"yela kan malam tadi sebelum tidur awak kata teringin nak makan mcdonald jadi saya tunaikan permintaan awak" dia teringat semalam Luth kata dah lama dia tak makan di sini jadi Aaira bawa suaminya

"ya allah saya cakap kosong je semalam tak sangka pula Aaira ambil serius" Luth tak tahu nak gelak ke apa sekarang.

Semalam masa dia cakap tak silap Luth, Aaira dah tidur ke dia pura pura tidur

"tapi kenapa kita tak makan dekat sini terus, kenapa Aaira masuk drive thru?" Aaira tersenyum penuh makna, dia ada rancangan tersendiri

"kita makan dekat tempat lain lah kalau makan dekat sini tak feel" jawab Aaira.

Tiba giliran mereka untuk membuat pesanan, dia memesan golden prosperity chicken burger set bersama ice blended chocolate dan chocolate brownie mcflurry.

Luth memesan smoky grilled beef set bersama air coke.

selepas membuat pembayaran dan mendapat pesanan, Aaira bergerak keluar dari perkarangan restoran mcdonald itu.

Mereta mereka menuju ke arah pantai berdekatan, sekarang baru Luth tahu Aaira nak makan di tepi pantai.

Aaira mencari parking kosong, selepas mendapat parking yang berhadapan dengan pantai, dia membuka tingkap kereta

"kita tak turun ke?" tanya Luth bila lihat Aaira masih lagi tidak keluar dari kereta

"kita makan dalam kereta je boleh tak? saya malas nak turun" Aaira tersenyum

"boleh, dah jom makan" Luth yang dari tadi memegang air yang mereka pesan menghulurkan pada Aaira.

Dia mengambil paper bag yang berisi burger mereka di seat belakang

"bismillah" betapa nikmatnya rasa bila dapat makan burger yang baru dikeluarkan oleh mcdonald

"kita dah tunaikan permintaan Aaira nak makan dekat pantai lepasni kita pergi tempat yang saya pilih" Luth membuka bicara ketika mereka sedang menikmati makanan sambil melihat orang beriadah di tepi pantai

"okay, Aaira ikut je" Aaira bersetuju tanpa banyak soal
















"KITA dah sampai" Luth menarik handbreak kereta

"tasik dayang bunting?" tanya Aaira walaupun dah terang terang mereka sekarang berada di sini

"yela, jom kita keluar" tapi belum sempat Luth membuka pintu kereta Aaira menarik tangan lelaki itu

"awak nak mandi dekat sini ke?" Luth memandang Aaira pelik

"yela takkan datang sini nak tengok je, mestilah nak mandi" jawab Luth

"tapi kita kan tak bawa baju" Luth tersenyum mendengar kata Aaira

"jangan risau, masa awak mandi tadi saya dah kemaskan baju kita, ada dekat dalam bonet" Aaira diam.

Luth melihat muka Aaira seperti menyembunyikan sesuatu

"Aaira kenapa? tak suka ke saya bawa datang sini" Aaira menggeleng

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu