G 14

3.9K 379 21
                                    

Ting tong!

Bunyi loceng rumah menampar gegendang telingaku. Oh yes! Aku menyarung tudung bawal creep hitam dan berlalu keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Assalamualaikum."

Yusof memberi salam dari luar pagar rumah banglo milik keluarga Aisyah. Dia mengenakan t-shirt berlengan pendek berserta seluar jeans berwarna hitam. All black gitu. Rambutnya di pacakkan sedikit di bahagian hadapan. Fuh, handsome!

Pintu pagar automatic itu kemudian terbuka dengan sendirinya. Yusof mengatur langkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Matanya meliar memerhati setiap sudut banglo tersebut. Cantik!

"Eh, Ucop! Ada apa datang ni?"

Lembut suara Faiz menegur apabila melihat Yusof berada di perkarangan rumahnya. Badan Yusof dipeluk lalu menjemput Yusof masuk ke dalam rumah.

"Aku er aku-"

Tergagap-gagap Yusof menjawab pertanyaan Faiz. Sebelah tangannya diletakkan di belakang tengkuk.

"Mai yang suruh Yusof datang."

Aku yang baru tiba di ruang tamu memotong kata-kata Yusof lalu memberi senyuman yang manis sekali kepadanya. Yusof menjelingku tajam.

"Lah yeke? Ada apa?"

Abang Faiz bertanya dengan muka pelik. Yelah, aku dengan Yusof ni kan pernah bergaduh haritu, tiba-tiba lak ajak datang rumah. Tak ke pelik ye dok? And, Abang Faiz ada bagitahu yang Yusof ni kononnya bespren poleber (best friend forever) dia. Tah kenapa entah kawan dengan dak-dak bawah umur. Kejadah dia.

"Adalah. Abang tak perlu tahu pun. Ni urusan Mai dengan Yusof."

Aku menjelaskan kepada Abang Faiz yang ralit memandangku sambil duduk di atas sofa. Mukanya kelihatan ragu-ragu. Cis, boleh mati aku kalau bagitahu yang Yusof kena jadi maid aku harini. Tak pasal-pasal dia bagitahu papa nanti. Wadduh, kenapa lah aku tak terfikir semua ni? Rosak plan aku!

"Dia suruh aku jadi maid dia harini."

Yusof berkata sinis. Dia memandangku sambil menjongketkan sebelah kening. Ish! Dia ni tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran aku. Mata Abang Faiz membulat sebaik sahaja mendengar apa yang di katakan oleh Yusof. Aku terkedu. Muka aku tunduk. Tak berani melihat renungan tajam yang diberikan oleh Abang Faiz.

"I-i can explain."

Tergagap aku berkata. Jantungku berdegup kencang. Abang Faiz ni memang lah baik. Tapi, kalau sekali dia naik angin, mampus aku. Aku mengambil tempat di sebelah Abang Faiz. Tangannya aku capai.

"Explain lah cepat."

Abang Faiz memandang tepat ke dalam anak mata ku.

"Se-sebenarnya Mai gurau je. Kan Yusof?"

Kataku sambil bermain dengan jari jemari Abang Faiz. Aku pamerkan sengih. Tak apalah tipu sunat. Yusof kulihat sedang tersenyum kemenangan.

"Ok habistu? Mai sebenarnya nak buat apa dengan Yusof? Dating?"

Abang Faiz berseloroh. Yusof tersedak. Aku tergelak kecil. Ni je cara nak cover line.

"Er, ha'ah."

Kataku selamba. Yusof dah terbatuk-batuk. Mata Abang Faiz membulat dengan pernyataanku. Lol. Aku pun tak tahu apa yang aku cakap ni.

"Apa kau cakap-"

Kata-kata Yusof aku pintas dengan menekup mulutnya. Abang Faiz yang melihat tersengih-sengih. Aku luku kang baru tahu. Yusof sudah meronta-ronta untuk dilepaskan. Aku memandangnya tajam. Isyarat agar dia tidak membuka mulut.

GADUH [✔]Where stories live. Discover now