Setelah itu, Youra jadi terdiam seribu bahasa. Dia gembira tapi dalam masa yang sama, dia takut. Nak marah Yoongi, lelaki tu pula tak ada kat sini. Tak best pula kalau nak memarahi lelaki itu melalui panggilan telefon. Kalau tak pergi sana, rasa biadap pula. Pasti keluarga Yoongi dah maklum akan kedatangannya. Sia-sia je kena senarai hitam nanti dari kena jadikan menantu. Eh?

"Noona pergi jelah. Mengorat anak teruna orang, berani. Takkanlah nak jumpa parents dia pun takut? Berani buat, beranilah tanggung", sampuk Kevin pula dengan selamba dan dia terus menerima panahan mata yang sungguh tajam dari Youra tapi sedikitpun dia tak heran.

"Dia cakap macam orang buat salah pula. Kau mana tahu. Kau budak lagi", marah Youra kepada adiknya itu. Kevin hanya menjongketkan bahunya lalu berdiri dan meninggalkan meja tersebut untuk melihat koleksi kerja keras kakaknya itu.

"Laura janganlah risau. Yoongi kan ada. Pergilah. Mama pun dah suruh Ryu ahjumma untuk pack pakaian Laura. So, Laura boleh relax malam ni. Tenangkan fikiran sebelum bertolak esok. Ok?", pujuk Puan Moon dengan lembut.

Keluhan ringan terlepas dari mulut Youra sebelum dia tersenyum dan mengangguk setuju kepada Puan Moon. Tiket di tangan, kembali dipandangnya. Sekali lagi dia tersenyum. Nampaknya Yoongi dah berjaya berbaik semula dengan keluarganya dan esok, dia bakal bertemu empat mata dengan Yoongi. Sungguh dia rindu sangat dengan lelaki itu sepanjang beberapa minggu ini.

💋💋💋💋💋

Akhirnya! Kini Youra menjejakkan juga kakinya di Lapangan Antarabangsa Daegu. Sambil menyorong beg pakaiannya, dia melangkah mencari kelibat Yoongi di dalam lapangan terbang tersebut. Ke kiri ke kanan matanya melihat sebelum akhirnya terhenti pada sebatang tubuh milik lelaki yang sangat dirinduinya itu. Senyuman terukir di bibirnya. Kelihatan Yoongi juga turut sedang mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan dia yang dicari.

Dengan langkah riang dan senyap, Youra menghampiri Yoongi melalui arah belakang. Sengaja ingin memberi kejutan kepada lelaki itu. Semakin dia hampir, semakin dia cuba memperlahankan langkahnya dan dia berjalan dengan penuh berhati-hati supaya tidak disedari oleh Yoongi. Beg pakaiannya juga turut disorong perlahan-lahan.

Tiba di belakang Yoongi, dia berhenti. Sedaya upaya dia cuma menahan tawanya dari meletus. Rasa kelakar bila lelaki itu masih lagi tidak menyedari keberadaannya di situ padahal dia bukanlah jauh sangat. Kepalanya digelengkan pula melihat sikap malas Yoongi itu. Lelaki itu sepatutnya berjalan ke sana sini untuk mencarinya tapi sebaliknya Yoongi hanya berdiri di satu tempat dan melihat sekeliling. Macamlah dia boleh scan satu lapangan ni.

Tak mahu berlama lagi, Youra mendekati Yoongi lagi dan langsung memeluk erat tubuh lelaki itu dari belakang. Yoongi kelihatan tersentak dan terkejut bila menerima pelukan mengejut itu. Dia cuba menoleh tapi yang dia dapat lihat hanya rambut si empunya yang sedang memeluknya saat ini.

"Youra?", soalnya inginkan kepastian dan bila Youra meleraikan pelukan, cepat-cepat dia memusingkan tubuhnya menghadap wanita itu. Youra tersenyum lebar sambil mendepangkan kedua tangannya.

"Miss me?", soal Youra.

Yoongi akhirnya tersenyum dan memeluk tubuh Youra dengan erat. Youra membalas pelukan lelaki itu sambil kepalanya disandarkan pada dada lelaki itu. Matanya dipejam sambil telinga mendengar degupan jantung Yoongi. Terlepas rindunya pada Yoongi bila berada di dalam pelukan hangat lelaki itu. Yoongi juga sama. Hanya tuhan sahaja tahu betapa dia merindui wanita itu.

"Awak ni memang pemalas kan?", serang Youra setelah pelukan terlerai. Wajah Yoongi dipandang dengan mata yang dipincingkan. Yoongi buat wajah keliru.

"Pemalas? Why?", soalnya tidak mengerti.

"Awak sepatutnya cari saya. Jalan merata tempat. Bukan stay still kat sini dan mata je yang bergerak mencari.", Youra menjawab lalu mencebik. Yoongi tersengih.

HIS SEÑORITA [Completed✔]Where stories live. Discover now