"sebagai upah saya nak awak bawa saya shopping" Luth termalu sendiri, dia ingat Aaira minta upah yang itu rupanya upah lain

"comel betul suami saya ni bila dia malu, okay la saya nak siap kejap" sebelum Aaira berlalu dia mengambil kesempatan untuk mengenakan Luth

'chup' pipi kanan Luth di kucup

"saya pulangkan balik kiss awak" Aaira mengenyitkan mata dan menghilang ke dalam bilik air.

Luth meraup wajahnya







HARI ini Syafiqah teruja untuk berjumpa dengan buah hatinya, siapa lagi kalau bukan Arshad.

Kebetulan Arshad berada di kuala lumpur jadi mereka bercadang untuk berjumpa di sebuah restoran yang berada di dalam mall kerana Syafiqah ingin mencari beg tangan baru di sini

"sorry saya lambat, susah nak cari parking dekat sini" selepas 20 minit menunggu akhirnya  Arshad muncul dalam keadaan tergesa gesa

"tak apa, yang awak termengah mengah ni kenapa? awak berlari ke" Syafiqah melihat lelaki ini mencekak pinggang, mencungap cungap mencuri nafas

"saya risau awak tunggu lama" kerusi di hadapan Syafiqah di tarik

"ya Allah saya okay je" jawab Syafiqah, kesian pula dia lihat wajah tampan itu berpeluh peluh 

"dah jom order makan, awak nak makan apa?" tanya Syafiqah pada Arshad sambil menyelak buku menu

"saya nak fish n chip jela dengan jus tembikai" jawab Arshad tanpa melihat menu tapi bila sampai pada Syafiqah nak dekat 4 ke 5 kali juga dia selak buku menu tapi dia masih belum membuat pesanan.



SEBELUM mereka mencuci mata, Aaira dan Luth masuk ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Mereka mengambil tempat duduk dan seorang pelayan datang memberi buku menu.

Aaira memlihat lihat buku menu, tiba tiba matanya tertumpu ke arah sepasang kekasih sedang berbual bual betul betul di hadapannya

"Luth bukan tu Arshad ke?" dia menunjukan ke arah pasangan itu

Luth menoleh "ye la... tapi semalam saya balik kem dia masih ada dekat kuartes" bila masa pula Arshad sampai ke sini

"jom kita pergi dekat diaorang" Aaira menarik tangan suaminya

"amboi amboi dekat sini rupanya korang berdua dating" Aaira menegur pasangan yang sedang leka dengan dunia mereka sendiri

"ehhh Aaira, kau buat apa dekat sini" Syafiqah terperanjat bila melihat Aaira dan Luth

"ehhh Luth" Arshad hanya mampu tersengih

"patut lah semalam suruh aku balik cepat cepat, rupanya kau ada agenda" Luth mengambil tempat duduk bersebelahan Arshad

"sayang tanya la diaoran dulu sebelum duduk, mana tahu diaorang nak makan berdua" tegur Aaira dan Luth terus bangun

"ehh duduk jela" Syafiqah mempelawa

"kau tak kisah ke Shad" Luth memegang bahu Arshad

"apa kau cakap ni duduk je la, lagi ramai lagi bagus" baru la Aaira dan Luth melabuhkan punggung mereka

"cuba cerita dekat aku macam mana kau boleh sampai sini?"

"aduhh Luth, sebenarnya ini plan last minute, aku bosan kau tak ada itu yang aku turun kl" dia tak tipu, semalam lepas isyak baru dia membuat keputusan untuk ke sini

"ouhh patut lah kau cancel plan kita lepas isyak semalam" Aaira teringat mesej yang di hantar oleh Syafiqah semalam.

Konon bagi alasan ada hal personal rupanya ini hal personal dia

"heheheheh...sorry lah Aaira, memandangkan aku tipu kau semalam harini biar Arshad belanja kau dengan Luth" Syafiqah memandang Arshad.

Lelaki itu hanya memgangguk tanda setuju

"jom lah order sekali, kitaorang pun belum order" kata Syafiqah.

Kemudian mereka memanggil pelayan.





NAFAS di tarik panjang sebelum Aaira mengetuk pintu bilik doktor Zainal. Selepas mendapat keizinan, dia melangkahkan masuk ke dalam

"Aaira, duduk" 

"ada apa kamu datang ke sini?" Aaira taku takut menghulurkan surat permohonannya

"saya nak mohon pertukaran hospital" doktor Zainal mengambil surat tersebut

"saya faham, kamu nak buat pertukaran sebab nak duduk dengan suami kamu" Aaira jatuhkan kepala

"saya akan bantu kamu, jangan risau. Tapi kamu tahu proses ni mengambil masa agak lama sebelum di luluskan" 

"saya tahu" jawab Aaira

"jadi sementara permohonan kamu lulus, kamu masih bertugas di sini" 

"baik doktor, terima kasih sebab sudi bantu saya"

"saya dulu pun macam kamu Aaira, isteri saya seorang pegawai polis dan dia baru mula bertugas,kami terpaska berjauh sementara permohonan saya di luluskan jadi saya faham perasaan kamu dan inshaAllah saya akan tolong" Aaira baru tahu isteri doktor Zainal seorang pegawai polis.





"JADI betul la desas desus kau nak pindah?" Darren menyoal Aaira sewaktu mereka makan tengah hari bersama

"mana kau tahu" mata Darren terarah pada Syafiqah. Wanita itu hanya tersengih, tangannya menunjukkan simbol peace

"kau tahu kan mulut aku, aku mana boleh simpan rahsia" yang dia kenal sangat dengan Syafiqah 

"haah betul la tu tapi doktor Zainal kata proses tu ambil masa dalam 2 ke 3 bulan"

"ouhh..."

"haih tinggal la aku sorang sorang lepasni" Syafiqah mula membuat drama

"alah tak payah nak sedih sangat la Iqa, entah entah lepasni kau jumpa Aaira balik lepas kahwin dengan Arshad" ucap Darren

"lepastu tinggal la aku dengan si bujang terlajak ni" dia menyenggol bahu Hafiz

"kalau Hafiz bujang terlajak kau pun sama la, umur korang kan sama" Syafiqah mendapat jelingan maut dari Darren

"aku lain la"

"kau dah ada girlfriend ke?" soal Aaira teruja

"tak la, jauh sangat kau fikir tu" jawab Darren

"habistu?"

"cerita la Fiz" melihat kebisuan Hafiz, dia mencuit bahu lelaki itu

"mak aku sejak Aaira dah kahwin ni, dia asyik berleter dengan aku, katanya aku ni tak bersosial sebab tu aku masih bujang, ada dia tuduh aku gay" Aaira dan Syafiqah ketawa

"kau berdua jangan nak gelak sangat, lagi kecoh bila mak Hafiz tuduh dia dengan aku gay, kau tau" mereka membulatkan mata

"ehh serius la" mereka berdua mengangguk

"tapi aku kata Darren dah ada girlfriend, baru lah dia percayakan aku"

"paling tak boleh bila si Hafiz ni pakai tunjuk je gambar artis cina semata mata nak mak dia percaya" ketawa mereka berempat bergabung.

NOTE 9/7/2023: maaf buat korang semua lama menunggu, mungkin banyak sangat makan daging sebab tu otak dah tepu

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin