CHAPTER 5 - DIFFERENT PERSON

307 26 9
                                    

Bab 5

Zendaya merengus geram melihat adegan mesra itu di depan matanya. Walaupun dia melihat Anna menolak Trevor tapi dia tetap tidak puas hati terhadapnya. Dia sedikit pelik kenapa Trevor menunjukkan minat terhadap Anna sekarang. Sebelum ini dia memang tidak memandang pun perempuan itu jika berada di dalam rumah. Jika hal berkaitan Lukas sahaja Trevor akan bercakap dengan Anna.

Disebabkan terlalu marah semua barang-barang yang ada di atas meja soleknya dia tolak sehingga terjatuh ke lantai.

"Argh!! Awak tunggu Anna!! Awak tunggu pembalasan dari saya!!" jerit Zendaya. Rambutnya dikusutkan dan dia menjerit melepaskan kemarahannya.

"Zen!! Awak kenapa ni macam orang gila?" tiba-tiba muncul pula Zara disitu. Dia memandang pelik anaknya itu. Dia segera memeluk tubuhnya apabila Zendaya ingin mengangkat kerusi kecil dan ingin membuangnya ke arah cermin pada meja solek itu.

"Zen stop it!! Kau mahu daddy dengar kau mengamuk macam ni? Lepas tu kita berdua dihalau dari sini?!" kata Zara cuba memujuk anaknya yang kelihatan seperti bukan dirinya waktu itu.

"Do I care?! Sekarang saya rasa nak cekik ja perempuan tu sampai mati. Berani dia balik kesini lepas ambil duit sejuta yang mama bagi tu! Dia sudah janji takkan balik kesini lagi! Tapi mama tengoklah sekarang? Sampai abang Trevor layan perempuan tu sweet sangat. Argh!!" Zendaya menarik-narik rambutnya. Keadaannya sekarang seperti seorang pesakit mental. Zara mengeratkan lagi pelukkan di tubuhnya anaknya. Dia resah jika penyakit Zendaya datang balik. Dia risau jika suaminya tahu hal itu. Zara sudah berusaha menyembunyikan hal itu dari pengetahuan suami dan anak tirinya itu.

"Shuuhhh!! Honey please calm down,okey? mama akan buat sesuatu sama perempuan tu. Biar dia sedar yang dia tidak layak pun pijak rumah ini. Just give me time, okey honey?" pujuk Zara lagi. Kali ini rontaan Zendaya terhenti serta merta. Dia memandang tepat ke mata Zara. Senyumannya terukir bibir.

"Betul ni mama?"

"Yes honey. Your my only treasure in this world. Mama sanggup lakukan apa sahaja untuk anak mama ni. Cuma mama nak Zen sabar sikit. Nak singkirkan perempuan itu dari rumah ini kena rancang betul-betul. Kalau tak nanti Trevor syak kita lagi."balas Zara. Zendaya melompat gembira seperti seorang kanak-kanak yang baru saja mendapat gula-gula. Zara tersenyum melihat mood anaknya itu sudah berubah. Dia akan melakukan apa sahaja untuk membuat anak itu gembira.

Dia akan mengabulkan permintaan Zendaya yang ingin menjadi isteri kepada Trevor. Sejak pertama kali mengenali Trevor, Zendaya sudah memberitahu perasaannya terhadap Trevor itu kepada Zara. Tapi rancangannya hancur apabila Anna muncul dan lebih menyakitkan hati Anna mengandungkan anak Trevor.

'Tapi kenapa perangai Anna berbeza setelah kembali ke sini? Siap layan Lukas seperti seorang ibu mithali pula tu. like something is wrong with her. Hmm..' bisik hati Zara. Dia akan siasat apa yang membuat Anna berubah drastik seperti itu

🌼🌼🌼🌼

Sebulan kemudian...

Seawal jam 6 pagi Thea bangun dan membersihkan dirinya. Selepas siap berpakaian dia terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik sebelah di mana bilik Lukas berada. Hari ini Thea memilih dress berwarna pink tanpa lengan tapi panjangnya melebihi paras lutut. Hanya beberapa helai pakaian Anna yang sedikit tertutup, jadi pakaian itu sahaja yang dipakai oleh Thea. Mungkin ada dalam sepuluh helai sahaja. Dia tidak selesa memakai pakaian Anna yang kelihatan sangat terdedah apabila menakainya.

Thea masuk ke bilik Lukas dan menggelengkan kepalanya melihat Lukas masih lagi lena di atas katil dengan memeluk patung Doreamon miliknya itu.

MY HEART BELONGS TO HIMWhere stories live. Discover now