Chapter 7

81 36 20
                                    

Somi pov

"Woi ! Hyuna buka pintu ni aku dah balik.."

"Haah sabar sekejap-sekejap aku datang ni.." kata Hyuna.

Selepas beberapa minit kemudian...

"Haa dah buka masuklah haih tak tahu sabar la kau ni..kang reban pintu ni haa masalah pula."

"Tak masalahnya sekarang ni yang kau lambat sangat dah kenapa?"

"Aku mandi itu yang aku lambat tu."

"Halah-halah ya latu entah-entah kau tengah berjoget dalam bilik air tu tu sambil dengar lagu BTS kau ingat aku tak tahu HAHAHAHAH!"

"Ishh kau ni jahatkan..Habis tu kau pula dalam bilik melalak entah apa-apa dalam bilik boleh pula. Dah la tak sedap, suara macam katak puru.."

"Kau mengata aku ehh.."

"Ya padan muka kau!"

"Kau nak kena ehh?.. Umm tak apa la aku tak nak marah kau sebab mood aku baik harini."

"Macam tu pula." kata Hyuna sambil memberi jelingan tajam kepada Somi kerana marah.

"Kenapa kau nak ka? Kalau kau nak aku boleh bagi.."

"Umm tak apa la.." kata Hyuna yang telah mula rasa takut tetapi menjawab dengan bersahaja.

"Haa tahu takut.. Umm sekejap aku hampir lupa nak bagi tahu kau.."

"Haa apa dia pula kau ni.." sambil mengembangkan pipinya.

"Tadi waktu aku kerja, Jimin datang makan dekat tempat kerja aku. Uwuuu seronok aku hehehe.. dan yang lagi seronoknya dia ada bagi nombor telefon dia dekat aku."

"Huwaa tahniah!.... Sekejap bukan ka kau kata kau tak suka dekat Jimin tu, sekarang ni kau seronok macam monyet ni dah kenapa?.. Haa aku dah tahu ni mesti kau angau dengan diakan.."

"Ehh mana ada.." kata aku sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Alas ya la tu. Tengok raut wajah kacak pun aku dah tahu. Kau tak payah lah nak tipu aku . Aku kenal kau dah cukup lama dah wahai Jeon Somi, baik mengaku cepat."

Aku telah menukar topik dengan sengaja agar aku dapat lari daripada soalan yang ditanya oleh Hyuna yang sedang menyiasat aku.

"Ehh jom la aku nak naik atas dulu nak mandi, dah belengas ni."

Lalu aku segera menaiki anak tangga dan terus menuju ke dalam biliku.

Maka Hyuna pula bersuara dengan berkata "Alaa malu la tu... HAHAHAHAH!"

_______________

Setelah aku selesai membersihkan diriku, aku terus melabuhkan punggung di atas katil yang empuk itu sambil membuka notifikasi yang masuk di dalam telefonku.

"Notifikasi apa yang banyak sangat ni sampai sakit telinga aku dengar BLA! BLA! BLA! dari tadi.."

Setelah beberapa minit melihat notifikasi yang masuk..

"Laa group sekolah rupanya patutlah banyak sangat..." sambil berkata dengan mengeluh.

Tiba-tiba aku mula mengingati sesuatu apa yang dibagi oleh Jimin kepadaku.

"Haa baru aku ingat! Tadi Jimin suruh aku save nombor telefon dia la. Nasib aku ingat tidak sampai ke sudah aku tak save nombor telefon dia."

Fake Nerd Guy ;pjm Where stories live. Discover now