[14]

1.6K 265 28
                                    

Selesai pemakaman sungchan, renjun enggan pulang. Dia masih setia duduk disitu walaupun matahari ingin melabuhkan tirai.

Puas Kun memujuknya untuk pulang namun renjun tetap berdegil.

"Sungchan...takpe kan kalau hyung tidur?" Renjun menatap kosong batu nisan yang tertera nama Sungchan.

"Takpe kan kalau hyung nak lari dari realiti?"

"Takpe kan kalau hyung berehat?"

Renjun tersenyum. Sekali lagi dia menitiskan air mata. "Hyung penat."

"Hyung cemburu tengok kau ngan jaemin..."

Renjun mengusap ngusap batu nisan tersebut. Air matanya yang jatuh dibiarkan jatuh. "Korang berdua dah bebas..."

"Kenapa tuhan ambik nyawa kau sebelum hyung? Hyung tak kuat Sungchan... Tak.. hyung tak kuat..."

Hujan renyai renyai turun. Sama seperti hati renjun. Kehidupan renjun bertukar 360 darjah sejak 2 tahun yang lepas.

•••

Jam sudah menginjak waktu tengah hari tanda pelajar disekolah akan pulang kerumah. Sungchan tergesa gesa menyimpan kesemua peralatan menulisnya kedalam beg. Dia keluar dari kelas dengan senyuman yang lebar.

Dia tidak sabar mahu memberitahu renjun bahwa dia sudah diterima untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perlawanan bola sepak.

Sungchan bercadang mahu meraikannya dengan makan diluar bersama Renjun. Dia akan memberitahu berita gembira ini pada ahli keluarganya yang lain apabila mereka sudah balik dari China kelak.

Mereka berdua baru sahaja 5 hari ditinggalkan. Sungchan sudah keluar dari perkarangan sekolah. Dia berjalan menuju kerumah dengan gembira.

Mungkin bagi Sungchan, ini ialah hari yang paling bahagia untuk dirinya. 

Sungchan menekan tombol hijau yang disediakan khas untuk pejalan kaki. Setelah itu, Sungchan terus melangkah tanpa memandang kiri dan kanan.

Dia sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan Renjun.

Tanpa Sungchan sedari, sebuah kereta meluru kearah Sungchan yang menyeberangi jalan.

PINNNNNNN

Bunyi hon kereta membuatkan Sungchan menoleh. Matanya membulat tatkala jaraknya dan kereta tersebut tidak jauh.

Pejalan kaki yang lain menjerit ketakutan melihat sekujur tubuh yang sudah terbaring tidak bernyawa di atas jalan tar.

Sungchan memandang langit. Dia masih boleh mendengar namun ianya hanya sayu sayu. Sungchan tersenyum sebelum matanya tertutup kemas.

"Maafkan Sungchan, hyung."

•••

Sorry kalau terlampau bosan dan menyedihkan. Bapuck sendue ;-;


broken home. -renjun ✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant