CHAPTER 4 - THE SECRET OF TWO OF US

291 22 8
                                    

Bab 4

Keadaan di dalam ruangan pejabat milik Swae Lee hening untuk seketika. Empat jejaka tampan yang sedang duduk di sofa bersama Trevor terdiam setelah mendengar laporan yang disampaikan oleh Charlie Radcliffe.

"Jadi selama ini Anna ada saudara kembar? Kembar Anna sekarang berada di rumah Trevor? Wait. What the fuck is this?!" soalan tidak puas hati dari Malone Herdman. Dia sangat benci dengan isteri Trevor itu. Muka dua talam! Trevor menyentuh dagunya tanpa berkata apa-apa. Dia hanya fokus pada kertas yang sedang dipegangnya itu. Kertas yang mengandungi maklumat tentang Anna dan Thea hasil carian Charlie yang hebat dalam menggodam maklumat sulit.

"Mungkin ini semua rancangan Edgar. Anna sekarang berada di New Zealand jadi kalau nak tunggu Anna balik mengambil masa yang lama lagi. Jadi untuk memudahkan kerja Edgar pergi ke rumah ibubapa sebenar Anna dan mengugut mereka agar kembar Anna itu dapat menggantikan Anna untuk sementara waktu. Kalau tidak syarikat milik Edgar itu akan gulung tikar disebabkan hero kita ini." Conor Sirius membuat kesimpulan sambil memandang kearah Trevor.

"It makes sense what you said just now." Swae Lee angguk, setuju dengan penjelasan Conor tadi.

"So kau mahu cakap yang gadis berada di rumah Trevor sekarang sedang menyamar jadi Anna. Wow! Patutlah pelik perangainya tempoh hari. Dia tunduk hormat sama kita? Selalu kalau Anna nampak kita sinis sungguh pandangannya. Pandang sebelah mata pun tidak." luah Malone pula. Dia mengambil gelas berisi vodka lalu meneguknya sehingga habis.

"Takkan korang tidak perasan ada yang lain dengan gadis itu?" Charlie pula bersuara. Mereka berempat memandang Charlie seperti menunggu jawaban pada soalannya sendiri.

"Aishh!! Korang ni lembaplah. Trev, Anna tiadakan tahi lalat di bahu kirinya?" soal Charlie memandang Trevor. Trevor hanya beriak tenang, dia angguk mengiyakan soalan dari Charlie tadi. Pandanganya kembali pada selembar kertas di tangannya.

"Bila masa pula kau nampak tahi lalatnya semua ni?" soal Conor pula. Dia tahu lelaki playboy seperti Charlie pantang nampak perempuan cantik, satu badan dia scan.

"Masa dia tunduk tu lah. I think she was not comfortable at that time with her clothes. Look at this." Charlie mengeluarkan smartphone miliknya dan menekan-nekan sesuatu.

"This is her account facebook. Anthea Martinez. Tengok gambar-gambar dia, tiada satu pun gambar dia memakai dress yang seksi. Kebanyakkan pakai seluar panjang dan blouse berlengan. Look her hair is dark brown and her eyes colour is hezel." terang Charlie lagi. Trevor segera menarik smartphone itu dari genggaman Charlie. Belum sempat Malone, Conor dan Swae Lee melihatnya. Dahi Trevor berkerut melihat status Thea berselfie di dalam supermarket dengan caption "Wanna buy something for my lovely parents. I miss them so much and I want to cook something special for them. Wait for me mama, papa. ❤"

"It's her." Trevor ingat lagi gadis seiras Anna melanggar Damian sewaktu mereka menemani Lukas di supermarket.

"Kau pernah jumpa diakah sebelum ini?" soal Conor.

"Yes. Waktu tu aku menemani Lukas pergi supermarket dan ada seorang gadis seiras Anna tidak sengaja melanggar bodyguard yang aku tugaskan menjaga Lukas."mereka saling berpandangan mendengar jawaban Trevor.

"So what is your plan now?" Swae Lee menyoal sambil menuangkan vodka ke dalam gelas yang kosong di hadapan mereka.

"Follow the flow. Aku nak tengok sejauh mana Edgar nak menipu aku. Kalau dia nak bermain, I'm in." Trevor tersenyum sinis. Dalam fikirannya sekarang sudah tersusun satu rancangan.

MY HEART BELONGS TO HIMWhere stories live. Discover now