"Keluar."

"Chan..."

"Keluar..hyung please.." Renjun memandang Sungchan sebelum melangkah keluar dari bilik Sungchan dengan hati yang berat.

Kenapa?

Kenapa Sungchan macam ni?

•••

Keesokannya...

"Renjun...eomma ngan appa balik China dulu ya. Chenle dan Jisung pun ikut eomma appa. Kamu dengan Sungchan jaga diri kat sana ok? Maaf sebab eomma tak bagitau kamu awal awal sebab flight kitorang terpaksa diawalkan."

Pesanan suara daripada puan Huang yang tiba tepat pada petang itu ditutup. Renjun menghela nafas. Serentak dengan itu kejadian hitam 2 tahun yang lepas muncul dibenak fikirannya.

Tak.

Renjun, jangan fikir bukan bukan.

Renjun cuba untuk menenangkan dirinya daripada berfikiran yang bukan bukan. Jujur dia masih trauma dengan kejadian hitam yang mengakibatkan dia kehilangan seorang sahabat.

Dia bangkit dari duduk lalu menuju kedapur untuk basahkan tekak. Peluh yang membasahi dahi dilap. Dia tidak tahu kenapa dia merasa resah.

Selesai membasahkan tekak, renjun membasuh cawan yang digunakan lalu memutuskan untuk baring baring sahaja didalam bilik memandangkan dia taktahu nak buat apa.

Setelah beberapa minit merenung siling bilik, renjun pun terlelap.

"Renjun..."

Renjun mencari sumber suara yang memanggilnya. Dia kini berada disebuah taman yang kelihatan suram dan sedih. Mata renjun terancap pada seseorang yang berdiri disebuah air pancut ditengah tengah taman.

"Jaemin?"

Jaemin tersenyum lalu perlahan lahan memanggil renjun untuk pergi kearahnya. Renjun menuju kearah jaemin dengan sebuah senyuman yang dia sendiri rindui.

Senyuman yang sudah 2 tahun mati.

"It's been a long time." Jaemin tersenyum kearah Renjun lalu memeluknya. Jujur dia rindu pada sahabatnya.

"Mesti kau bahagia kan?" Senyuman jaemin melebar. Dia memandang Renjun lalu mengangguk.

"Aku ngan Jeno rindukan kau, Jaem." Jaemin masih tidak menjawab mahupun berkata apa apa. Hanya renjun sahaja yang bercakap dari tadi.

"Aku penat."

"Tolonglah aku penat." Jaemin memandang Renjun yang sudah terduduk. Dia tersedu sedan menangis.

"Aku...aku taknak menderita lagi, jaem... Cukuplah kau pergi tinggalkan kitorang." Suara Renjun serak.

Jaemin mencangkung lalu mengusap ngusap kepala Renjun dengan senyuman. "Jeno kata dia nak ikut aku."

Renjun mendongak memandang Jaemin. Jaemin yang tersenyum dia pandang. Air mata sekali lagi membanjiri pipi.

"T-tak...kau tipu."

Tidak lama kemudian, susuk tubuh milik seseorang muncul ditepi Jaemin. Jaemin berdiri dari mencangkung lalu berdiri ditepi orang tersebut.

"Aku tak tipu." Jeno tersenyum kearah Renjun. Senyuman yang bahagia. Seperti sudah bebas dari sengsara dan derita.

"K-kenapa?" Renjun sudah tidak mampu untuk berdiri. Dia menunduk. Langit yang tadinya cerah kini turut berduka. Hujan perlahan lahan membasahi bumi.

Renjun menangis dengan sekuat hatinya. Dia mendongak untuk memandang Jaemin dan Jeno. Sayang sekali keduanya sudah hilang dari pandangan.

Dunia renjun kini seperti sudah kosong. Orang yang sudah bersama dengannya mahupun susah dan senang, pergi dari hidupnya. Benarlah apa yang orang kata. Orang yang membuat kita bahagia ialah orang yang sama membuat kita sedih dan berduka.

Renjun tersedar dari tidur. Dia menghela nafas. Pipi yang basah dia pegang. Dia tak sedar yang dia menangis.

broken home. -renjun ✓Where stories live. Discover now