Bab 3

416 43 18
                                    

"Hyung! Anak siapa tu???"

Seonghwa dan Hongjoong menjadi kaku apabila Jongho muncul. Yang termuda itu pula terkejut melihat bayi yang didukung oleh Seonghwa. Sekali dengan beg pakaiannya terlepas dari tangan. Mulut Jongho juga ternganga.

"Ho....kami boleh jelaskan" ujar Seonghwa. Alamak. Awalnya terkantoi.

Jongho mendekati mereka bertiga. Dia memandang sekilas Hyun Soo serta Seonghwa dan Hongjoong.

"Seonghwa hyung..."

Seonghwa dan Hongjoong menelan air liur. Apa nak cakap ni??

"Seonghwa hyung mengandung ke??? Sekejap! Hyung kan lelaki? Eh? Boleh jadi juga kan?? Kalau macam tu mesti penyebabnya Hongjoong hyung" selepas berkata sebegitu Jongho tergelak besar. Ruang asrama mereka dipenuh dengan ketawa pemuda itu.

"Aduh!!"

Tidak disangka Jongho mendapat satu ketukan dari Seonghwa di atas kepalanya. Geram pula rasanya. Hongjoong pula menenangkan kawan baiknya itu.

A/N : Matz 미안해ㅐㅐㅐㅐㅐ

"Nak bergurau macam tu lagi buatlah" ujar Seonghwa dengan nada geram. Hyun Soo hanya diam memerhatikan situasi yang sedikit tegang dek gurauan dari Jongho. Hongjoong terkekeh melihat yang tertua dengan termuda itu.

"Tapi takkan jadi betullah,hyung. Jangan marah sangat" ujar Jongho sambil menggosokkan kepalanya.

"Jadi,siapa budak ni? Anak saudara hyung? Atau anak saudara Hongjoong hyung?"

"Bukanlah. Budak ni kami jumpa di tepi jalan"

"Oh" Jongho memandang Hyun Soo dengan matanya membulat sedikit. Itu membuatkan Hyun Soo tersenyum. Walaupun sebenarnya di pandangan mata bayi yang baru lahir masih kabur sedikit.

Jongho tergelak. "Dia suka lah hyung" Jongho membulatkan matanya sekali dan buat kali kedua Hyun Soo tersenyum. Seonghwa dan Hongjoong ketawa melihat Jongho dan Hyun Soo.

A baby plays with a baby

"Jadi,PDnim tahu tak pasal ni? Bila hyung berdua terjumpa bayi ni?"

"Belum. Hyung tak tahu nak jelaskan macam mana. Jadi buat masa ni kita rahsiakan dulu dari dia termasuklah semua orang dan Atiny" ujar Hongjoong. Jelas nampak kerisauan di wajahnya. Jongho menepuk bahu hyung itu dan mengangguk faham. Hongjoong tersenyum.

"Kami baru balik dari studio ni. Jumpa dia masa dalam perjalanan tadi"

"Haah,Hwa. Tak sampai hati nak tinggalkan dia"

"Tak apalah hyung. Kita sama-sama jaga budak ni. Tapi mana eomma dan appa dia?"

Seonghwa dan Hongjoong berpandangan sesama sendiri dan kemudian mengeluh. Sememangnya mereka berdua kasihankan Hyun Soo.

"Mereka....keluar dari radar?" Kata Jongho. Hongjoong mengangguk.

"Oh ok faham. Tak apa,hyung. Bertenang. Sekurang-kurangnya,ada dia ni....

Jongho mengambil Hyun Soo daripada Seonghwa. Dia mendukung bayi itu.

....asrama kita meriah sikit" Jongho tersenyum. Dia mengusap lembut pipi bayi itu.

"Hahahaha yelah,Hoho" kata Seonghwa

"Kiranya ni adik Hoho lah?? Adik baruuuu"

Ekspresi Seonghwa berubah. Jongho terus melarikan diri dengan Hyun Soo agar tidak diketuk lagi oleh Seonghwa.

"Sabar Hwa sabar" Hongjoong memeluk Seonghwa dari belakang agar tidak mengejar Jongho. Dia tergelak juga.

"Choi Jongho!" Seonghwa pula sudah membuat penumbuk untuk termuda itu.

_____

Pada sebelah petang,semua ahli Ateez telah berada di asrama. Masing-masing terkejut dengan kehadiran Hyun Soo. Mereka berlapan memerhatikan Hyun Soo yang sedang tidur di atas sofa.

