"tolong selamatkan kawan saya, dia tercedera dalam misi menyelamat tadi" Aaira cam suara itu, Arshad.

Dia memejamkan mata sesaat sebelum melihat ke arah anggota yang terbaring di atas stretcher

'ya Allah, katakan semua ni mimpi, i....ini bbbuu..bukan' dia nampak Luth terbaring lemah di atas stretcher sebelum pandangannya gelap sebelum dia mendengar suara Darren menjerit memanggilnya.




Aaira mencelikkan mata, dirinya sekarang  berada di sebuah pantai kerana bunyi deruan ombak namun dia tak dapat pastikkan lokasinya di mana kerana pemandangan di sini agak berkabus

"mama" seorang kanak kanak lelaki mendekatinya namun wajah itu kabur dan tidak jelas

"jom, ayah dan adik adik dah tunggu kita dekat sana" tangannya di tarik oleh tangan kecil itu

"tu ayah dengan adik adik" kanak kanak itu mengahalakan jari telunjuk ke depan menunjukkan tiga orang manusia. Seorang lelaki dewasa, seorang kanak kanak lelaki dan seorang lagi kanak kanak perempuan.

Mereka bertiga sedang berlari lari di gigi pantai sambil tertawa namun ketiga tiga tubuh itu membelakangkannya buatkan Aaira tidak dapat mengenal pasti siapa mereka semua

"jom la mama" kanak kanak lelaki itu melepaskan genggaman dan meninggalkan Aaira sendirian di belakang.

Aaira ingin melihat dengan lebih jelas wajah wajah itu, dia membuat mendekati mereka namun semakin besar langkahnya semakin jauh terasa jaraknya dengan keempat empat manusia itu sehingga la lelaki dewasa itu memandang ke arahnya dan jelas wajah itu milik suaminya Luth Haiyyan

"Luth!" Aaira memanggil nama suaminya namun Luth seakan akan tidak mendengar suaranya dan dia memimpin ketiga kanak kanak itu berjalan meninggalkannya di belakang semakin lama bayang mereka hilang di dalam kabus.

Berkali kali Aaira menjerit memanggil nama Luth namun suaminya langsung tak menoleh, dia jatuh dan menangis sambil memeluk lutut. Dirinya bersendirian, tiada manusia langsung yang lalu lalang di sini

"Aaira" dia mendengar suara lelaki memanggil namanya, dia mengangkat kepala dan melihat seorang lelaki sedang tersenyum sambil menghulurkan tangan padanya

"Luth?" dia menyambut huluran lelaki itu dan bangun, dia lihat Luth mengenakan kemeja putih lengan pendek bersama chinos pant, suaminya kelihatan segak sekarang

"sayangku Aaira" tangan Luth naik mengusap pipi kananya, Aaira memejamkan mata menikmati sentuhan Luth

"kalau saya tak ada Aaira sedih tak?" terus mata Aaira terbuka, dia mengerutkan dahi

"kenapa Luth tanya soalan macam tu?" dia tak menjawab malah dia menyoal Luth

"Aaira tahu kan semua yang kita miliki takkan kekal lama" lembut suara Luth.

Aaira angguk

"saya tahu tapi kalau boleh biar la saya yang pergi dulu jangan awak" Luth pula mengerutkan dahi "kenapa?"

"sebab saya tak boleh hidup tanpa awak, Luth" jawab Aaira, dia lagi sanggup pergi dulu daripada terpaksa hadapi kesedihan atas kehilangan Luth

"tapi macam mana kalau saya yang pergi dulu?" dia menyoal semula

"kalau awak yang pergi dulu..." susah untuk Aaira meneruskan bicara, ada titisan air mata yang jatuh di pipi, namun pantas di seka oleh Luth

"jangan la menangis, saya tak nak tengok Aaira menangis"  

"saya sedih bila awak tanya saya soalan macam tu" jawab Aaira dalam tangisan

"kalau macam tu Aaira tak perlu jawab soalan saya" 

"boleh tak kalau saya nak peluk Aaira?" Aaira ketawa kecil

"awak kan suami saya mestilah boleh" sebelum Luth memeluknya, dia terlebih dahulu memeluk erat tubuh tegap itu, Luth membalas pelukannya

"Aaira, tolong kuat demi saya andai nanti Aaira terpaksa dengar berita yang Aaira tak mahu dengar" ucap Luth sebak

"berita apa?" namun Luth tak menjawab, pelukkan mereka semakin erat sehingga dia hampir terjatuh

"Luth?" dia mencari cari kelibat Luth, bukan ke tadi suaminya mendakap dia erat? Ke manakah lelaki itu menghilang

"Luth jangan main main, saya tak ada mood nak bergurau sekarang" badannya terpusing pusing mencari batang tubuh Luth.

Takkan la dirinya di tinggalakan lagi.

Aaira meraup mukanya, dia berlari lari sambil menjerit nama sang suami, air mata sudah mula mengalir

"Luth, awak dekat mana?"

"LUTH!!" dia menjerit sekuat hati sehingga dia mendengar ada suara memanggil namanya

"Aaira"  

"Aaira bangun" Aaira mencelikkan mata, wajah Syafiqah menyapa pandangannya. Dia mendapati dirinya sedang berada di dalam khemah perubatan, dia cuba mengingat kembali ke, dia di hantar ke negara jiran untuk membantu merawat mangsa yang tercedera akibat gempa bumi dan kali terakhir dia nampak sebelum dia pengsan adalah...

"Luth, mana Luth? Iqa" Syafiqah diam, wajahnya seakan akan gusar buatkan Aaira bertambah resah

"Iqa, aku tanya kau ni mana Luth?" Syafiqah memejamkan mata dan matanya terarah pada sebelah kiri Aaira.

Matanya ikut memandang ke arah kiri dan melihat sekujur tubuh lengkap berselimut dari kepala hingga ke kaki, dia mengagahkan diri untuk bangun dan mendekati tubuh itu

"tak, ini tak mungkin?" Aaira menekup mulut sebaik sahaja selimut di selak menampakkan wajah suami kesayangannya

"korang semua main mainkan aku kan, Iqa" Aaira menggoncang tubuh Syafiqah, melihat kebisuan Syafiqah buatkan Aaira sedar yang dia sekarang sedang berhadapan dengan realiti

"Luth! kenapaaaa" Aaira mendekati tubuh kaku Luth dan memeluk tubuh suaminya

"kenapa awal sangat awak tinggalkan saya, saya tak puas lagi bermanja dengan awak, saya belum puas lagi jadi makmum awak, cepat betul Allah ambil suami saya. Ya Allah macam mana aku nak hidup tanpa dia di sisi ku" tangisan Aaira pecah, badannya hampir melorot jatuh namun pantas di tangkap oleh Syafiqah

"tak mungkin Iqa" Syafiqah mengusap bahu Aaira

"sabar Aaira, ini semua ujian" bisik Syafiqah di telinga Aaira.

Jadi ini ke maksud dari mimpinya, kata kata Luth yang seakan mahu meninggalkannya dan memberi bayangan melalui mimpi.

Dia belum bersedia untuk menghadapi hari hari mendatang tanpa Luth Haiyyan, suami yang dia cintai.



new version bermaksud sad ending, korang setuju tak?






Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now