[12]

1.8K 275 53
                                    

"Renjun..." Renjun menoleh apabila namanya dipanggil. Renjun kini sudah semakin rapat dengan Jeno. Keadaan dia juga sudah semakin pulih

"Aku...aku nak mintak maaf..."

Renjun mengerutkan dahi. "Kenapa?"

"Kalau aku tak ajak kita bertiga pergi bercuti dulu...mesti kita tak jadi macam ni. Kau takkan koma...jaemin takkan 'pergi'...aku...ni semua salah aku...kita bertiga masih bersama kalau semua ni tak terjadi.."

Bahu Jeno dipegang lalu dia tersenyum. "Dah takdir kita nak buat macam mana? Kita kena terima jugak walaupun kita taknak semua ni terjadi. Kalau boleh, aku taknak kita sedih." Kata Renjun tenang.

"Kau kuat..." Jeno menundukkan kepala. Cuba untuk tidak menangis. Renjun tersenyum nipis. Langit biru yang kelihatan tenang dipandang. Angin sepoi-sepoi meniup diatas rooftop dimana tempat Jeno, Jaemin dan Renjun selalu melepak.

Badan Jeno terhincut-hincut akibat menangis. "Aku dah lama putus asa selama 2 tahun ni...setiap hari aku berharap yang kau akan bangun...setiap hari aku ulang alik jumpa kau kat hospital even aku sendiri tercedera...setiap hari aku lawat kubur jaemin...sampailah satu tahap, aku dah penat..."

Jeno terdiam sebentar. Renjun ditepi hanya mendengar luahan Jeno.

"...aku penat kehilangan orang yang aku sayang, kawan rapat aku sendiri, orang yang dah bersama dengan aku susah senang...aku dah hilang jaemin...aku taknak hilang kau...aku berhenti jumpa kau sebab aku tau kau takkan bangun. Aku penat tunggu kau bangun...aku hilangkan diri daripada dunia luar...sebab aku rasa bersalah..."

Renjun menoleh kearah Jeno yang masih menunduk. Badannya terhincut-hincut akibat terlampau kuat menangis. Renjun menepuk-nepuk belakang Jeno. Cuba untuk menenangkannya.

"Dahlah...dah masuk tiga tahun dah pun, Jen. Benda ni lama dah terjadi. Janganlah rasa bersalah lagi. Tuhan sayangkan jaemin lebih dari kita sayangkan dia. Aku ada."

Jeno mengangkat kepala apabila mendengar perkataan 'aku ada' yang diucap oleh Renjun. Renjun tersenyum lebar memandang sahabatnya.

"Aku ada untuk kau. Percayalah, kita boleh lalui ni bersama sama walaupun Jaemin takde. Mesti jaemin bangga tengok kau, kalau kau bersemangat balik. Haaa macam aku." Renjun menjongketkan kedua keningnya. Jeno tertawa kecil.

Dimata sahabat renjun, renjun ialah seorang lelaki yang tabah. Tapi didalam hati renjun, tiada siapa yang tahu.

•••

"Saya dah balik." Renjun memasuki rumah lalu menutup pintu. Renjun menoleh sekeliling. Tiada orang didalam rumah tersebut.

Dia terus memasuki biliknya lalu mengambil phone yang diletak didalam laci meja. Nombor telefon Sungchan ditekan lalu didail. Setelah beberapa minit menunggu, masih tidak dijawab.

Renjun keluar dari bilik lalu menuju kearah tangga yang menuju ketingkat atas. Sebenarnya renjun sudah lama tidak naik ketingkat atas jadi dia teragak agak mahu keatas.

Perlahan lahan dia menjejakkan kaki keanak tangga tersebut. Setelah menaiki semua anak tangga, matanya terancap pada satu pintu bilik milik adiknya.

Tok Tok Tok

"Chan...boleh hyung masuk?" Tiada jawapan. Renjun memulas tombol pintu bilik Sungchan. Terserlahlah bilik Sungchan yang gelap dan bersepah.

Renjun menoleh ketepi untuk mencari suis lampu. Setelah ditemui, dia segera menekan suis. Bilik Sungchan yang kelihatan suram dipandang.

"Hyung buat apa kat sini?" Tiba tiba satu suara menghentikan pergerakan Renjun. Renjun menoleh lalu satu tubuh badan berdiri kaku dihadapan pintu bilik tersebut sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.

broken home. -renjun ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora