"Miss Zheng Shuang," baca Sara perlahan. Badannya menggigil melihat nama itu tertulis di situ.

"Dear Miss Zheng Shuang,

I am the caretaker of this box which has been in my family for centuries.  It is said that Admiral Zheng He, had given my family a piece of land just to make sure this box will get to you. This is my phone number if you ever wanted to contact me,

                                                                                Ma Shang Wu"

Sara melihat di belakang surat itu dan sudah tertulis nombor telefon. Dia membuka mangga itu dengan kunci yang dibekalkan. Apabila kotak dibuka, kelihatan berkepingan kertas-kertas yang dilipat. Dari segi bau kertas itu, dia tahu, ia sememangnya sudah dimakan masa. Dia mengambil sekeping yang tertulis namanya. 

"Dari Jiaofu" baca Sara. Semua itu dalam tulisan cina namun Sara dapat memahaminya.

"Zheng Shuang, 

Anak jiaofu yang baik. Jiaofu merindui Shuang er, setiap masa kita terpisah." Sara teresak di situ. Tak sanggup dia hendak meneruskan pembacaannya kerana dia juga merasai rindu itu. "Jiaofu faham, Shuang er mesti pulang apabila tepat pada masanya. JIaofu tahu itu, namun begitu, Shuang er sentiasa berada dalam hati Jiaofu. Setiap hari Jiaofu rindukan suara, ketawa Shuang er." Sara menangis lagi. "Jiaofu yakin semua yang berada di dalam kotak ini akan diterima Shuang er sebab itu Shuang er menulis alamat di kotak ini. Jiaofu meninggalkan wasiat kepada keluarga Ma untuk menjaga kotak ini dan memastikan alamat itu sentiasa terang dan jelas. Shuang er kita terpisah beratus tahun lamanya. Dan kita tidak mungkin akan bertemu lagi. Jiaofu berdoa, mungkin di syurga diizinkan Allah, kita akan bersua." Sara sudahpun tersedu-sedan kini. 

"Jiaofu...maafkan Shuang er. Shuang er tidak cukup kuat untuk terus bersama Jiaofu," kata Sara dalam tangisnya. Dia menghela nafas panjang mencari kekuatan untuk menyudahkan membaca surat itu.

"Hao Haizi, di dalam kotak itu, jiaofu berikan semula, yupe Shuang er. Ingat tak yang Jiaofu meninggalkan sebuah rumah kepada Shuang er di hujung Nanjing?Pulanglah ke sana dan ambillah hak Shuang er kembali. Bawa yupe itu sebagai bukti, ni shi wo de hao nu haizi. NI ming bai le me?" Sara mengesat airmatanya yang tumpah lagi. Sara mengangguk sendiri seolah-olah menjawab pertanyaan Laksamana Zheng He. Dia mengalih kepingan surat di dalam kotak itu dan melihat  sebungkus baldu besar. Di dalamnya yupe merah jambu berbentuk bunga dan tertulis namanya dan nama ayah angkatnya. Ada surat yang ditandatangani oleh jiaofu akan penyerahan harta itu dengan cop mohor Laksamana Zheng He. "Shuang er, sekiranya harta itu masih ada di zaman Shuang er, itu adalah hak Shuang er. Berhubunglah dengan orang yang menghantar kotak ini kepada Shuang er ya? Ketika ini, jiaofu sedang bersiap untuk mengelilingi dunia sekali lagi dan harapan jiaofu, jiaofu dapat menunaikan haji. Kotak ini, jiaofu beri kepada Wu JI dan apabila dia sampai dari Melaka, Wu JI akan menjaga kotak ini. Hao Haizi, terima kasih kerana hadir di dalam hidup jiaofu. JIka jiaofu punya peluang untuk mempunyai anak, jiaofu mahukan anak seperti Zheng Shuang. Jiaofu sayangkan Shuang er seperti anak jiaofu sendiri. Jiaofu berhenti di sini dulu. Hao Haizi, jaga dirimu dengan baik. Hiduplah dengan sempurna dan bahagia dan ingatlah, jiaofu dan Shuang er pernah bertemu dan menjadi sebuah keluarga." Surat itu berakhir tetapi tangisan Sara semakin hiba. Hatinya begitu sedih dan semua yang terasa seperti mimpi adalah rupanya satu realiti.  Dia bangun dan meletakkan yupe dan surat itu di katil dan pergi membasuh mukanya. Dia balik semula ke kotak itu. Dia menitip mesej kepada ibunya melalui Whatsapp mengatakan yang dia mahu bersendirian di biliknya seketika.

Sara memeriksa surat-surat di situ. Semua terikat 12 keping setiap satu dan ada lebih kurang 10 bungkus. Dia membukanya satu persatu.

"Sayang, kau pergi juga meninggalkan aku," baca Sara. "Melihat tubuhmu kaku bersama Ann Di, buat aku hampir gila  Sara. Kau kejam meninggalkan aku begitu tanpa sebarang selamat tinggal dan kita pula sedang bergaduh ketika itu."  Sara mengeluh.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now