Ikaw Bonus Special (Blice)

554 59 13
                                    

Req from izychan_

Enjoy your read ❤
****

"Papa, mama suruh basuh berak Snowfire!!"

Frostfire mencari susuk ayahnya, yang sedari tadi tidak dijumpai.

Dia bercekak pinggang. "Mana orang tua ni? Dia selalu aje lari bila mama suruh basuhkan berak Snow. Haihh, mama pun satu sibuk dengan tiktok."

Frostfire membebel, dia beredar dari ruang tamu dengan perasaan kesal.

Sebaik sahaja budak lelaki berusia 10 tahun itu pergi, Blaze keluar daripada bawah kerusi sofa.

Dia terbatuk-batuk kerana debu yang melekat.

"Nasib baik aku sempat menyorok, kalau tak.."

"Kalau tak apa hm? Blaze."

Tubuh Blaze mematung, suara itu.. Suara isterinya.. Ice...

Dengan takut-takut dia berbalik dan mendapati Ice sedang berpeluk tubuh di belakangnya. Wajah itu garang sahaja.

"Buat anak pandai tapi nak basuh berak anak malas... Awak..."

"Ampun Ice! Saya akan pergi sekarang madam!" ucap Blaze, terus dia melesap pergi sebelum wanita itu mengeluarkan hukuman untuknya.

Dia masih sayang nyawa...

Ice memandang kepergian Blaze, dia tersenyum jahil.

"Padan muka, tau takut.. Hehehe.."

•••••

Frostfire memandang Blaze yang sedang memakaikan pampers pada adik perempuannya. Wajah itu cemberut sahaja, mungkin kena marah dengan Ice.

"Tulah papa, malas lagi kan dah kena marah dengan mama. Padan muka."

Blaze menjeling, mulut budak itu. Geram sahaja dia nak cili. Tak padan dengan kecil tapi berbisa.

Mana anak syetan ni berasal ha? Desis hati Blaze.

"Diamlah budak kecil, sibuk aje." omel Blaze sebal.

Frostfire mencebik. "Papa ikhlas tak ni?"

"Tak."

"Ohhhh! Okey, mama!! Papa kata dia tak ikhlas buat semua ni! Dia benci kita mama!! Jom kita lari ke Hongkong cepat!"

Blaze tersentak, tidak sempat dia menahan Frostfire. Budak itu sudah berlari keluar bilik.

"Mampus! Ice jangan dengarkan budak genit ni! Dia bohong!"

"Tak mama! Budak selalu benar! Orang tua macam papa yang suka bohong!!"

"Tak!! Kamu yang bohong!"

"Papa lah!!"

"Diam!!!"

Dua beranak itu terdiam apabila singa betina sudah mengamuk.

"Kamu lah ni!"

"Papalah!"

Ice mencekak pinggang. Lengan baju disinsing hingga ke siku.

"Korang gaduh lagi, jangan harap korang dua boleh makan malam ni!"

Ancaman itu bagaikan datang malapetaka sahaja kepada dua beranak itu.

"Tidak!!"














-Done-

Sorry kependekan dan hampa huhuhuhu... Chau 💨

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now