G 21

3.6K 330 48
                                    

"Berlalu lah sudah ramadhan, sebulan berpuasa~ tiba syawal kita rayakan, dengan rasa gembira~ a-"

"Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa, ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga~"

Nyanyianku yang merdu dipintas oleh suara sengau Aliya. Aku memandangnya dengan pandangan maut. Ee dia ni, perosak lagu betul. Steess lah kalau aku nyanyi ada orang mengganggu ni. Aliya tergelak besar. Buku diatas meja di susun ke dalam beg. Actually aku excited gila nak raya. Seminggu je lagi! Nice bruh!

"Amboi, tak sabar nau nak raya!"

Iman menegur sambil tertawa. Aku tersengih.

"Mestilah! Hahahaha."

Aku berkata dengan penuh semangat.

"Mak aku mesti dah buat kuih berbalang-balang dekat rumah. Omg excitednya!"

Kata Anis gembira. Serta merta riak wajahku berubah suram. Sambut raya without my mom. Hm. For the first time absolutely. Seriously i don't think this raya will be as fun as before. Aku ingat lagi tahun lepas, mama buat kuih samperit pastu aku sabotage pergi letak belacan dalam adunan kuih tu sebab mama tak nak belikan aku iphone.

"Kenapa ni Cah?"

Aliya yang perasan akan riak wajahku bertanya.

"I miss my mom i guess..."

Aku tersenyum hambar. Belakang badanku Aliya usap perlahan.

"Just doakan dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman okay?"

Aku mengangguk mendengar kata-kata Aliya. Air mata tak dapat aku bendung lagi. Damn. I miss my mom. Kepala aku sembamkan di atas meja.

"Sayang!"

Suara Yusof menerpa ke dalam gegendang telingaku. Aku mengangkat muka. Wajahnya aku pandang kosong. Sayang, sayang. Kepala hotak kau. Ah ya, hubungan aku dengan Yusof dah baik. As soon as aku terima jadik girlfriend dia. And aku akui yang aku dah mula sukakan dia. I mean aku memang dah sukakan dia.

At first aku suruh rahsiakan hubungan ni dan plan tersebut tak berjalan dengan baik. Mana taknya, si Yusof ni sendiri pergi buat pengumuman yang aku dengan dia ada hubungan. And the worst thing ever is, dia dah jadik sweet talker namatey yang buat aku rasa macam nak kena kencing manis. Boleh diabetes aku duh. Aku layankan je lah perangai dia yang gedik macam tahi, tahi, tahi dan tahi ni.

By the way, Tasha gedik and the gang aku tengok dah semakin senyap. Mental breakdown ler tu. Kiciwa mungkin sebab cinta tak berbalas. Hahah. It's good then. Aku pun malas nak kecoh. Aiseh, lama pulak aku bermonolog.

"Sayang! Kenapa ni? Asal nangis?"

Yusof mengeluarkan sapu tangan dari poket bajunya lalu mengelap air mataku. And the thing is, semua tengah pandang aku sekarang ni. Gosh, I can feel my face burning right now. Aku merampas sapu tangan darinya dan mengelap air mataku sendiri. Ish dia ni, orang baru nak feeling sedih-sedih. Kacau ah. Dia mengambil kerusi kosong di bahagian belakang kelas lalu duduk di sebelahku.

"Stop calling me SAYANG boleh tak? Dah lah kau panggil aku depan orang ramai. Malu tahu tak? Yang kau sesedap je masuk kelas aku ni kenapa? Sekarang kan waktu belajar? Kau jangan cakap yang kau ponteng kelas."

Kataku tanpa henti.

"Woah woah. Chill baby. Ok first, stop calling you sayang? Malu? Tak yah malu-malu sebab bukannya tak pakai baju pun. Btw, suka hati i lah nak masuk kelas u pun. Tak ada cikgu pun kan? Apa salahnya kalau i masuk kelas you. And last one, ye waktu belajar dan absolutely i ponteng kelas."

Dia berkata dengan riak selamba.

"Ucop, serious geli-geliman aku dengar kau ber 'i-you' bagai. Jangan nak mengada eh. Aku tumbuk jugak muka kau tu nanti."

Dia mencebik.

"Ok fine."

Aku tersenyum kemenangan. Latihan math aku sambung buat.

"Mai."

Aku memandangnya sambil mengangkat kening.

"Kau tak puasa eh?"

Aku tersedak sebaik sahaja mendengar kata-katanya.

"A-apa kau merepek ni? Aku puasa lah!"

Aku berkata perlahan memandang sekeliling. Ni kalau orang dengar ni buat malu je. Aliya kulihat sudah menerpa ke alam mimpi. Muka aku paling ke Yusof kembali. Dia memandangku sambil tersenyum sinis.

"Tak payah nak kelentong aku lah."

Aku dah kecut perut. Riak aku kawal.

"Serious weh, aku puasa ni."

Kataku sambil acah-acah busy buat latihan math padahal otak tak bekerjasama dengan baik sekarang ni.

"Sudah-sudah la tu nak membongak."

Dia masih kekal dengan senyuman sinis yang menghiasi bibirnya.

"Ee bla lah."

Aku menjelingnya. Dia ketawa. Mukanya dirapatkan ke telingaku. Seperti ingin membisikkan sesuatu.

"Actually aku nampak kau minum Oligo pagi tadi. Kau beli dekat mesin air gedegang tu kan? Pastu minum kat belakang sekolah? Hahaha aku perati je dari jauh."

Muka aku dah membahang. Ya Allah, malunya. Aku beli air tu pagi lagi kot. Pukul 6:15 macam tu. Tak ada orang lagi time tu. Rasa macam nak pengsan sebab malu gila sekarang ni. Mukanya aku tak pandang. Yang pastinya dia sedang merenungku.

"Dah lah tu. Tak yah malu-malu. Aku faham. Kau datang bu-"

Mulutnya aku tekup. Tak sanggup nak dengar apa yang akan dikatakan olehnya.

"Umphhh umphhh."

Selepas dia berdiam diri, barulah aku melepaskan pegangan dari mulutnya. Dia tertawa menampakkan kedua-dua lesung pipit di pipinya.

"Pervert!"

Aku menjelir lidah kepadanya.

"Normal apa."

Katanya dengan riak selamba. Normal kepala bana kau! I admit that it's normal, but i don't think it's normal when a GUY talk about it. Malu iler apak kau hijau.

"Haha aku pergi dulu lah."

Dia bangun dari kerusi.

"Aik cepatnya? Nak pergi mana?"

Aku memandangnya pelik.

"Pergi ke hati awak. Acia cia cia."

Dia tersengih-sengih lalu kembali duduk di kerusi.

"It doesn't work anymore do. Eee dengan muka beruk tak mandi kau tu. Loya ah."

Aku membuat rolling eyes.

"Why? Kau tak suka ke aku romantic macam ni? Hmm?"

Dia berkata dengan penuh sexy dan menggoda. Aummm. (Sape sape tolong sepak muka aku skang)

"Eww stop talking like that duh. Macam kucing miang. Geli ketiak aku."

Yusof menghamburkan ketawa besar.

"Well, i see you later."

Dia melangkah keluar dari kelas dan membuat flying kiss ke arahku. Semua pelajar dah ber 'wooo' kononnya fikir kitorang ni sweet couple gitu. Aku memandang Yusof sambil membuat muka nak muntah. Dia tersengih lalu berlalu pergi ke hati aku. Eh? HAHAHHAHA.

*

GADUH [✔]Where stories live. Discover now