SᗩTᙀ

2.6K 160 98
                                        

Jungkook turun dari bas dengan longlai. Perjalanan dari kampungnya mengambil masa hampir sejam setengah. Jungkook melihat jam tangannya.

Sudah melepasi jam tujuh petang. Stesen bas sudah lenggang kerana kebanyakan bas sudah melepasi waktu operasi.

Jungkook lega apabila ternampak bas bernombor 13 yang terletak tidak jauh dari situ.

Bas itu melalui sekolah BigHit. Dan ia bas yang terakhir sebelum berakhirnya operasi stesen bas hari ini.

Jungkook menaiki bas itu. Tak ramai penumpangnya, dua tiga orang sahaja.

Sepuluh minit menunggu, pemandu bas mengambil tempatnya.

Lega hati Jungkook mendengar enjin bas dihidupkan. Hari mendung, Jungkook menjangka hujan akan turun. Dia berharap dia akan tiba di asrama sebelum hujan turun.

" Tiket-tiket!" konduktor bas bersuara sebelum menghampiri penumpang seorang demi seorang.

Jungkook menghulurkan duit tambang sebaik konduktor itu tiba disisinya. Tiket diserahkan padanya.

" Terima kasih. " ucap Jungkook.

Konduktor tu tak membalas. Sebaliknya berlalu pergi dan duduk di kerusi berhampiran dengan pemandu sebelum berborak-borak dengan pemandu tersebut.

" Bapak kerek sial si botak ni. Aku tepuk kepala dia berdengung satu badan baru tau. " getus Jungkook geram.

Jungkook melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Hatinya bercampur baur antara sebak dan marah. Kegembiraan dapat pelepasan balik ke kampung hari ni bertukar sebaik saja dia tiba di rumah datuknya.

Entah apa yang tak kena dengan orang tua tu. Jungkook disambut dengan maki hamun.

Memang selama ni pun Jungkook bukanlah cucu kesayangan datuknya. Malah Jungkook selalu menjadi tempat melepaskan marah oleh datuknya.

Semuanya sebab ayahnya menceraikan ibunya. Benci datuk kepada ayahnya beralih ke Jungkook.

Tetapi Jungkook sentiasa bersabar. Itu permintaan terakhir ibunya. Permintaan terakhir sebelum ibunya meninggal dunia akibat kanser setahun yang lalu.

Oleh sebab ayahnya telah berkawin lain dan kurang mengambil peduli tentang Jungkook , maka dia terpaksa tinggal dengan datuknya walaupun orang tua tu benci betul padanya.

Hari ni menjadi bukti betapa bencinya datuk kepada dirinya.

Terbayang-bayang Jungkook waktu dia beri salam sebaik tiba di rumah datuknya petang tadi,datuknya menyambut di muka pintu dengan muka ketat.

" Pehal kau balik? " tanya datuknya. Jungkook tak menjawab.

Sedar angin tak elok orang tua itu tengah naik.

" Pergilah dengan bapak kau sana! Buat apa menyemak kat sini!" kata datuknya lagi sebelum dia membebel dan mengungkit hal berkaitan ayah Jungkook.

Dan akhirnya, datuk Jungkook menghalaunya keluar. Dengan berat hati Jungkook akur untuk beredar.

Dia tak tahu ke mana harus dia pergi. Hanya terfikir untuk kembali ke asrama.

Dia tahu menyalahi peraturan sekolah kalau dia pulang ke asrama.

Tetapi dia tak ada pilihan lain. Dia tak ada tempat lain untuk dituju. Dia tak ada saudara-mara lain yang dia boleh tumpang untuk seketika.

Hanya asrama jadi tempat dia berteduh hingga semua pelajar pulang pada hari ahad.

Petir berdentum di langit menyedarkan dia dari lamunannya.

" Hmm... Basahlah aku turun bas nanti .. " keluh hati Jungkook bila melihat titisan hujan mula membasahi cermin bas.

Setengah jam perjalanan , Jungkook memicit loceng apabila melihat bangunan sekolah Bighit.

Jungkook berlari ke pondok bas sebaik saja turun dari bas tadi.

Hujan turun dengan lebat diikuti petir sabung-menyabung.

