CHAPTER 3 - IMPERSONATION

273 20 1
                                    

Bab 3

ANTHEA's POV

This is insane. Eventually I got involved in my own twin family problems as well and now I am changing my appearance to be the same as Anna. Warna rambut saya tukar, kuku saya kena rias, muka saya diletakkan makeup, pakaian saya agak terdedah dan paling saya benci memakai high heels. Edgar memaksa saya memakai tapi saya tak nak sebab saya memang tidak pandai pakai benda-benda begitu semua. I'm just wearing my wedge heels. Selesa dan senang berjalan.

Masa dalam perjalanan ke rumah agam Trevor Daniel, saya tidak henti-henti berdoa agar Tuhan permudahkan segala urusan saya disana nanti. Walaupun saya terpaksa berbohong tapi saya tidak punya jalan lain. Edgar memberikan gambar-gambar manusia yang saya langsung tidak kenal kecuali this little cutie Lukas, anak Anna.

"This is Trevor's father, Jason Daniel. Ayah Trevor ni agak jarang berada di rumah tu tapi kalau pasal keluarga dia memang akan ambil tahu. This one is Trevor's stepmother, Zara. Dia ni sangat benci dengan Anna jadi kau kena bersabar jika berdepan dengan wanita ini." jelas Edgar. Saya mengamati wajah-wajah itu. Wajah ayah Trevor agak menakutkan. Serius tanpa senyuman. Gulp! You can do it,Thea.

"This is Trevor's stepsister, Zendaya. Ini kau kena hati-hati sebab dia nak sangat ambil alih kedudukan Anna sebagai isteri Trevor. Dia dan ibunya,Zara selalu menghasut Anna agar meninggalkan Trevor. Uncle harap kau bertabah sikit dengan dua manusia ni. Ini pula mesti kau kenalkan sebab gambar anak Trevor ni merata di media sosial. Lukas Daniel." kedengaran Edgar mengeluh. Saya memandangnya dengan kerutan di dahi. Macam ada sesuatu yang dia tidak jelaskan lagi.

"Ini suami Anna, Trevor. Dia ni sangat dingin, kurang bercakap tapi jangan sesekali buat dia marah. You know what I mean,right?" Edgar menghulurkan gambar Trevor. Wow! Handsome but his reflection was terrifying. Lebih menggerunkan daripada ayahnya. Rambut panjang, berjambang dan hidungnya yang mancung itu agak menarik.Characteristics of my dream man.

Oh god! Stop it Thea. Ini suami kakak kembar kaulah. Apa yang kau fikirkan ni?! Saya menggelengkan kepala mengusir perasaan yang datang tiba-tiba itu. Edgar memerhati gelagat saya dari tadi dan dia tertawa sinis.

"I know his handsome but remember Thea. Trevor is Anna husband. Jangan awak fikir yang bukan-bukan! Kerja kau disana hanya menjaga Lukas! Fahamkan?" tiba-tiba Edgar memberi amaran pula. Saya hanya menjeling kearahnya. Berdiam diri lebih baik daripada bercakap dengan manusia penuh munafik di depan saya ini. Sanggup mengugut bunuh abang kandungnya sendiri. Patutlah papa lebih suka tinggal di kampung berbanding di bandar. Papa memang sudah lepas tangan daripada mengurus syarikat mendiang grandpa. Walaupun saya tidak tahu apa masalah di masa lalu mereka tapi saya yakin papa sudah mengambil keputusan yang terbaik.

*******

Trevor's Mansion

Semasa menunggu kedatangan Trevor di ruang tamu yang luas ini, saya jadi gusar. Macam mana kalau mereka dapat cam saya bukan Anna? Mata ini tidak henti-henti mengamati setiap sudut rumah ini. Ini bukan rumah lagi tapi istana. Semua serba mewah. Ini kali pertama saya dapat jejak kaki di rumah agam seperti ini.

"Mommy!!" dari jauh saya sudah tersenyum melihat Lukas berlari kearah saya. Finally, I met this little boy. Lukas memeluk saya dan saya dukung budak kecil ini. Saya terharu apabila dia berkata jangan tinggalkan dia lagi. Oh Anna kenapa awak sanggup tinggalkan anak awak ini? Saya terpaksa berjanji bahawa saya tidak akan tinggalkan dia. Sambil berdiri saya mendodoikan Lukas, belakangnya saya usap lembut. Tidak lama kemudian kedengaran dengkuran halus dari mulut Lukas. Lukas sudah tidur rupanya. Senangnya jaga dia ni.

Kelibat Trevor masih belum kelihatan. Saya agak gementar berjumpa dengannya. Kalau dia tahu saya bukan Anna macam mana? Hmm. Harap-haraplah penampilan baru saya ini dapat membantu. Saya sedaya upaya nak jadi macam Anna. Tiba-tiba muncul dua orang wanita. This must be Zara and Zendaya. Angkuh sungguh mereka.

MY HEART BELONGS TO HIMHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin