PROLOG

46 10 18
                                    

"Tolong jagakan dia untuk aku."

Mata terkatup rapat, bibir merah dinodai darah itu tak lagi bersuara.

Ryziq menggeleng. Ditepuk wajah pucat itu berkali. Seolah tak percaya tubuh dihadapannya kini hanya tinggal jasad tidak bernyawa.

"Irul! Bangun Irul!" raungnya bersungguh. Tak henti telapak tangan menggeletar itu menepuk pipi Irul yang terbaring kaku pada ribaannya. Meskipun tubuhnya terasa terlalu penat dan sakit. Calar dan luka ada di mana-mana. Bau darah hanyir segar meneroka rongga hidung.

Tetap sama. Tubuh Irul kaku, tak bergerak.

"Irul..." perlahan, dalam tangis nama itu diseru lagi. Sehingga tiba-tiba cahaya menjadi berbalam. Kepala semakin berdenyut namun cuba ditahan.

Tak mampu lagi...

Nafas berat ditarik kuat...

'Kerana kau punca segalanya, kau yang harus bertanggungjawab.'

RYZIQ HAZRLY Where stories live. Discover now