"Apa nama dia,hyung?" Tanya Mingi

"Hyun Soo" jawab Seonghwa

"Comelnya dia ni. Sampai hati betul eomma dan appa dia buang dia" kata Wooyoung yang duduk di atas lantai dengan tangan kirinya yang berada di atas sofa,menongkat dagu. Sebelah tangan lagi menggosok pipi Hyun Soo.

Hyun Soo bergerak sedikit.

"Woo! Tengok? Dia dah bangun" ujar San dengan nada yang serius. Tak lah serius mana. Nak usik Wooyoung saja. Wooyoung berdecit.

"Diam lah. Perlahan saja. Bukan kuat pun"

"Korang berdua ni. Nak gaduh saja. Dalam group chat dah gaduh. Di sini pun sama??" Kata Yunho sambil bercekak pinggang. San dan Wooyoung tersengih.

"Gaduh manja saja~" ujar mereka berdua.

"Korang. Memandangkan Hyun Soo ada di sini. Apa kata kita main family role. Macam mana?" Cadang Yeosang. Ateez berpandangan sesama sendiri.

"Maksud kau ada di antara kita berperanan sebagai ibu,ayah,kakak,abang,adik semua tu?" Teka Mingi.

"Tepat sekali. Jadi korang nak turut serta??"

"Hurmmmm. Bagus juga idea kau tu,Yeo. Aku nak" Wooyoung mengangkat tangannya.

"Aku pun nak" kata San

"Oih. Kau ikut aku" usik Wooyoung

"Hei. Yeosang ajak semualah. Bukan kau sorang saja" San menjeling kawannya itu. Wooyoung tersengih.

"Gurau-gurau"

"Kalau macam tu kita semua main" kata Seonghwa dan semua ahli Ateez mengangguk.

"Siapa nak jadi eomma dan appa?" Tanya Jongho. Semua ahli Ateez menunjuk ke arah Seonghwa dan Hongjoong.

"Eh?? Kenapa kami?" Tanya Hongjoong.

"Hyung,Atiny selalu anggap korang macam eomma dengan appa Ateez. Jadi koranglah pilihan terbaik" kata Wooyoung dan semua ahli mengangguk setuju serentak.

"Kalau macam tu. Siapa eomma? Siapa appa?" Tanya Seonghwa.

"Boleh kau tanya lagi. Kau lah eomma. Aku appa" - Hongjoong

"Kaulah jadi eomma. Sesuai" - Seonghwa

"Eh kenapa pula??" - Hongjoong

"Sebab kau ada tubuh macam mak-mak" Seonghwa tersenyum. Semua ahli Ateez dah tergelak. Hongjoong pula membuat mata marahnya kepada yang lain.

"Hehe,maaf hyung~" - Ateez kecuali Seongjoong

"Okeylah aku gurau saja. Aku jadi eomma. Joong jadi appa"

"Yeah! Okey aku faham. Hei,tubuh mak-mak pun aku kacak ya. Atiny suka" kata Hongjoong. Dia menolak rambutnya ke belakang dengan penuh menggoda.

"Apa-apa jelah,hyung/Joong" - Ateez kecuali Hongjoong

"Boleh saya diberi peluang untuk tentukan kedudukan sulung sampai bongsu?" Pinta Jongho dengan penuh gentleman.

"Silakan,Choi Jongho ssi" kata Yeosang.

"Sulung,Yunho hyung. Anak kedua,Yeosangie hyung. Anak ketiga,Sannie hyung. Anak keempat,Mingi hyung. Anak kelima,Wooyoungie hyung,anak keenam,Hoho dan yang bongsu,Hyun Soo~"

Soo itu ditarik panjang. Atau lebih tepat Jongho dah buat not tinggi 😂 아이구 우리 맠내

Oleh disebabkan itu,Hyun Soo mula menangis. Jongho tersedar dan dia menutup mulutnya. Ateez mula menggelabah.

"Apa ni Ho??? Tengok!" Marah Wooyoung. Dia mendukung Hyun Soo dan mendodoikannya. Namun,bayi itu masih menangis.

"Alala sayang ni" pujuk Wooyoung.

"Maafkan hyung,Hyun Soo ㅠㅠ" - Jongho

"Sini biar hyung dodoikan" Seonghwa mengambil Hyun Soo dari Wooyoung. Tidak lama itu bayi itu berhenti menangis. Ateez menjadi kagum.

"Hyung memang macam seorang ibulah" kata San

"Memang sesuai hyung jadi eomma hahahaha" gelak Mingi

"Korang ni -,-" - Seonghwa

_______

TBC

Oh,baby! [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum