CLH 50 (NV)

Depuis le début
                                    

"tadi saya mimpi dalam mimpi, tapi saya tak suka sebab mimpi tu buatkan saya takut. Saya tak nak cerita tapi cukup la awak tahu yang saya tak nak mimpi benda macam tu lagi" dia boleh bayangkan mimpi yang kedua namun mimpi pertama tadi dia ingat ingat lupa, tapi Aaira tak hiraukan. Itu bukan nyata yang dia hadapi sekarang ini yang nyata

"awak jangan la tidur lama sangat, saya rindu suara awak, senyuman awak yang manis tu, bibir awak dah tak handsome, pucat" bibir Luth di sentuh, dalam keadaan Luth seperti ini pun masih sempat Aaira mengusik suaminya

"awak rehat dulu, saya nak pergi cari Syafiqah sekejap" dahi Luth di kucup lama sebelum dia bangun untuk mencari Syafiqah







2 HARI KEMUDIAN...

MALAYSIA

ALHAMDULLILAH mereka telah selamat sampai di Malaysia petang semalam. Aaira sedang mengelap badan suaminya, dua hari dia menunggu namun Luth masih belum sedar, namun ada perkembangan yang baik pada Luth. Suaminya sudah boleh bernafas tanpa bantuan oksigen 

"awak tahu tak kejap lagi ibu nak datang jenguk awak" ucap Aaira, suaminya sekarang berada di hospital tempat dia bertugas, semuanya bersetuju dengan cadangan Aaira kerana senang untuk dia memantau keadaan Luth

"semalam mama dan papa datang jenguk awak, saya tak bagitahu diaorang lagi yang saya pregnant, saya nak awak orang pertama yang tahu walaupun Iqa, Darren dan Hafiz dah tahu tapi dalam keluarga kita, saya nak awak orang pertama yang tahu" ucap Aaira bersungguh

"bila awak nak bangun ni, saya tak sabar nak bagitahu awak" Aaira melabuhkan punggung selepas dia selesai mengelap badan Luth

"saya bagi masa dekat awak sampai hari ahad, kalau hari ahad awak tak bangun juga, saya terpaksa bagitahu mama, papa dengan ibu dulu" ugut Aaira namun dia mengeluh perlahan

"awak tak rindu saya ke?" kekura Luth di sentuh

"awak tak nak jumpa saya dah ke?" jari Luth di mainkan. 

Sudah dua hari dia bercakap seorang diri, siang malam tak jemu dia berkomunikasi dengan Luth, berharap yang Luth dengar dan sedar bila dia membebel sendiri

"assalamualaikum" muncul puan Haliza, diikuti Lana dan Lara di belakang

"ibu" Aaira mendekati ibu mertuanya, tangan tua itu di cium. Puan Haliza menariknya ke dalam pelukan dan menangis

"masa Aaira dengan Luth dekat sana lagi ibu dah tak sedap hati, tapi ibu tepis perasaan tu. Rupa rupanya firasat ibu betul" Aaira menepuk belakang puan Haliza

"inshaallah ibu, Luth kuat. Dia akan bangun, kita kena yakin dengan dia" ucap Aaira, dia tak mahu menunjukkan kesedihannya di depan ibu dan adik beradik Luth, kalau dia sedih mesti mereka lagi sedih. Jiwanya harus kental dan kuat.

Sudah puas dia menangis ketika berada di Indonesia kelmarin kerana dia yakin bila tiba di sini nanti, dia perlu menguatkan ahli keluarga yang lain

"ibu tahu anak ibu akan bangun" puan Haliza melepaskan pelukan, Lara memeluk bahu ibunya, dia juga menangis sebaik sahaja mendapat perkabaran tentang abangnya. Nasib baik dia sudah mula cuti sem. 

Puan Haliza mendekati satu satunya anak lelaki yang dia ada, rambut Luth di usap perlahan

"Luth, anak ibu. Ibu tahu Luth kuat, cepat bangun ya nak, kesian Aaira tunggu kamu, dah berapa hari dia jaga kamu. Kamu tak kesian ke dengan isteri kamu" ucapan puan Haliza buatkan Aaira sebak namun dia tahan air mata dari mengalir

"ibu jangan la sedih, kalau abang Luth tahu ibu menangis sebab dia mesti abang tak suka" pujuk Lara, dia mengurut perlahan bahu ibunya.

Puan Haliza memandang Aaira "Aaira dah makan?" dia menggelengkan kepala

"ni, ibu ada bawa makanan dari kampung, jom kita makan" Lana membawa beg yang berisi nasi dan lauk pauk yang di masak oleh ibunya ke meja.

"Lana mengeluarkan bekal makana di bantu Aaira

"Aaira makan la, kesian akak tengok Aaira dah kurus" ucap Lana. Sejujurnya dia memang tak menjaga waktu makan sejak Luth tak sedarkan diri walaupun dua hari sahaja namun dia tak sangka kak Lana boleh perasan perubahan wajahnya

"yeke Aaira dah kurus ke akak saja nak mengusik" Aaira tersenyum

"betul la Aaira, nampak cengkung sikit pipi tu"di belek wajah Aaira

"kitaorang tahu akak busy jaga abang tapi jangan sampai akak abaikan waktu makan, nanti akak sakit, apa kitaorang semua nak jawab dengan abang Luth" sampuk Lara.

Aaira hanya menghadiahkan senyuman tanpa membalas, dia membaca bismillah sebelum menyuap nasi berlaukkan sambal goreng ikan ke dalam mulut

"ibu dengan yang lain tak makan sekali?" takkan dia sahaja yang makan seorang, yang lain tengok padahal banyak juga lauk yang puan Haliza bawa

"Aaira makan sayang, ibu dengan yang lain dah makan tadi, saja ibu bawa lauk lebih. Malam nanti Aaira boleh makan lagi lauk ni" ucap puan Haliza

"ibu ni susah je masak lepastu bawakkan makanan untuk Aaira" ucapnya

"tak ada susahnya Aaira, lagipun mama kamu ada bagitahu ibu semalam yang kamu rindu nak makan ikan goreng sambal yang ibu buat" hampir sahaja Aaira menepuk dahi, mama dia ni kan boleh pula bagitahu besan keinginannya, dia ingatkan mama tak dengar apa yang dia cakapkan semalam

"malu pula Aaira bila mama cakap macam tu" puan Haliza senyum, rambut menantunya di usap

"buat apa nak malu Aaira kan menantu ibu" lembut bicara puan Haliza sama seperti Luth, pandai ibu mertuanya mendidik Luth menjadi seorang lelaki yang sangat lemah lembut dalam bicara dan paling penting pemalu dengan perempuan.








MALAM itu sebelum tidur Aaira melakukan rutin hariannya sepanjang dua hari ini iaitu mengelap badan Luth sekali lagi, dia akan mengelap badan suaminya dua hari sekali, tengah hari dan sebelum tidur

"bila tengok bibir awak ni baru saya teringat yang saya ada bawa..." Aaira mencari sesuatu di dalam beg tangan

"tadaaaa" Aaira mengeluarkan lip balm dan menayangkan pada Luth

"saya nak sapu ni dekat bibir awak, tak selera saya tengok bibir suami saya ni kering je" Aaira membuka penutup lip balm itu lalu di calitkan ke bibir Luth

"baru la handsome suami saya ni, kan baby" bibir Luth di kucup sekilas

"saya tidur dulu tau, saya tidur dekat sofa sana, kalau nak apa apa jangan segan buka mata" ucap Aaira, dia menundukkan badan untuk mengucup dahi Luth namun niatnya terbantut kerana tiba tiba tangan Luth naik memegang perut Aaira

"Luth?" rasanya seperti mimpi bila mata Luth terbuka dan memberi pandangan redup padanya, wajah yang tampak lemah itu tetap menghadiahkan senyuman padanya walaupun senyuman itu tak semanis seperti selalu dia hadiahkan pada Aaira.




act syza pun tak sampai hati nak hantar first hero syza underground. Syza harap korang puas hati dengan chapter ni

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant