Chapter 15

77 16 5
                                    

Hari yang berbeza daripada hari yang sebelum ini.Haebi duduk bersandar pada dinding penjara bawah tanah itu.Matanya sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis sepanjang malam sehinggakan dia tidak ada lagi kekuatan untuk menangis pada pagi itu walaupun hatinya masih terasa sedih.

Kedengaran derapan tapak kaki semakin jelas menghampiri.Tentu sekali itu adalah orang yang akan menyoal siasatnya.

Ternyata bunyi tapak kaki tadi milik dua orang lelaki iaitu, panglima pertama yang bernama Han Ryu dan....Seokjin?

Pada saat dan ketika itu, Haebi hanya memandang Seokjin dengan tatapan yang penuh serba salah.Han Ryu yang sudah memasuki ruangan penjaranya itu langsung tidak dihiraukannya.Dia cuma berlutut disebalik penghadang besi meminta Seokjin mendengarkan penjelasannya.

"Seokjin..dengar lah apa yang saya nak jelaskan ni", rayunya dengan nada yang lemah.

Seokjin hanya berdiri kaku dihadapannya tanpa memandang wajah gadis itu.Tidak sanggup untuk melihat keadaan diri kekasihnya itu.Hatinya menjadi sayu.

Han Ryu walaubagaimana pun terus menerkam Haebi.Dia memegang bahu Haebi dengan kuat lalu didorangnya gadis itu ke dinding.

"Cakap dengan jujur! Siapa rakan subahat kau?!", Soal Han Ryu dengan nada yang kuat dan tegas.

"Aku tak ada rakan subahat", jawab Haebi lemah sambil menahan sakit pada bahunya akibat dicengkam kuat oleh Han Ryu.

"Jangan cuba nak tipu aku,dasar perempuan licik! Lelaki ni rakan subahat kau kan?!", Han Ryu sudah hilang kesabaran lalu mula mencekik Haebi.

"A-aku..tak t-ti-tipu", balasnya dengan susah payah.

Seokjin tidak lagi mampu mendengar mahupun melihat Han Ryu memperlakukan Haebi seperti itu.

"Hyung,Cukuplah! Tolong berhenti!", Bentak Seokjin marah.

Han Ryu hanya memandang tajam ke arah Seokjin lalu perlahan-lahan dia melepaskan cengkamannya daripada leher Haebi.Dia keluar daripada ruangan penjara Haebi lalu berjalan terus ke arah Seokjin.

"Kenapa? Kau takut kalau-kalau dia terlepas cakap nama kau ke?", sindirnya dengan senyuman yang sinis.

"Kau sanggup ke tengok orang yang kau sayang diperlakukan dengan kasar macam tu? Aku yakin yang kau pun akan bertindak sama kalau kau berada di tempat aku sekarang ni", balasnya dengan penuh rasa perit di hati.

Han Ryu tidak menjawab tetapi terus beredar daripada tempat itu meninggalkan Seokjin,Haebi dan beberapa pengawal penjara di situ.

"Awak tak apa-apa?", soalan itu tiba-tiba keluar daripada mulutnya apabila dia melihat Haebi yang masih memegang lehernya yang sakit.Haebi hanya menjawab dengan anggukan yang lemah.

"Apa yang dimaksudkan oleh Raja Mahiro tentang awak berjanji nak membunuh Raja Yongjae? Kenapa awak berjanji?", Soal Seokjin setelah teringat kembali tentang surat milik Haebi yang Taehyung temukan.

"Saya...dah berjanji dengan Raja Mahiro bahawa saya nak balas dendam terhadap Raja Yongjae atas kematian... suami saya", jawab Haebi dengan ragu-ragu kerana dia tahu yang Seokjin tentu terkejut dengan jawapannya.Haebi tidak pernah memberitahu Seokjin yang dia sudah pun berkahwin.

Dan memang benar.Seokjin terdiam sebentar.Matanya berkaca akibat membendung air mata.Dia sudah cukup sakit dengan perkara yang telah terjadi sebelum ini.Mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Haebi sesungguhnya membuatkan hatinya hancur.

"Jadi..maksudnya..selama ni perasaan awak untuk saya hanyalah palsu?"

"Awak tak pernah cintakan saya ke Haebi?", Sambungnya lagi.

[C]The Masked PrinceWhere stories live. Discover now