | 02

20 8 5
                                    

"Ini hal aku dengan Aya, kau nak sibuk kenapa?" soal Iqmal garang.

Ryziq tersenyum, sinis.

"Ayara milik aku. Kenapa pula aku tak boleh nak sibuk?"

Sinis, Ryziq melirik ke arah ayara yang menunduk.

"Hahaha. Apa yang kau cuba nak sampaikan ni? Kau ingat kau budak hot so aku takutlah? Junior," ejek Iqmal, pelajar sem akhir form 6 Lio Lamera.

Senyuman Ryziq semakin sinis.

"Kau dan aku tak ada bezanya. Ayara, jom."

Ryziq menarik lengan baju uniform sekolah Ayara membuatkan gadis itu sedikit tersentak. Mahu atau tidak dia terpaksa melangkah mengikut Ryziq yang sememangnya terkenal dengan... apa yang dia nak semua dia dapat.

Contohnya seperti sekarang. Sama ada rela atau terpaksa, Ayara terpaksa mengalah.

Iqmal menggepal penumbuknya.

"Tak apa Ryziq. Hari ni hari kau, esok mungkin jadi milik aku. Dan kau Ayara, kali ini kau lepas. Tapi tidak nanti," kata Iqmal bersama nada geram lalu mula menapak pergi.






🐞





"Terima kasih sebab..."

"Jangan anggap yang aku selamatkan kau. Never," potong Ryziq. Pandangan tetap dibuang ke tengah padang menghijau.

Ayara terkulat malu. Mati-mati dia ingat yang Ryziq itu selamatkan dia. Rupanya...

"Tak semua orang ikhlas. Dan, aku mahukan balasan tapi bukan sekarang."

Sinis.

Ayara mula rasa gementar. Ryziq mahukan balasan tetapi apa?

"Abang Ry..."

"Just call me Ryziq. Abang? Aku geli. Aku tak ada adik."

Seperti biasa, apa sahaja yang keluar dari mulut ryziq pasti bernada sinis. Tiada yang manis.

Ayara ketap bibirnya.

"Jangan gigit bibir, aku tak akan tanggung kalau bibir kau luka," halang Ryziq.

Ayara terkebil. Macam mana Ryziq tahu apa yang dia sedang lakukan sedangkan lelaki itu memandang ke arah lain. Sedikit pun tidak terarah ke wajahnya.

Ayara tarik lalu hela nafas, berat.

"Ab... err awak nak apa dari saya? Saya tak ada apa-apa pun yang boleh beri pada awak, Ryziq?" soal Ayara dalam nada getaran. Hampir tersasul bibirnya memanggil lelaki itu dengan gelaran abang. Nasib sempat ditegah kalau tidak mahunya dia dimalukan lagi.

Ryziq tarik senyum sinisnya. Perlahan kepala dikalih memandang wajah kemerah-merahan Ayara. Wajah putih melepak itu sedikit berpeluh dipanah cahaya matahari pagi.

Ayara cepat-cepat larikan pandangannya. Boleh cair dia jika terus-terusan bertentang mata dengan lelaki itu.

Dia tidak kuat!

"By the way, kau terlepas satu kelas penting pagi ini. Get ready with your answer, cin..."

"Ry!"

Suara halus tiba-tiba memotong bait kata Ryziq membuatkan dua pasang mata itu menoleh pantas ke arah datangnya suara. Kelihatan figura seorang gadis memakain uniform sekolah Lio Lamera sedang betlari anak mendekati mereka.

'Raisya,' bisik hati Ayara.

Ryziq mendengus kasar, namun wajah tetap dimaniskan tatkala gadis itu sudah hampir pada mereka.

"Kenapa you dekat sini, Ry? You kata you ada exam kan pagi ni. Penat I cari you dekat kelas you, I ingatkan bolehlah nak breakfast sama-sama."

Raisha meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sempat dia kerling pada Ayara yang sudah bangun dari duduknya.

"Ayara, you pun ponteng kelas math juga? I ingat I sorang-sorang tadi."

Raisha capai lengan Ayara lalu digoyangkan. Ceria sahaja wajahnya betbanding tadi.

Ayara terkebil.

"Err... Aya... err..."

Ayara cuba mengatur bait kata, tapi nyata dia gagal.

Ayara, si gadis pendiam tanpa kawan. Lima tahun dia bersekolah di situ, dia hanya bersendirian. Bukan dipulaukan cuma dia sendiri yang tidak reti hendak berteman. Lebih selesa berseorangan.

Ryziq hanya memerhati dua gadis itu.

"Ehh, macam mana you boleh ada dengan Aya ni?"

Soalan maut meluncur laju di bibir Raisha. Sengaja dia memandang Ryziq dengan wajah penuh curiga.

Ryziq tunjuk riak biasa. Ayara pula yang rasa risau. Bimbang jika Raisha salah anggap apa yang mereka buat di situ.

"Err... Raisha... err saya dengan Ryziq..."

"Cikgu Fitri minta tolong kitorang buka pintu pagar padang," jawab Ryziq mudah. Tangan kananannya yang sejak tadi berada di kocek seluar dikeluarkan bersama segugus kunci.

Ayara hela nafas leganya. Nasib baik Ryziq bijak mencipta alasan.

Raisha hanya mengangguk. Percaya bulat-bulat pada kata-kata Ryziq. Langsung tidak mmengesyaki sesuatu.

"Dah bukakan? Jomlah you kita pergi breakfast kejap sebelum you jawab exam," rengek Raisha. Wajah comel dibuat-dibuat dihadapan Ryziq.

Ryziq mengangguk kecil. Akur dengan permintaan gadis itu.

"Kitorang pergi dulu, Aya. Take care."

Sempat Raisha titip pesanan sebelum mula melangkah bersama Ryziq.

Ayara menggangguk seraya menghela perlahan.

Lega tetapi...

"Apa yang awak nak daripada saya, Ryziq?"

RYZIQ HAZRLY Where stories live. Discover now