Part 7💓

136 27 5
                                    

Keadaan di dalam kelas itu sunyi saja, sejak guru besar masuk ke kelas itu sampailah sekarang. Jihyo pula melihat wajah guru besar dengan riak wajah jelas nampak bosan. Tangan disilangkan di dadanya, menunggu guru besar mereka itu bercakap.

" baiklah kelas, saya ingin membuat pengumuman penting pada kamu semua.. kamu semua pasti tahu yang kita adakan pesta filem akhir tahun kan, jadi semua pelajar tahun akhir wajib bertugas untuk pesta ini. Guru kelas kamu akan bahagikan tugas kamu nanti ya. Baiklah itu saja, nanti guru kelas kamu terangkan lebih lanjut lagi. saya minta diri dulu "

Selesai saja guru besar memberikan ucapan, guru besar berjalan keluar dari kelas mereka. Automatik semua pelajar mulai kecoh termasuklah lisa dan rose. Jihyo hanya berdiam diri, langsung tak minat dengan aktiviti seperti ini.

" baik kita ambik bahagian DJ, yang tu senang daripada tugas yang lain. Aku ni dah la malas nak jalan. Ha, kau hyo ?? " tanya lisa pada jihyo yang diam saja dari tadi.

" aku malas, no thanks " singkat saja balasan jihyo itu.

" kau ni, aku taulah kau tak minat benda ni semua tapi kau kena ambik bahagian jugak hyo " balas rose pula memandang wajah gadis itu.

" aku dapat rasa yang si galah tu nanti cari aku untuk jadi partner dia pantau pesta tu nanti " balas jihyo singkat lagi. Bukan apa, malas nak fikir sebenarnya.

" si galah yang mana ni ? Banyak sangatlah galah dekat sekolah kita ni " Ujar rose pelik pada kawan baiknya yang satu itu.

" ketua pengawas tu la, siapa lagi aku panggil galah ha ? Aih korang ni la " balas jihyo lagi mengemas mejanya lalu berdiri ingin beejalan keluar kelas

" lahh,  si galah panjang tu rupanya ! Eh kejap, kau apa kes ni lebam dekat rahang mulut kau tu ? Kau buat apa ha " tanya lisa sambil menilik wajah jihyo itu.

" nantilah aku cerita, aku nak jumpa si galah tu kejap. Kalau sir namjoon tanya ke apa korang pandai-pandailah jawap eh, bai ! "



" jadi kau paham tak apa yang aku terangkan dekat kau ni ? " soal yeonjun pada jihyo yang hanya mendiamkan diri saja.

" pahamlah, kau ingat aku ni apa lembab sangat ke " jeling jihyo padanya. Yeonjun hanya menggelengkan kepala sambil membetulkan kaca matanya.

" baguslah macam tu, tak la kau menyusahkan hidup aku nanti " balas yeonjun sengaja mahu menaikkan kemarahan kawannya itu.

Jihyo tersenyum sinis lalu ingin bangun beredar daripada bilik pengawas itu. Bahu yeonjun ditepuk perlahan.

" ingat sikit ya, aku yang banyak tolong kau uruskan hal sekolah kau ni walaupun aku ni pelajar bermasalah.. jangan sampai lebam kau aku buat kejap lagi ya, ok chaw aku ada kelas " balas jihyo lalu berlalu keluar.

" harini mood dia lain macam.. agaknya lepas bertumbuk sakan tadi rasanya.. uih ! Menyesal pula aku menyakat minah tu " bebel yeonjun sendirian sambil mengemas barangnya.

Jihyo yang berjalan bersahaja menuju ke kelasnya. Kebetulan saem jimin dan taehyung berjalan kearahnya namun jihyo buat tak tahu saja bukan apa, saem dua ekor tu sibuk saja hal orang.

" jihyo-ah!!! Kamu nak ke kelas kan ? Boleh tolong saem tak ?? " tanya jimin sambil mengedipkan matanya berkali-kali.

" ingat kiut ke buat mata macam tuu saem ni ?? "  getus jihyo sendirian.

" entahlah, kenapa ? " tanya jihyo tidak acuh pada saem jimin itu.

" nak mintak kamu tolong saem edarkan flyers untuk pesta tu nanti.. boleh ?? Banyak sangat la, sampaikan saem rasa nak pengsan edarkan ni .. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SOLOWhere stories live. Discover now