"Mummy suka yang ini ya? Rania cuba dulu ya?" Terus Arisa Rania bersuara membuatkan wajah sedih Datin Roselle bertukar gembira.

"Dik, ambil baju yang ini ya" semangat Datin Roselle menunjukkan baju yang menarik minatnya tadi kepada pekerja butik itu.

'Like mother, like son' Arisa Rania menggeleng perlahan apabila melihat telatah ibu mertuanya.

"Rania cuba dulu ya? Mummy tunggu dekat sana" Datin Roselle menunjuk kearah sebuah sofa yang di sediakan di dalam butik itu.

"Iya mummy duduklah dulu" Rania memberikan senyuman manis kepada ibu mertuanya sebelum mengikut langkah pekerja butik itu untuk mencuba baju.

"Ini kad untuk bayar dress tadi" Datin Roselle menghulurkan kad kredit miliknya kepada salah seorang pekerja di situ. Dia yakin baju itu sesuai dengan Arisa Rania.

Seketika kelihatan Rania keluar dari bilik persalinan sebelum dia berbual seketika dengan pekerja di situ. Sesekali wanita itu mengangguk perlahan dan mengikuti langkah pekerja itu untuk membuat pembayaran.

"Hi aunty" sapa seorang gadis muda yang datang entah dari mana. Datin Roselle mengangkat sebelah keningnya apabila melihat wajah cantik itu. Helen Irdina. Gadis muda itu tidak keseorangan, kelihatan ada seorang lelaki yang menemaninya.

Wanita separuh usia itu hanya diam dan memerhati penampilan gadis di hadapannya, dengan skirt yang sendat dan hanya separas paha dan baju yang tidak mempunyai lengan.

'MasyaAllah budak ni dah tak ada duit sangat ke nak beli pakaian yang sopan sikit' bisik Datin Rosella didalam hati.

"Aunty datang dengan Adrean ke?" Mata di larikan ke sekeliling butik untuk mencari jejaka idamannya itu.

"As a girl, don't you think that your skirt is too short? Kalau dah tak ada duit sangat saya boleh bagi" lancang Datin Roselle berkata membuatkan Helen terkedu.

"Watch your dirty mouth! Kau ingat kau siapa nak cakap macam itu kepada Helen" marah lelaki yang menemani Helen tadi.

Rania yang baru sahaja selesai membuat pembayaran terus melangkah kearah ibu mertuanya. Dari kejauhan dia melihat seperti Datin Roselle sedang bertengkar dengan satu pasangan.

Dari kejauhan dia cuba mengingati wajah-wajah yang kelihatan sangat familiar baginya sebelum mata Rania mula membulat apabila mengingati siapa pasangan itu.

Gadis itu adalah Helen Irdina adik kepada Hariz Iskandar manakala lelaki itu adalah Rayyan Evan.

'Diana, bekas kekasih kau ini buat hal lagi' gumam Rania, langkahnya semakin di lajukan kearah mereka.

"Rayyan, stop it, aunty maafkan sepupu saya" tegur Helen dengan suara yang  sengaja dilembutkan. Sedaya upaya dia cuba mengawal riak wajahnya dihadapan wanita itu.

"Sepupu?" Datin Roselle memandang lelaki itu atas bawah.

'Anak aku lagi handsome' bisik Datin Roselle di dalam hati. Sempat di puji anak tunggalnya itu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Rayyan mula berasa tidak puas hati melihat pandangan mengejek dari wanita yang sedang duduk dihadapannya.

"Rayyan" tegur Helen sekali lagi. Sepupunya ini memang agak panas baran.

"Sorry again aunty, Rayyan memang macam ni tapi niat dia cuma untuk pertahankan saya" Helen menunduk sedikit tanda meminta maaf.

"Pertahankan? Awak sedang di buli ke sekarang ni?" Bidas Datin Sri Roselle dengan wajah kosong.

"No no, bukan itu yang saya maksudkan" kata Helen dengan wajah yang semakin ditundukkan. Tangan mula mengenggam beg tangannya kuat, cuba untuk bersabar dengan wanita di hadapannya sekarang.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now