7|Snow White, Lari!

Start from the beginning
                                    

Tzuyu bersandar di kereta kuda sambil tersenyum perhatikan kawan-kawannya itu. Dia pula terbayang jika dia naik tangga, pasti dia boleh melangkah 3 anak tangga terus. Bayangannya membuatkan dia ketawa sendiri

Orang lalu-lalang pelik memandangnya ketawa seorang diri. Dia tiba-tiba ingin mencuba naik tangga itu secara melangkah 5 anak tangga. Malang tak berbau, dia hilang keseimbangan lalu terjatuh pada seorang lelaki

Nasib baik lelaki tu sempat menangkap belakangnya. Tzuyu terkaku seketika. Pantas dia berdiri tegak semula buatkan kepalanya terhantuk dengan kepala lelaki tu.

"ARGH!" hanya lelaki itu menjerit sakit manakala Tzuyu menunduk berkali-kali tanda meminta maaf pada lelaki itu.

Sebaik sahaja lelaki itu mengangkat wajah kembali, dia baru teringat lelaki itu dia pernah jumpa di pasar. Taehyung juga baru perasan. Cepat-cepat dia berpura-pura tidak sakit. Tak macho la nanti


"Minta maaf cepat dalam kiraan 3 atau aku takkan maafkan selamanya " arahnya sambil bercekak pinggang. Sengaja dia nak dengar suara Tzuyu. Lagi sekali Tzuyu menunduk berkali-kali

"1...2..."
Tzuyu masih menunduk sudah seperti robot

"...2 suku.. 2 setengah.."
Tzuyu masih tak bersuara
"Aku kira dari satu balik 1..2...2 suku.." Taehyung masih tak mengalah. Namun begitu juga Tzuyu taknak bercakap

"... Tiiiiiiiiii.... Lupakan lah" akhirnya Taehyung mengalah

"Nasib baiklah cantik. Tak jadi nak marah"katanya sebelum meneruskan jalan menaiki tangga istana sambil menghentak kaki.

Tzuyu mengetuk kepalanya malu. Dia kembali bersandar pada kereta kudanya sementara menunggu BangTwice

 Dia kembali bersandar pada kereta kudanya sementara menunggu BangTwice

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sana langsung tidak menunjukkan tanda untuk sedar. TxT dan Itzy makin risau dengan rancangan mereka.
"Jangan risau semua, kita akan berjaya. Jangan takut" pesan Ryujin dengan tenang

"Macam mana kau boleh tenang sedangkan kau yang akan digantikan?" bengang Beomgyu. Kalau boleh dia nak bawa lari Ryujin sekarang juga.

"Rileks, aku akan selamat. Kau kena janji selamatkan aku faham?" Ryujin tersenyum seolah tiada apa yang berlaku. Demi Puteri Sana, dia sanggup korbankan diri. Hanya Puteri itu dapat selamatkan kerajaan Seoul dari Ratu Jeongyeon

Itzy yang lain sudah menahan sebak."Kau kena janji yang ni bukan pertemuan terakhir kita" serak basah suara Yeji
"Aku janji" tangannya mencapai bahu Yeji sebelum mereka berpelukan

[OG] Snow White 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐓𝐰𝐢𝐜𝐞¹²ᴰᵂᴬᴿᶠˢWhere stories live. Discover now