Sekolah Bighit kira-kira 50 meter saja, tetapi Jungkook tak boleh masuk melalui pintu masuk pagar depan.

Ia berkunci dan Jungkook tak boleh panjat pintu pagar itu . Dia takut ditangkap Bang jat , pengawal keselamatan sekolah.

Tetapi Jungkook tahu jalan belakang masuk asrama itu. Laluan tikus yang selalu digunakan senior untuk curi-curi keluar dari asrama.

Hari sudah malam. Hujan semakin reda. Jungkook melihat jam tangan. 10minit lagi hampir pukul 9.

Jungkook meninggalkan pondok menunggu bas dan menuju ke sekolah Bighit.

Dia mengikut jalan tanah merah di sebelah kawasan sekolah.

Dari jauh dia nampak sebuah kereta berwarna putih terparkir di garaj. Jungkook mengeluh kerana kereta itu milik cikgu Oli, warden asrama.

Bermakna cikgu Oli ada di asrama waktu ni. Nampaknya dia kena lebih hati-hati.

Jungkook memanjat pintu pagar kecil yang merupakan pintu keluar ke kawasan sekolah melalui jalan belakang.

Biasanya pintu pagar itu dikunci. Cuma jika berlaku kecemasan saja akan dibuka oleh BangJat.

Jungkook memasuki satu lorong kecil sebelum dia menelusuri longkang besar yang mengelilingi bangunan asrama.

Jungkook bersyukur kerana membawa lampu suluh , memudahkan dia merentas perjalanan di malam hari yang gelap.

Sebaik tiba di belakang bangunan asrama, dia meniti paip besar merentas longkang itu untuk menyeberang ke asrama.

Jungkook kemudian menyusuri tepian pagar asrama. Dia berhenti sekejap.

Sebiji batu sebesar pelukan di tepi pagar ditolak ketepi, menyerlahkan kaki pagar yang terngangga.

Jungkook menyusup masuk melalui lubang pagar itu.

Hidungnya tercium bau hamis. Dia meneka bau itu datang daripada longkang, tetapi baunya berlainan.

Baunya lebih kuat dan memualkan. Tapi dia tak menghiraukannya dan meneruskan perjalanan ke bangunan asrama.

Langkahnya mati seketika apabila ternampak sebuah lubang di atas tanah. Lubang nampaknya seperti baru dikorek. Saiznya juga agak besar. Cukup untuk muatkan seorang dewasa masuk kedalamnya.

Rasa ingin tahu membuatkan Jungkook menghampiri lubang itu. Dia menutup hidupnya.

Bau hamis yang dihidunya rupanya datang dari lubang itu. Dia menyuluh ke permukaan lubang itu. Gelap dan dalam!

" Lubang apa ni? " Jungkook bertanya sendirian.

Lubang yang digali haiwan? Namun haiwan apa yang besar saiznya menggali lubang sebesar ini?

Jungkook meninggalkan lubang itu dengan penuh tanda tanya dan menuju ke bangunan asrama blok B.

Dia bergerak sesenyap yang mungkin. Dia tahu BangJat berkawal di kawasan sekolah, namun sekali sekala dia akan meronda di kawasan asrama. Risau juga dia kalau tertangkap.

Jungkook memanjat anak tangga menuju ke dorm tingkat 2.

Suasana persekitaran asrama sunyi kerana penghuninya sudah pulang ke kampung masing-masing.

Jungkook tiba di depan pintu dormnya. Dia mengeluh apabila mendapati pintu berkunci.

Dia menuju pula ke belebas tingkap di bahagian belakang asrama. Terdapat cermin yang pecah yang membolehkan dia masuk ke dalam dorm itu.

Sebaik saja berjaya masuk ke dalam, Jungkook menuju ke loker peribadinya.

Pakaiannya yang basah lenjun kerana hujan tadi ditanggalkan. Dia menyalin baju dalam gelap tanpa membuka lampu, risau kalau BangJat menyedari kehadirannya.

Selesai menyalin pakaian, Jungkook terus baring di atas katilnya. Dia letih, penat . Dia mahu merehatkan tubuh dan minda.

[C] ASRAMA • BTS •Histórias para pegar e não largar. Descubra agora