༒︎ 3

730 136 54
                                    

— · Selasa; 19 Januari


Sudah seminggu berlalu dan stok makananku di rumah semakin lama semakin menipis. Setiap minggu juga akan ada pemilik rumah ini memintaku membayar segera wang sewa rumah. Aku hanya mampu tergelak memikirkannya. Manusia sekarang hanya tahu memikirkan soal wang sehingga mengabaikan keluarga mereka. Macam aku.

3 tahun lalu, aku pernah terlibat dalam satu pergaduhan yang besar. Pergaduhan itu bukan aku yang mulakan, tapi orang lain. Dia hina keluarga aku, kata keluarga aku beban negara. Sampah. Dia hina eomma appa aku sebab eomma appa aku bekerja sebagai tukang bersih-bersih disekolahku. Kau tau apa yang dia cakap? Dia kata eomma appa aku busuk. Miskin. Mana aku tak naik angin. Disebabkan nak elak pergaduhan, aku tidak hiraukan dia.

Dia bengang sebab aku tak bagi reaksi dan dia belasah aku. Secara tidak sengaja, aku tertumbuk dia dan mengakibatkan hidungnya berdarah. Aku terkejut melihatkan hal itu. Dan pada masa itu, semua cikgu datang meleraikan kami. Kami semua dipanggil ke bilik disiplin untuk menerangkan apa yang berlaku.

"Cikgu! Dia hina mak ayah saya. Dia kata mak ayah saya sampah. Miskin." Kata dia lalu menangis. Mata aku terbeliak kerana dia menipu. Dia kata benda yang salah, padahal dia kata pada aku. Disebabkan hal itu, aku digantung dari sekolah kerana memulakan pergaduhan, berlaku kasar dan menghina. Aku pulang ke rumah dengan kesal. Sampai sahaja di rumah, keluarga aku mengemas barang. Seperti ingin pindah.

"Eung kita nak pergi mana ni ? Kenapa tak bagitau kyu ?"

"KAU DIAM ! APA SALAH KAMI AJAR KAU SELAMA NI ? TAPI INI YANG KAMI DAPAT ? KAU BERGADUH ?! HINA ORANG?! AKU TAK PERNAH AJAR KAU MACAM TU !" kata appa.

Satu tamparan hinggap di pipiku. Selama aku hidup, ini kali pertama mereka kasar padaku. Aku memegang pipiku yang kebas. Mataku mula mengalirkan cecair yang hangat lalu memandang mereka.

"Eomma appa please dengarkan dulu apa yang kyu nak cakap ! Kyu tak mulakan dulu ! Sumpah ! Dia yang mulakan !"

"Sudahla kyu. Kami tak percaya. Semua dah terang berada di depan mata." kata eomma pula.

"Tapi..kyu tak tipu...."

"Bermula hari ni, kau bukan anak aku ! Kau hiduplah sendiri ! Kami nak mulakan hidup baru. Tanpa kau."

Aku bagaikan ditikam. Mulutku terkunci, tidak mampu lagi menekankan perkara yang sebenar. Keluargaku pula membuang aku.

"Nak pergi? Pergilah ! Nak buang kyu ?! BUANGLAH !! Tapi siapa yang lahirkan kyu ? Kyu menyesal !" Kataku lalu berlari masuk ke dalam bilik. Disebabkan penat menangis, aku terlelap.

Tak lama lepas tu, aku terjaga akibat bunyi deringan telefon yang kuat. Aku mengangkat panggilan tersebut. Apabila mendengar berita yang keluargaku kehilangan nyawa akibat kemalangan, terasa seperti dunia ni hancur. Keluargaku dah pergi buat selama-lamanya. Baru tadi aku melihat mereka. Mungkin itu kali terakhir aku mendengar suara mereka. Buat selama-lamanya.














depression ; kim junkyuWhere stories live. Discover now