Selesai sahaja Heojun membalut luka Yoongi, dia pun beredar dari ruangan bilik itu.

"Pedih tau...aku tau lah aku ni tak macam kau tu yang lasak..boleh tahan sakit", balasnya pula.

Taehyung hanya tertawa kecil sebelum mula bersuara lagi.

"Ohya..macam mana kau boleh ada di dalam bilik Raja? apa yang korang bualkan?", tanyanya ingin tahu.

"Ohh..yang tu..takde ape lah..Tuanku cuma nak tau macam mana prestasi Puteri dalam pembelajaran..itu je..tapi kebetulan pula serangan tu berlaku masa tu..nasib baik jugalah aku ada..selamatlah Raja kita", balasnya selamba sambil cuba menggoyangkan bahunya yang terasa sakit.

Keadaan menjadi sunyi untuk beberapa minit.

"Yoongi"

"Hmm?", Yoongi memandang Taehyung yang duduk di katil sebelah sambil menghadapnya.

"Kau masih lagi marah aku ke?"

"Tentang peristiwa haritu? aku tak marah..tapi aku kecewa,Taehyung..sangat kecewa", dia memandang wajah Taehyung dengan pandangan yang sayu.

"Maafkan aku...aku pun tak tau lah kenapa aku boleh jadi macam tu"

"kau pasti yang kau betul-betul tak tau?", kini pandangan Yoongi menjadi tajam.

"Okey okey baiklah..aku cepat sangat terpengaruh dengan Jungkook tu..tapi betul ni...aku nak minta maaf..aku janji tak buat lagi..aku janji nak jadi goodboy je", Taehyung terus berlutut di hadapan Yoongi meminta dimaafkan.

"Yelah yelah..aku pun mana boleh kecewa dengan kau lama-lama kan..kau kan kawan baik aku...dan..janji tu jangan sekadar cakap kat mulut je ye", balasnya memandang ke arah lain.

Taehyung tersenyum sambil mengangguk lalu berdiri semula untuk memeluk rakannya yang disayangi itueww..

"Hoi! jangan peluk kuat sangat..sakit bahu aku lah!"

~*~*~

Malam itu terasa dingin dan hujan turun dengan lebatnya.Bulan dan bintang pula tidak menghiasi langit yang suram.Ianya masa yang sesuai untuk tidur di bawah selimut yang tebal tetapi tidak bagi Seokjin.Dia terlalu risau dengan perkara yang akan berlaku pada masa yang mendatang.Mana mungkin dia boleh tidur dengan nyenyak apabila dirinya sedang diselubungi dengan bermacam perasaan.

Memikirkan tentang cara untuk menghukum Haebi sudah cukup membuatkan hatinya terseksa.Dia tidak ingin melakukannya.Ingin saja dia dipanah petir supaya dia boleh mengelak daripada hukuman itu.Tapi diikutkan hati, dia juga tidak sanggup untuk mati.

"Aku dengar mereka semua mengesyaki kau adalah pembelot...tapi aku percaya yang kau cuma mangsa keadaan", kata suatu suara dari belakangnya.

"Terima kasih sebab percaya aku,Namjoon", balasnya ringkas lalu mengelap air matanya segera.

"Nak cakap tentang hal ni?", Namjoon cuba untuk menjadi pendengar masalah untuk Seokjin agar kawannya itu tidak merasa keseorangan.

Seokjin hanya mengangguk lalu mula menceritakan tentang bagaimana dia telah menyelamatkan Haebi dan membawanya ke istana lalu mendapat kerja sebagai pembantu tabib.Namjoon pula hanya diam dan sesekali dia mengangguk.

"Aku memang benci dengan pihak musuh..lebih-lebih lagi orang Jepun...tapi selepas aku tau yang Haebi merupakan salah seorang daripada mereka, perasaan sayang tu langsung tak pudar..
S

etelah apa yang aku dah buat demi masa depan kami..aku tak jangka pun yang ianya akan berakhir dengan begitu menyakitkan seperti ni", Seokjin memukul dadanya sakit.Matanya mula berkaca semula.


"Aku betul-betul berharap yang suatu hari nanti aku akan hidup bahagia dengan Haebi..tapi ternyata semua harapan tu musnah..hancur berkecai dan sudah terlambat untuk diperbaiki lagi..yang lebih menyakitkan adalah harapan tu dimusnahkan oleh Haebi sendiri"

"Tapi kenapa? Kenapa aku langsung tak boleh mewujudkan perasaan benci padanya? macam mana aku nak jalankan hukuman tu nanti? Aku takut kalau aku tak sanggup melakukannya"

"Apa salah aku sampai aku kena lalui semua ni?! Kenapa semua orang yang aku sayang akan tinggalkan aku?!", Akhirnya dia menangis semahunya sehinggakan dia tidak lagi mampu bersuara.

Namjoon hanya menepuk perlahan bahu Seokjin untuk menenangkannya.

"Takpe..menangislah..keluarkan semuanya...air mata dicipta untuk membasuh luka di hati..jadi jangan ditahan lagi"

"Tapi..kau masih sayangkan Haebi kan? Kau tak nak jumpa dengan dia?", Soal Namjoon berhati-hati.Takut pertanyaannya menyinggung perasaan Seokjin.

"Untuk apa?", Nadanya kedengaran kecewa.

"Aku sangat pasti yang dia ingin jelaskan sesuatu kepada kau..perbuatannya tu tentu sekali ada sebabnya yang kita sendiri tak akan faham melainkan kita berada dalam situasinya", jelas Namjoon begitu yakin dengan firasatnya.

∆∆∆∆

Edited

[C]The Masked PrinceWhere stories live. Discover now