Egonya tercabar dan jiwanya juga berasa semakin menjadi tidak keruan. Seperti drakula laparkan darah, itulah rasa dan keinginannya ketika ini apabila melihat Mona dan Aralyn dalam keadaan bersiaga di depan mata. Kedua-dua orang gadis tersebut terlalu 'istimewa' di matanya.

Walaupun mereka berdua itu telah menginjak-injakkan maruahnya sehingga ke tahap bawah perut bumi, namun tidak apa. Semestinya, kedua-dua mesti dibunuh dan darah mereka perlu disedut sebagai persembahan kepada Spade, saintis sekali gus doktor keparat yang menyelamatkan nyawanya tempoh hari.

"Kau tak kenal aku, perempuan." Black mengejek galak.

"Siapa je yang nak kenal kau?" Kali ini, Aralyn pula mengambil alih berbalas kata dengan Black.

"Sudahlah hitam, berkilat pula tu. Lagi sadis, gigi rongak. Kasihan," ejeknya lagi.

Kya!

Sebaik sahaja menuturkan provokasi itu, Aralyn tergementar sendiri. Gilalah idea Mona, stafnya itu belajar dari mana mengutuk orang? Jika tidak isyarat daripada gadis itu supaya menyerang Black dengan provokasi, berfikir dua tiga kali juga dia mahu mengungkapkan kata nista tersebut.

Mengutuk orang dapat dosa. Itu yang didengarnya daripada ceramah seorang ustazah di siaran kuliah agama pada setiap pagi. Jadi, bermula dari detik dia mengetahui hukum tersebut, dia cuba mengurangkan kutukan terhadap orang, kecuali kepada Qarizh Zahwan.

Lelaki itu istimewa, dia seorang sahaja boleh mengata kaw-kaw dekat profesor tersebut. Lagipun, Qarizh sendiri suka mengutuknya. Jadi, apa ada hal. Nanti dia sudah menjadi suaminya, mesti tak boleh kutuk kan? Kutuk suami dapat dosa. Eh, tiber...

'Ya Allah, Aralyn Awliya. Kau sedar tak apa kau melalut ni?' Tersedar daripada fikiran yang semakin menyimpang, Aralyn tersengih kepada Black.

Mak ai... muka lelaki hitam si sado macam lembu naga itu sudah seperti mentol lampu yang sekejap menyala sekejap tidak. Gelap cerah, tapi tetap tak cerah-cerah sebab Black kan memang hitam. Alamak, ampun! Sekali lagi, Aralyn termengutuk Black di dalam fikiran.

"Kau.... kau!" Terketar-ketar akibat menahan marah, Black menuding jari ke arah Mona dan Aralyn.

Hish. Jika tidak disebabkan kehadiran gadis klasik itu, sudah pasti teman wanita The King sudah jatuh ke tangannya. Dan, jika tidak disebabkan provokasi Aralyn, sudah pasti dia berjaya membunuh kedua-dua orang gadis tersebut.

Serius, dia berasa dirinya tidak berguna. Sejak dari dulu, dia alah pada provokasi. Sebagai anggota mafia yang diasuh sejak dari kecil untuk membunuh orang, dia tidak sukakan sesuatu yang boleh mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berkuasa.

Dengan marah yang semakin menggila, Black akhirnya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu menayangkannya kepada Aralyn dan Mona. Kali ini, dia sudah tidak mahu membuang masa melayan kerenah dua orang gadis tersebut. Dia mesti menghipnotis mereka berdua!

Ting... ting...

"Wah, cantiknya batu loket tu." Tanpa sedar, Aralyn bergerak setapak ke hadapan.

Kiri dan kanan, rantai loket bertatahkan permata itu berayun lembut dan arah hayunannya turut menyebabkan matanya mengikut arah hayunan tersebut. Sungguh, kilauannya yang tidak terlalu terang namun mempunyai tarikan tersendiri itu benar-benar seakan mempunyai tarikan magnet. Dia tidak mampu mengalihkan pandangannya!

"Cantik kan? Mari sini. Mari." Semakin galak, Black tersenyum kemenangan melihatkan langkah Aralyn yang semakin mendekat.

Reaksi gadis cindai tadi? Sama saja. Dengan perlahan-lahan, gadis retro itu juga melonggarkan siaganya. Lantas, bagaikan disihir, gadis tersebut melangkah mendekatinya yang masih galak menghayunkan batu loket ke kiri dan kanan.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now