G 17

3.6K 390 39
                                    

Aku mengurut pinggangku perlahan. Ni semua sebab si Tasha tak guna tu. Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni pun kena sekali. Walaupun segalanya telah terungkai yang Tasha mulakan pergaduhan dulu, papa tetap memberi hukuman kepadaku sebab katanya aku tak sepatutnya balas perbuatan Tasha dengan 'berlebih-lebihan'. Ish, mana ada berlebih-lebihan do. Tu pun tak cukup lagi aku rasa.

Nasib aku tak berapa baik bila papa menyuruhku mencuci semua tandas perempuan di tingkat satu. Ish, melampau! Tasha pula dihukum mencuci semua tandas di tingkat dua dan tiga. Padan muka kau! Bayangkan satu tingkat je ada lebih kurang empat buah tandas. Naik pengsan aku dibuatnya. Aku mula faham betapa susahnya menjadi seorang pekerja cleaner.

Jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Habis je sesi persekolahan pagi tadi, aku terus dihantar ke pusat-pusat tandas yang aku kena bersihkan. Aku dipantau oleh seorang pengawas perempuan. Nasiblah dia ni tak begitu strict so tak adalah aku disuruhnya sental setiap tandas sampai berkilat. Huh. Jujur cakap aku memang bad mood giler. Hal malam tadi berlegar-legar di kepalaku.

Aku rasa macam ada gunung berapi yang tunggu masa nak meletus je kat atas kepala ni. Aku duduk di kafe berseorangan. Air milo ku hirup perlahan. Habis je cuci tandas aku terus lepak kat kafe ni tenangkan fikiran. Yusof dari pagi tadi tak selesai meminta maaf kepadaku. Katanya sebab dia, aku pula yang dibuli oleh Tasha.

Aku? Kena buli? LAWAK WEH. DENGAN TASHA PULAK TU. Aku abaikan je dia sebab aku malas nak layan. Takut aku terbawa-bawa perasaan marah tu nanti. Aku tak marah dia, lagipun apa yang berlaku bukannya salah dia. Si Tasha gedik tak tahu malu tu yang kecoh KONONNYA aku menggedik dengan 'YUSOF DIA'.

Haih geram! Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan haters. Ok jujur. Aku memang banyak haters. Tapi semuanya dari geng-geng gedik a.k.a bodoh. Bukan nak perasan cantik ke apa, tapi kebanyakan jejaka malaya yang hot-hot dekat sekolah mesti rapat dengan aku. Tu cerita waktu sekolah lama lah. Bukannya aku yang menggedik dekat jantan tapi diorang yang nak kawan dengan aku. Pastu geng gedik perasan cantik apa lagi, jeleslah! Susah jadi hot ni, ada je yang mendengki.

"Hai?"

Aku di sapa oleh seorang lelaki. Adib Mikael. Kerusi dihadapanku ditarik. Dengan muka tak malunya dia duduk di hadapanku.

"Boleh aku duduk sini?"

Dah duduk baru nak tanya. Tah pape entah budak-budak zaman sekarang ni. Ish ish ish. Aku sekadar mengangguk.

"Kau okay tak ni?"

Adib bertanya kepadaku dengan riak risau. Kening aku kerutkan kerana pelik dengan soalannya.

"Okay je, kenapa?"

Kataku sambil memandang ke dalam anak matanya.

"Muka kau nampak pucat. Tu yang aku tanya tu."

Aku memberikan senyum hambar. Jujur aku penat sebenarnya.

"Aku sebenarnya nak bagi kau something."

Dia menghulurkan aku sebuah kotak kecil berwarna biru. Siap ada reben lagi. Cute gitu. Aku tidak mengambil malah memandangnya dengan menjongketkan sebelah kening.

"Apa ni?"

Aku bertanya.

"Hati aku."

Katanya sambil tersengih menampakkan semua baris giginya yang putih.

"Aku dah ada hati. Tak payah susah-susah bagi hati kau tu."

Aku menjeling. Malas nak layan pick up line dia yang tak berapa nak menjadi tu. Dia tertawa melihat gelagatku.

"Ala kau ni. Gurau pun tak boleh. Hahaha. Nah, bukalah."

Dia meletakkan kotak itu dihadapanku semula lalu menongkat dagu memandangku. Serious handsome! Aku alihkan pandangan ke arah kotak itu dan membukanya. Terdapat sebatang pen dan note kecil. Note kecil itu aku ambil dan membaca isinya.

GADUH [✔]Where stories live. Discover now